Monday, 18 February 2013

Tanpa Adab Sopan, Hilang Manisnya!

Ada suatu ketika tu saya dan suami sedang makan di sebuah kedai makan. Kebetulan di meja kecil yang kami duduki ada tersedia bekas berisi sudu/garfu dan tisu. Beberapa meja di sekeliling kami tidak tersedia bekas tersebut. Di sinilah ada ceritanya yang membuat saya berfikir-fikir...


Situasi 1
Datang seorang LELAKI ke meja kami, 'Bang, boleh ambik sudu ni?' tanyanya sopan merujuk kepada bekas berisi sudu/garfu di hadapan kami. Kami mengangguk kepala dan memberi senyuman. 

Situasi 2
Tak berapa lama kemudian, datang pula seorang PEREMPUAN ke meja kami. Tanpa sepatah kata mahu pun segaris senyuman, dia terus mengambil sudu/garfu. Dan berlalu pergi. 


Hmmm...sayang sekali. Perempuan yang kelihatan manis, hilang manisnya kerana tiada adab sopan. Lelaki yang nampak biasa-biasa tadi jadi manis kerana dia beradab. Perkara ni nampak kecil tapi memberi kesan besar kepada cerminan peribadi seseorang. Adab tu merujuk kepada tingkah laku yang baik. Memang sukar nak diterangkan secara terperinci bila dan di mana kita perlu beradab. Tapi kalau kita ada rasa sensitif, kita akan tau bagaimana nak beradab. 


p/s: Ingatan untuk diri sendiri jua...
Dan untuk bersangka baik, anggaplah perempuan tadi sedang ada masalah (lapar sangat atau tengah stress).

23 comments:

  1. yang kedua tu macam buah. kulit yang cantik, kelihatan ranum. tapi bila digigit, masamnya sampai terkenyit-kenyit mata...

    ReplyDelete
  2. betul kak ujie..benda kecil tapi kesannya sgt mendalam kan

    ReplyDelete
  3. xpelh bgs jgk fikir positif maybe pmpn tue tgh stress kot..tp ingatan utk diri ciktom sendiri jgk ht2 adab dgn org ln..

    ReplyDelete
  4. Benda macam ini tak ada dlm pendidikan Ujie. Kena lahir dari diri sendiri. Rumahlah tempat terbaik. Kalau dah biasa begitu dimana-mana dia akan begitulah jadinya...

    ReplyDelete
  5. mungkin juga pompuan tu tgh period! hahahaha

    ReplyDelete
  6. ingatan utk saya jgk.
    kdg2 kita tak perasan apa kita buat tu melanggar etika adab n sopan.
    mcm iklan kat tv, bersama amalkan nilai2 murni.. bnyk bg ingatan pd kita semua.

    ReplyDelete
  7. Kan? Tapi, apa boleh bt? Klu diri sendiri takde inisiatif utk jdk positif, maka kite yg positif ni kenalah optimis....he~

    ReplyDelete
  8. perkara biasa ni !

    ReplyDelete
  9. Lapar sangat dah kot tu yg tak sempat nak bertanya..hmmm..geram bila jumpa orang macam ni...
    peringatan untuk diri sendiri juga...

    ReplyDelete
  10. Macam iklan kat tv tu.. Haih.. Pasal adab pun nak kena ajar kan..

    ReplyDelete
  11. sib baik sy selalu mengamalkan diri untuk mintak kebenaran amik tisu/sudu atas meja org lain walaupun semua orang tahu yang benda itu untuk kegunaan semua pelanggan..mesti sy nampak hensem dari biasa...hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. betul tu, adab ni cermin diri kita..tapi tulah kita sangka yg baik baik aja la kan, mungkin betul dia tengah stress atau ada masalah tu yg masam je muka

    ReplyDelete
  13. Ha ah. Betul2. Sikap tu lebih menggambarkan peribadi yang lebih manis. Kadang2 kita bukan harap sgt org hormatkan kita. Betul tak? Tapi kalo org berbudi bahasa dgn kita, hati kita akan rasa lebih dihargai.

    ReplyDelete
  14. tp mmg pelik kot klu tak ckp pape trus amik...adehhh...dia tak fikir pape ke ek?pelik jap ni...adehhh

    ReplyDelete
  15. Itu maknanya kempen "budi bahasa budaya kita" kurang berkesan kepada masyarakat negara kita...

    ReplyDelete
  16. betol sangat tu kak..

    kalau comel tapi takde budi bahasa hampeh jugak ni

    ReplyDelete
  17. alahai.. hilang manisnya, dek kerana sifat yg tak berapa nak manis... peringatan tuk diri sendiri juga... agar lebih berbudi bahasa...

    ReplyDelete
  18. Kat dunia ni macam2 pon ada kak Ujie. ..

    ReplyDelete
  19. adab sopan yg smkn diremehkan...

    ReplyDelete
  20. laaaa..mne boleh main ambik gitu je..kot2 sudu tu kak ujie yg punya, kan mencuri namanyer...adeh

    ReplyDelete
  21. pernah jugak terkena.. tu lah.. syg perempuan kan.. pttnya lg sopan...

    terima kasih ats info TH tu... yg itu mmg dah tau.. cuma x daftar jer lg.. hihihihi...

    tq jugak bg tahu info nak follow tu.. seyes mmg confuse saya tau...

    ReplyDelete
  22. assalam ujie..kot lapar pun..tk larat sangat nak cakap pun..senyum je sikit kan

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****