Thursday 14 February 2013

Kecelaruan Identiti - Mak Nyah

[Amaran: Sebuah cerita masa lalu yang panjang.]

Saya pernah tinggal di kuarters milik syarikat penternakan. Di situ makan sarapan, tengahari dan malam ada disediakan oleh pihak syarikat. Makanan akan dimasak oleh beberapa pekerja di kantin kuarters. Kita perlu datang dan ambil sendiri hidangan kita, boleh makan di situ atau bawa ke bilik/rumah masing-masing. 

Sebagai orang baru yang tak kenal sesiapa, tengahari tersebut saya datang sendirian ke kantin untuk mengambil hidangan tengahari. Kebetulan masih awal dan tiada sesiapa kelihatan melainkan seorang perempuan yang sedang memasak. Dia memakai seragam kerja (baju dan seluar warna kelabu) dan lengkap bertudung. Saya berada di belakangnya, maka tak dapatlah saya melihat wajahnya. Dengan yakinnya saya terus bertanya, "Kak, dah boleh ambik lauk?". Dia berpusing menghadap saya dan menjawab "Dah boleh, ambiklah", dengan suara lelaki yang sedikit lembut. Saya betul-betul terkejut, dia seorang LELAKI!

Selepas itu, barulah saya tahu dia seorang lelaki yang merasakan dirinya perempuan. Namanya pun sudah bertukar jadi perempuan, apatah lagi dari segi pemakaian. Dia memang memakai tudung di tempat kerja. Jika di waktu santai dia gemar mengenakan kain batik. Disebabkan hal demikian, dia tinggal bersendirian dalam bilik kuarters yang biasanya dihuni beberapa orang. Tiada pekerja lelaki yang sanggup sebilik dengannya. 

Agak lama selepas itu, saya mula berkawan dengannya. Mungkin sebab saya rasa dia sama jantina dengan saya. Dan memang kadangkala saya lupa hakikat dia seorang lelaki. Sesekali di waktu senggang saya dan kawan perempuan datang ke biliknya. Pernah sekali tu kami terlihat ada buku kecil Surah Yasin di atas katilnya. "Kau baca ke ni?" usik seorang kawan. "Bacalah. Kau ingat aku macam ni tak sembahyang, tak baca Quran?" jawabnya sedikit marah. Kami cuma ketawa.  

Antara perkara lain yang saya sangat ingat tentang dia, bila menjelang Hari Raya Aidilfitri dialah orang yang paling sibuk buat biskut raya. Bila jenguk biliknya, berderet bekas biskut raya yang dah siap dibuat. Selepas tu rajinlah dia memberi kepada kawan-kawan yang lain. Seperkara lagi tentang dia, bila nak keluar berjalan-jalan dia tak lagi memakai tudung tapi menggantikannya dengan rambut palsu untuk disuai padankan dengan pakaian perempuannya. Kalau keluar pun bukan dengan kawan lelaki sebaliknya dengan kawan perempuan.

Setahun selepas itu saya tidak lagi tinggal di kuarters tersebut, terus terputus khabar mengenai dia. Bagi saya dia seorang manusia/kawan yang baik. Banyak kebaikannya yang masih saya ingat sehingga kini. Cuma dari sudut psikologi dia mengalami kecelaruan identiti. Terperangkap dalam fizikal lelaki, tetapi mempunyai perasaan dan keinginan seperti perempuan. Dengan faktor kawan lelaki yang menyisihkannya dan kawan perempuan (termasuk saya) yang menerimanya, lebih membuatkan rasa lelakinya luntur. 

Cerita ini telah lebih 10 tahun berlalu. Masa tu saya berusia awal 20-an. Belum ada kesedaran untuk turut  membantu dia kembali kepada kejadian asalnya- seorang lelaki. Sepatutnya insan seperti ini perlu kita (masyarakat umumnya) dekati dan bantu. Bukan sekadar melemparkan hinaan. Bantu mereka menyedari hakikat kejadian dan bantu mereka melawan perasaan kewanitaan. Apapun, saya mendoakan agar kawan saya tadi telah kembali ke jalan Allah dan menemui identitinya yang sebenar. 


Nota:
Mak Nyah - menurut Kamus Dewan ia bermaksud panggilan kepada golongan pondan.
Untuk berita program JAKIM bersama Mak Nyah, klik SINI. 


28 comments:

  1. Dan mmg cliche kan, mereka ini sinonim dgn dunia masakan..macam kawan awak ni..

    ReplyDelete
  2. akak ada tanya tak.. adik beradiknya ramai perempuan ker?? kenapa dia jadi mcm u.. mesti bersebab... jadi kecelaruan identiti ni...

    ReplyDelete
  3. daddy z:
    Walhal memasak bknlah naluri prmpuan..

    Masya:
    Tak pernah tanya psl family pun. Mybe sbb hormon, tu yg ada perasaan kewanitaan.

    ReplyDelete
  4. kisah yang menarik...jarang nampak mak nyah yang bertudung..tapi kan kak kekadang sy kesian ngan mereka..dulu time sekolah sy pernah buat part time anta flyers..time tu sy nmpak satu kejadian dimana parent buang anak semata-mata mereka lembut..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Sudah ditakdirkan dia jadi macam tu, cuma bagusnya dia tidak terjerumus kearah kemaksiatan yang sinonim dengan golongan Maknyah...

    ReplyDelete
  6. mak nyah pakai tudung..memang lain dari yang lain..mudah2an dia dah berubah kan..kembali kepada yang hakiki

    ReplyDelete
  7. assalam ujie..kalau yang pakai tudung acik belum pernah jumpa..biasanya acik jumpa yang jadi pak andam je.

    ReplyDelete
  8. yang kagumnya dia maknyah tapi lebih ingin pakai tudung dari yang perempuan tulen...semoga ada jalannya..

    ReplyDelete
  9. 1. pernah berkawan dengan orang macam ni masa belajar dulu. memang mereka ada banyak sikap positif. cuma...

    2. bila teringat kes mak nyah kena belasah kat kuantan tahun lepas, tersengih sendiri...

    ReplyDelete
  10. Dia mak nyah yang menjaga agama. Kita pun tak tau sejauh mana Allah terima amalan dia. Dia dah buat pembedahan tukar jantina ke? Saya pun harap dia dah kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  11. azlan:
    Kesiannya..ibubapa sndiri pun dah sisihkan, camne nak jd betul bdk tu.

    Mie:
    Itulah..masih selamat bab tu.

    zie:
    Tak pernah jumpa dan tak sangka pun..

    Acik:
    Wassalam..hahaa, yg tu mmg biasa. Pun kena betulkan sbb haram sentuh prmpn utk solekkan.

    Ummiarissa:
    Kan..kalah prmpn tulen.

    SM:
    Mcm ada cerita tersirat je, cer citer..

    ReplyDelete
  12. Lyd:
    Takle tukar jantina, cuma nama tu dia tukar sendiri. Kalau kat memana dokumen masih nama lelaki.

    ReplyDelete
  13. kalo di IPTA macam UM ni golongan macam dorang ada group yang mantap, sebab dah terlalu ramai ahli. yang bagusnya PNGK dorang ni selalu nya very good

    ReplyDelete
  14. JR selalu tertanya2 sampai bila mereka nak terperangkap dalam "tubuh yg salah"? Bayangkan jika mereka berusia 60 tahun, masihkah akan terperangkap dalam "tubuh yg salah"? Atau akhirnya mereka ditunjuk hidayah oleh Allah untuk kembali kepada firahnya?

    ReplyDelete
  15. JR selalu tertanya2 sampai bila mereka nak terperangkap dalam "tubuh yg salah"? Bayangkan jika mereka berusia 60 tahun, masihkah akan terperangkap dalam "tubuh yg salah"? Atau akhirnya mereka ditunjuk hidayah oleh Allah untuk kembali kepada fitrahnya?

    ReplyDelete
  16. mak nyah! menarik lah entry akak ni..nak kongsikan jugak, dekat tesco ade satu kedai ni..shee baby..sorg pekerja ddia mak nyah..totally changed..dari atas smpi bwh...tapi satu yg dia tak boleh ubah adalah suara..nampak perempuan, tapi suara tak boleh nak dinyahkan..hehe..kadang kesian dengan org yg kecelaruan identiti ni..allah..sedih pun ade..

    ReplyDelete
  17. Angah:
    Masa akak kat U dulu pun, tengok diorang ni kwn sesama diorang je. Tu yg makin menjadi-jadi tu.

    JR:
    Mereka yg kena sedar diri..hidayah Allah mmg sntiasa ada. Dan kita sbg org sekeliling kena tlg selamatkn mereka.

    Ros:
    Wah, itu boleh kena tindakan (kalau dia muslim lah), berpakaian spt prmpn dikhalayak ramai. Tapi mmg kesian pun kat diorang. Yelah, perasaan jd prmpuan tu bkn dibuat2, dah mmg wujud dlm diri. Cuma nak kena kuat lawan perasaan.

    ReplyDelete
  18. Moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk kembali kepada fitrah sebenar..ada kisah seoarang maknyah omputih saya pernah baca di akhbar yg memang menyatakan kekesalannya sebab dia dah terbuang alat sulitnya kerana ketaksuban yg melampau dahulunya dan sekarang dia menyesal tapi dah terlambat

    ReplyDelete
  19. saya pun ada kawan yg ada kecelaruan identiti..kesian tengok.. espwcially keluarga dia..

    ReplyDelete
  20. Semoga dia dah kembali je jalan Allah...

    ReplyDelete
  21. Kesian meamng kesian tapi pihak keluarga mereka sepatutnya segera menyedarkan mereka. Sebab hati dan pekerti dia baik cuma kecelaruan dlm diri itu yg jadi begitu.

    Harap dia sudah kembali ke jalan yg diredhai.

    ReplyDelete
  22. x boleh nak komen banyak.. wife tgh sarat... hehehe

    ReplyDelete
  23. :) ayut pon ada kwn mcm ni...tp kite ckp bek2x dy xmau dgr....cane tu ek?

    ReplyDelete
  24. kadang2 tu seronok berkawan dengan golongan macama ni..sebab dia memahami..

    walaupun memang banyak kecelaruan

    ReplyDelete
  25. kesian kan dengan golongan ni...lelaki, nak jadi perempuan. yang pempuan, nk jadi lelaki.
    bersyukurnya kita tak jadi camtu..

    ReplyDelete
  26. Ayut:
    Takpe, ayut dah jalankan tanggungjawab. Selebihnya terpulang pd dia. Hati dia bkn milik kita.

    ReplyDelete
  27. Kesiannya... moga dia mendapat hidayah Allah...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****