Friday 8 February 2013

Isteri Berzakat Kepada Suami, Boleh Ke?

Persoalan:
Ada seorang isteri yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Bagaimanapun suaminya seorang yang telah diisytiharkan muflis. Lalu si isteri telah bertindak membantu menyelesaikan masalah kewangan suaminya dengan cara memberikan SEMUA wang zakat beliau kepada suaminya.  Persoalannya, adakah syarak mengizinkan perbuatan si isteri tadi?

Jawapan:
Secara asasnya, seorang suami BOLEH menerima zakat daripada isterinya. Kerana suami bukanlah menjadi tanggungjawab kepada isteri. Tambahan lagi orang yang berhutang (al-gharimin) merupakan salah satu asnaf zakat. Berbeza dengan isteri, dia TIDAK BOLEH menerima zakat daripada suami kerana memang tanggungjawab suami untuk beri nafkah kepada isterinya.

Tetapi untuk mencapai matlamat dan roh zakat, sebaiknya isteri TIDAK memberikan SEMUA wang zakatnya kepada satu sasaran asnaf sahaja (iaitu suaminya semata). Kerana ia menidakkan hak asnaf lain dan dikhuatiri menjurus kepada kepentingan peribadi. 

Sebaiknya isteri tadi membahagikan wang zakat kepada TIGA (3) BAHAGIAN, satu (1) bahagian untuk suaminya atas asnaf al-gharimin dan dua (2) bahagian lagi kepada Lembaga Zakat supaya boleh diagihkan kepada asnaf lain. 

*Sekadar jawapan ringkas. Untuk huraian yang lebih terperinci, sila rujuk majalah Solusi isu 51 atau klik DI SINI.


p/s: Selamat bercuti untuk korang semua (tak kisahlah kat mana pun- balik kampung, jalan-jalan atau duduk kat rumah je). Moga semua gembira dan selamat dalam lindungan-Nya.

16 comments:

  1. Sebenarnya memang pun boleh pun apa lagi kalau keluarga terdekat ada yg berhak utk menjadi asnaf. Sebaiknya beri pada yg terdekat sebelum agih pada yg jauh hubungannya.

    ReplyDelete
  2. Thanx for sharing kak...

    Selamat bercuti...

    ReplyDelete
  3. Agak jelas, wanita skrg berpendapatan lebih tinggi dr suami.

    ReplyDelete
  4. oooo saya baru tahu
    TQ dear ! ;)

    ReplyDelete
  5. ok..phm2..nti lau suami bankrap ke, boleh la kita bntu..thank 4 info ye kak ujie :)

    ReplyDelete
  6. ini la pentingnya berkongsi info.... setengah tu memang kita tak tahu

    ReplyDelete
  7. owh...ini baru 1st time saya dengar..thanks kak sebab bagi pencerahan.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. wuish..
    x pnah tau psl benda ni kak ujie..
    uhuhu..

    tq!

    ReplyDelete
  9. info yg sangat bermanfaat..tkasih..

    ReplyDelete
  10. wak pon baru tau jugakk.,ahhkS

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian ni dear..
    Selamat bercuti....

    ReplyDelete
  12. trima kasih atas pemahaman ini kak ;)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****