Wednesday 11 January 2012

Larangan Bertudung..Bagaimana Kita?

Ratusan Orang Islam Bantah Larangan Bertudung Di Sebuah Sekolah Di Bangkok

BANGKOK: Ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri di sini pada Selasa bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Buddha melarang seorang pelajar Islam memakai tudung.
Muslim Group for Peace menyifatkan Sekolah Menengah Wat Nongjok di sini yang tidak membenarkan seorang pelajar Islam memakai hijab atau bertudung kepala sebagai satu tindakan prejudis terhadap Islam.
Mereka berkata tindakan sekolah itu bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran memandangkan seorang pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam.
"Sebenarnya, Kementerian Pelajaran telah menghantar surat yang menandakan tindakan sekolah itu sebagai salah laku," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu di tempat perhimpunan.

(Petikan berita dari mstar online)

*************************************

Walaupun larangan bertudung ni berlaku hanya di sebuah sekolah di Thailand, tetapi kesungguhan penduduk Islam di sana mempertahankan syariat menutup aurat amat dikagumi. Bagaimana dengan kita penduduk Islam di Malaysia yang tiada larangan sebegini? Sudahkah semua pelajar Islam kita memakai tudung untuk menutup aurat? Adakah mereka memakai kerana tunduk dan patuh pada perintah Allah, atau kerana ikut-ikutan? Tamat masa persekolahan...tamat sudah masa untuk menutup aurat. Itu yang harus kita fikirkan dan ambil pengajaran apabila membaca berita sebegini.

Untuk anak/adik yang baru belajar menutup aurat, perlu diterangkan bahawa ia adalah perintah yang wajib daripada Allah. Ia bukan satu pilihan samada mahu menutup aurat atau tidak, bagi insan yang mengaku dirinya Islam.

23 comments:

  1. kita kat malaysia pun ada syarikat2 yang tak benarkan pekerjanya bertudung..perkerja nya pun ikut je..yang penting dapat gaji..heheh

    ReplyDelete
  2. kat malaysia lebih kurang mcm kat turkey jugaks,tp depa buat tk nampak

    ReplyDelete
  3. menutup aurat itu adalah wajib..bukanye krn ikut2an..

    ReplyDelete
  4. Salam Ujie..,

    Kita kat sini lalai dgn kemakmuran dan keselesaan tu yg tak bersungguh-sungguh dalam mempertahankan perintah Agama dan lebih takut pada perintah manusia...nauzubillahi minzalik...Allahua`lam

    ReplyDelete
  5. sekarang kita kat Malaysia ni bukan setakat dedah aurat lebih dari itu pun dah byk sgt berlaku...yg terkini murtad..., semuga Allah memberikan perlindungan dari segala kemurkaanNYA...Insyaallah...aaminnn.

    ReplyDelete
  6. andai kita yg cipta peraturan itu... kan mudah

    ReplyDelete
  7. diana:
    bila bertudung bkn krn nak tutup aurat, majikan larang bertudung pun tak kisah.

    tihara:
    turki..me'liberal'kan Islam. tu jadi gitu.

    lily:
    itu yg perlu difahami.

    azmnor:
    betul sgt! kemakmuran negara buat ramai yg lalai..makmur itu juga ujian sebenarnya.

    tea:
    tea nak cipta peraturan apa..agak2nya ek? ^_^

    ReplyDelete
  8. ira mula pkai tudung ms darjah 4..sbb cikgu suruh..hee..alhamdulillah lm2 jadi biasa..dl anak murid smua cikgu ckp, semua ikut..sekarang anak2 murid dah berbeza..tp sekolah rendah ok lagi..:)

    pss : thankss k.ujie..doakan y tbaik buat Ira..heee

    ReplyDelete
  9. kat sekolah darjah empat dah diwajibkn bertudung dulu.alhamdulillah kekal sampai sekarang.ramai yg pkai tudung on off...

    ReplyDelete
  10. cik x tau ape peranan sultan..kata ketua agama tp ape yg dibuat untuk mneguhkan agama Islam ..

    ReplyDelete
  11. gila dan ngada2 lah sekolah tu. buat mcm isu besar plak. mcm tak tahu plak tentang pemakaian org islam

    ReplyDelete
  12. Sedihkan bila tengok adik-adik kita cuma pakai tudung bila pergi sekolah je.. Habis waktu sekolah, habislah "tempoh" menutup aurat yang satu tu..

    Pakai sebab ikut peraturan sekolah je.. bukan sebab peraturan ALLAH..

    ReplyDelete
  13. p kelas pakai tudung,balik dari kelas tudung ntah kemana..

    #mgkn tudung sekadar trend kot..pelik^^

    ReplyDelete
  14. tudung sudah jadi fesyen kini.. +_+

    ReplyDelete
  15. j/ira:
    besar la pahala cikgu ira tu sbb berjaya didik ira.

    nanti ira jadi gitu jugak lah ya!

    aishah:
    alhamdulillah..
    samalah, akak pun start darjah 4.

    OCT:
    sultan..tak lebih dari sekadar simbol! opss..takleh komen lebih, kena tangkap susah pulak. ^__^

    TP:
    ada hikmahnya, boleh tengok setakat mana keteguhan iman org Islam.

    cik sara:
    tanggungjawab yg lebih tua utk mendidik PERATURAN ALLAH itu..

    WS:
    kalau achie yg nasihat, mesti dia ikut..hehe

    lia:
    jadinya..jgn berfesyen bila bertudung! cukup sekadar kemas & tutup aurat.

    ReplyDelete
  16. sebenarnya benda nie mungkin tak terjadi sebab agama rasmi negara kata masih islam..tapi andaikan benda ini terjadi terpulang kepada individu itu sendiri..pasti ade tempat yang tak mementingkan duniawi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. azlan:
    betul! tepuk dada tanya iman..kalau tak boleh ubah keadaan, cari je tmpt lain.

    ReplyDelete
  18. sian kn org2 yg dok kat ngara yg xbg pki tdung..

    sy b'syukur sy org M'sia.. >_<

    ReplyDelete
  19. nisa:
    betul tu..kita patut bersyukur, dgn cara pakai tudung (tutup aurat).

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah bersyukur kat malaysia xde kes camtu cuma ramai je yg xde kesedaran nak pakai tdung..

    ReplyDelete
  21. Bak kata ustaz azhar..
    Pakai tudung tak wajib..pakaila baldi kat kepala pahtu wat lubang kat mata 2 butir jd la tudung..
    Hok wajib tutup aurat..hehe

    ReplyDelete
  22. cik tom:
    tu lah saya maksud entri ni..^__~

    prettywrite:
    betul..bertudung cuma salah satu cara kita tutup aurat.

    ReplyDelete
  23. ada yg pkai sebab terpakse la..kena ajar dr kecik sebenarnyer :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****