Syurga 'shopping' dan makanan...itu pendapat saya.
Sebab harga barangan yang lebih rendah dari yang biasa ditemui.
Sebab makanannya yang sangat pelbagai..sampai tak sempat nak cuba banyak.
Yang dah cuba makan pun tak ingat namanya..banyak!
Ok, ni saya nak cerita sikit-sikit je sekadar untuk pengetahuan/panduan.
Nasi Kerabu Golok
Saya makan yang ni..nasi kerabu dengan ayam bakar. |
Malam pertama di Kota Bharu, kami makan di kedai makan Nasi Kerabu Golok. Ini atas syor seorang kawan. Katanya kedai ni terkenal. Memang terkenal pun sebab boleh ada dalam carian GPS! Pendapat saya? Ayam bakarnya memang sedap! Tapi nasi kerabunya belum boleh menang lagi. Sebab saya dan suami pernah makan nasi kerabu yang lebih sedap daripada ni di KB. Malangnya kami tak dapat ingat lokasi kedai tersebut sebab dah beberapa tahun berlalu. Kalau terjumpa kedai tu Insyaallah boleh ingat lagi.
Pasar Besar Siti Khadijah
Gambar atas- kain bahan & tudung bawal yang cantik2 bagai menggamit utk dibeli! Gambar bawah- pasar basah. |
Tempat WAJIB pergi jika datang ke KB ni. Nama asal pasar ini adalah Pasar Besar Buluh Kubu. Di sini daripada barang basah sampai barang kering semuanya ada. Dengan berjalan-jalan di sini saja, kita dah boleh membeli bermacam barangan. Tapi kenalah pandai tawar-menawar tau!
Tips: Sebelum membeli sesuatu barang, cuba bertanya di beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan harga. Sekurang-kurangnya dua kedai. Ni sebenarnya peraturan asas untuk membeli-belah.
Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
Tempat ni RUGI kalau tak pergi sebab saya dapati harga barangnya lebih murah berbanding di Pasar Khadijah. Tapi mungkin juga sebab kami berkunjung ke sini pada waktu pagi dan menjadi pelanggan pertama mereka. Jadinya mudahlah mendapat harga yang memuaskan hati. Ada satu kedai tu, siap sapu duit yang kami bayar ke barang jualan di kedainya! Tanpa berlengah dan depan mata kami. Petua pembuka rezeki haritu kot..
Bagi yang ingin membeli peralatan dapur dan set pinggan yang berjenama (tefal, luminarc, vision dll.) bolehlah membeli di sebuah kedai di sini. Kedainya terletak sebaris dengan ATM Maybank. Barangan dijual dengan harga lebih rendah dan sesetengahnya ada tambahan diskaun yang menarik. Kalau tak kerana kekangan kewangan dan memikirkan muatan kereta yang terhad, memang banyaklah yang nak dibeli.
p/s: Part kat Kelantan ni tak banyak gambar, sebab sibuk cuci mata tengok pelbagai barangan!
wahh best nye nasik kerabu..jatuh centa sejak berulang alik ke gua musang sebelum ni.. :)
ReplyDeleteUjie tak pergi ke Pengkalan Kubor, kat sana barang2 pun murah gak...
ReplyDeletesaya baru dua kali pergi..
ReplyDeletedan teringin nak pergi lagi..
nak shopping tudung... hehhhee
tihara:
ReplyDeletesaya frust sikit..aritu pegi tak jumpa nasi kerabu yg betul2 sedap.
mie:
pangkalan kubor..mmg nk pegi slps dari rantau pnjng tu. tapi ntah mcm mana boleh salah jln. sbb masa terhad, terus cancel & patah balik ke KB.
lia:
kalau minat tdg bawal..mmg geram tengok sbb cantik2 & byk design. akak tak pakai tdg bawal..tapi geram jugak nengoknya!
hehe..sy pernah sampai kelantan tapi tak pernah jalan jalan..igt bila ada masa nak bercuti kat kelantan laa..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
lamanya aku tak jejak ke kelantan....nampak menarik lah ujie. best2
ReplyDeleteterliurnya tengok nasi kerabu...
ReplyDeletesetakat yang ita makan...tak jupe lagi nasi kerabu yang sedap....
walaupun sebelah negeri tapi memang tak pijak lagi kat kelantan..
azlan:
ReplyDeleteada masa sesuai..pegilah. masa single lagi mudah nak ronda lebih byk tmpt.
TP:
saya pun dah lama tak dtg..kali ni dtg sbb nak bwk mak.
eita:
kena cari peluang tu ita..tengok2 negeri jiran. ^_^
satu lg yg istimewanya kelantan pada papan iklan.. =)
ReplyDeleteada tulisan jawi, yg xde kat negeri lain =)
suka makan nasi kerabu,,selalu beli kat pasar malam,tapi nasi kerabu golok lain ea?mcm sedap je.hehe teringin nak ke kelantan,insyallah dilain kali..
ReplyDelete#sis,mcm mana leh teka sy mana satu?? hebat ni^^
opps..lupa nak gtau,maseh sis,insyallah kita tak lupa sis,sis ni kira blogger inspirasi buat kita.hehee
ReplyDeleteSalam Ujie...,
ReplyDeletebestnya..... nasi dagang...mmmmm suka sgt nasi tu....
bilalah nak sampai ke kesana lagi lama sgt dah tak kesana....
munnafendy:
ReplyDeletebetul2..thanks sebut psl ni.
lupa nak ceritakan dlm entri.
WS:
takle, sama je cuma ayam/daging dibakar/panggang.
'Nasi Kerabu Golok' tu nama kedai makan.
*hehe..mudah je, baju kamu tu klu nya!
*inspirasi? yelah sgt..^__^
azmnor:
nasi dagang saya suka gak, tapi aritu pegi makan tak dpt yg betul2 sedap.
diana:
sama la mcm suami tu, mesti nak dgn daging salai..
Owh ore kelate sediri pun tak penah sapa kompleks rata panjang tu..he he.syok shopping lor kak..:)
ReplyDeleteprettywrite:
ReplyDeletebiasalah tu yana..benda dh dpn mata mmg tak rasa menarik.
waaa...nasi kerabuuu....feveret tuuu..hehehe
ReplyDeletesuke tgk org puji kelantan...trime kasih...jemput dtg lg..hehehe :D
sedpnye nasi kerabu..sy baru sekali je p kelantan..
ReplyDelete