Wednesday, 6 February 2013

Sudut Pandangan

Lokasi: berhampiran A'Famosa, Melaka.

Aku melihat pokok ini UNIK,
Berseni, bagai ukiran dan seakan memberitahu usianya.
Unik sehingga aku tertarik merenungnya.

Kamu melihat pokok ini BIASA-BIASA SAJA,
Tiada yang menarik malah hodoh semata.
Mungkin jua menakutkan untuk direnung.

Aku dan kamu...
Sudut pandangan kita berbeza,
Namun tak perlu kita berhujah rasa,
Hanya pada hal sekecil cuma.

----------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang kita terlupa, benda remeh atau bukan perkara pokok (asas) pun kita nak berhujah bermati-matian. Kita perasan kita betul dan nak pandangan kita diterima. Tak salah kita beralah demi sebuah kedamaian. Kecualilah ia melibatkan hal asas yang tidak boleh dipersoalkan lagi, maka berhujah itu perlu. Ingatan untuk saya jua...

15 comments:

  1. Berhujah bermati-matian utk hal remeh tu satu hal. Pastu provokasi agar org lain turut berhujah tu satu masalah lagi.

    ReplyDelete
  2. Pendapat tak sama tapi ada hal kena terima pendapat yg betul kan Ujie. Macam kes 2 hari lepas tempat kakak. Bendera parti dah berjejai/berderet dipasang disepanjang jalan bukan aje tiang lampu tapi longkang-longkang pun ada Ujie. So ada yg kata sepatutnya tak boleh sebab parlimen belum dibubarkan. Namun yg kecewanya bila bendera parti yg tidak dia suka tidak dibenarkan parti dia suka ok pulak. Akibatnya ada yg memendam rasa...

    Buat masa ini mestilah pembangkang di Johor tertekan tapi kenalah mengalah dulu. Tunggu waktu diberi kebenaran..

    ReplyDelete
  3. ramai yang jenis nak berhujah, tapi tak suka terima pendapat orang...

    ReplyDelete
  4. assalam ujie..memang kita semua ada masanya mempunyai pandangan yang berbeza..pada hal yang sama kan..

    ReplyDelete
  5. betul tu kak..pandangan setiap insan adalah berbeza dan kita tak sepatutnya jadikan pandangan berbeza itu sebagai satu penghalang untuk berkawan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Satu benda yg sama, boleh dpt penafsiran berbeza...kan?

    ReplyDelete
  7. Betul tu..semua org ada hujah masing2, cuma yg jadi maslah bila kita memaksa org menerima hujah kita tanpa memberi peluang org lain menjawab hujah kita...

    ReplyDelete
  8. pandangan dari mata orang biasa jadi biasa-biasa sahaja,hanya yang bijak menilai akan melihatnya dengan luar biasa...wah...itu dia falsafah baru ni...

    ReplyDelete
  9. mugo2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.., aminn ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  10. kekadang kita ni bermati2an nk org dgr suara kita...

    ReplyDelete
  11. perbezaan pendapat tu ada kebaikannya, dan sikap menghormati pendapat org lain & cara penyampaian yg berhemah adalah perlu bagi mengelakkan perbincang menjadi perbalahan.

    ReplyDelete
  12. betul tu..pandangan kita semua berbeza...kite kata bukn, dia kata ya..kita kata ya, dia kata bukan..cer bincang leklok dr duk bergaduh ngan pendirian kita yg xsemestinya betul tu..huhuhu

    ReplyDelete
  13. Masing2 ada pendapat masing2...

    ReplyDelete
  14. betul2.. kdng2 pekara sebesar hama dibesarkn jadi sebesar gajah... huhu
    manusia tidak sama...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****