Tuesday, 5 February 2013

Aku Bercerita


Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM25 (sem. m'sia)
Muka surat: 617

Karya terbaru novelis thriller yang baru selesai saya baca beberapa hari lalu. Gaya penceritaan kali ini berbeza, di mana ia menggunakan watak 'AKU' sebagai pencerita kepada lima (5) buah cerita pendek. Menurut RAM, watak 'Aku' boleh juga merujuk kepada dirinya sendiri. 

Secara peribadinya saya kurang puas hati dengan novel kali ini berbanding novel-novel terdahulu. Mungkin kerana ia seperti menghimpun cerita-cerita pendek, dan saya pulak lebih gemar kepada sebuah penceritaan yang berkembang. Apapun, cerita-cerita pendeknya tetap hebat. Paling saya suka cerita Bunian dan Cinta Matiku.

Sinopsis
Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya gejala writer's block melanda. Suatu masa...dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu. Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya.

Lima buah cerita yang ditemuinya...Bunian, Culik, Cinta Matiku, Sang Kancil dan Cut

Petikan Novel
(petikan cerita Bunian..)
Tatkala menghampiri tembok itu dia memejamkan mata. Kali ini Jailani sudah percaya dan yakin telah menembusi hijab tersebut. Dia berasa lariannya bergerak terus ke hadapan tanpa sebarang rintangan. Benar, tanpa disedarinya tembok itu berubah jisim menjadi tabir lutsinar yang lembut sesaat sebelum tubuh Jailani merempuhnya. Dia tidak merasakan perubahan itu.


Selamat membaca kepada para peminat novel RAM!

17 comments:

  1. ada jugak baca novel RAM ni...ok jugak..tp yg ini belum ada lg,,,

    ReplyDelete
  2. Semua cerpen tu RAM yang tulis ke? So, setiap cerpen tu waktunya ada kesinambungan ke tak? Atau setiap cerpen watak 'aku' tu adalah org berlainan?

    ReplyDelete
  3. izan tak pernah baca karya RAM ni kak... ramai yg kata best ye...

    ReplyDelete
  4. RAM kini dah jadi novelis terkenal, terutama remaja. Harap satu masa nanti dia akan mencapai tahap spt novelis A. Samad Said yg novel karyanya telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa di Barat dan Timur...

    ReplyDelete
  5. cerita-cerita pendek tu tu tak bersangkut paut langung ker???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. RAM mula terkenal masa zaman belajar dulu dengan novel `tombiruo' (kalau tak silap tajuknya). tapi entah kenapa sampai sekarang masih tak baca lagi naskhah yang aku anggap sebagai identitinya tu...

    ReplyDelete
  7. Oh dia buat cara baru Ujie. Biasa novel dia satu garapan cerita bukan macam ini. Ini buku baru dia kakak tak ada dan belum jumpa.

    Cerita hantu dia mesti buat kita teringat-ingat kalau membaca.

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan n follow sini juga. jemput singgah ke blog saya juga.

    ReplyDelete
  9. saya kerap terbaca nama RAM ni...tapi tak pernah baca karya beliau...mungkin buku ini sesuai utk saya mengenali beliau :)

    ReplyDelete
  10. Sy minat cite fiksyen mcm ni tp x nah beli karya RAM. Berminat gak.

    ReplyDelete
  11. Liya tahu RAM nie.. tapi liya tak pernah pun novel dia... ins sha allah nak juga baca nnti... ^_~

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi baca novel RAMni... entahler tak sempat2 nak baca novel dah sekaranngi..

    ReplyDelete
  13. LYD:
    a'ah, sume cerpen karya RAM. Tiada kesinambungan, cerita berbeza. Ia umpama cerita dlm cerita. Kita baca cerita watak 'AKU', pastu 'AKU' cerita pulak lagi 5 cerpen tu. Pening tak pening..^__^

    AZLAN:
    5 cerita yg berbeza, takde kaitan langsung.

    SM:
    yup, tombiruo..suspen!

    KAK ZAKIE:
    yelah, 1st time dia buat gaya cerita gini.

    DADDY Z:
    sgt sesuai sbb cerita pendek2. takle pening kepala bg yg baru nak berkenalan dgn karya RAM. Sbb karya dia bkn jenis bacaan santai. Kali ni baru ada terselit cerita santai-Cut.

    FARA:
    saya dulu tak beli pun, pinjam kat library je. skrg ni baru ada bajet beli.

    ReplyDelete
  14. Kakcik belum beli lagi novel tu...

    ReplyDelete
  15. selamat membaca ye

    ReplyDelete
  16. Ita tengah tunggu buku ni sampai...lmbt nyr..x sabor nk bace.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****