Saturday, 21 January 2012

Hentian Gua Musang & Penginapan Di Kota Bharu

(Dalam entri sebelum ini, saya ada sebut mengenai percutian ke Pantai Timur - Kelantan & Terengganu. Ini sambungannya..saya catatkan untuk panduan bagi yang ingin ke sana.)

Perjalanan dari Bangi ke Kota Bharu (KB) melalui laluan Lebuhraya Karak - Kuala Lipis - Gua Musang mengambil masa hampir 8 jam. Sempat singgah bersarapan Nasi Lemak di Benta, Pahang. Juga berhenti di beberapa stesen minyak untuk meregangkan badan dan ke tandas.

Hentian Gua Musang
Tiba di Gua Musang, kami singgah sebentar di Hentian Gua Musang yang baru dibuka kira-kira 3 bulan lalu. Pada mulanya kami menyangka ini adalah R&R Gua Musang. Tandasnya bersih, wangi dan siap ada iringan muzik! Keadaan lengang, selain kami berempat (saya, suami dan dua ahli keluarga) tak kelihatan pengguna lain selain pekerja di situ. Stesen minyak juga belum beroperasi.
Hentian Gua Musang

Destiny Hotel
Untuk malam pertama kami memilih tinggal di Destiny Hotel, sebuah hotel bajet yang terletak di tepi Sungai Kelantan dan bersebelahan dengan Pelangi Mall. Ini merupakan kali kedua saya menginap di sini selepas beberapa tahun lalu. Kadar harga daripada RM59.90 sehingga RM79.90 sahaja! Sesuai dengan harga, biliknya kecil tetapi bersih dan tiada sarapan pagi. Setakat untuk tidur di malam hari memang tiada masalah bagi kami. Bila tinggal di sini bolehlah menyaksikan pemandangan indah sungai di waktu senja dan menikmati ketenangan di awal pagi. Bagi yang berminat, boleh hubungi 09-743 5252.

Sebaris dengan Destiny Hotel, terdapat juga Ridel Hotel. Harganya lebih tinggi sedikit tetapi menyediakan sarapan pagi. Semasa berkunjung ke KB beberapa tahun lalu, saya pernah juga menginap di hotel ini. Tetapi agak kecewa dengan kebersihan tandas/bilik mandinya. Selepas tu saya ada membuat aduan, harap-harap mereka sudah ambil perhatian.
Kanan- Destiny Hotel & Ridel Hotel terletak di bangunan ini.
Kiri- Deretan kerusi & meja makan di hadapan bangunan..meriah di malam hari.

Semasa tiba, kami dapati di tebing sungai dipenuhi kayu dan dahan pokok. Paras air sungai juga kelihatan tinggi dan mengalir deras. Terdapat 'rumah jeti' yang rosak teruk. Maaf, saya tak tau nak sebut apa. Tapi kelihatan jet ski dan bot di situ.

Beginilah keadaannya...
Tune Hotel
Malam berikutnya kami memilih Tune Hotel sebab nak merasa hotel yang masih baru ni. Lokasinya terletak bersebelahan KB Mall. Tempahan secara online dibuat awal seminggu dari tarikh dan harga yang kami perolehi sekitar RM60 termasuk caj tambahan 'Comfort Package' (12hours air-cond + towel + toiletries kit). Sangat berbaloi sebab bilik agak luas dan mudah bergerak. Tips: Kipas siling memang tersedia, jika tak suka guna air-cond tak perlu add on air-cond. Kecuali dimusim panas, air-cond memang perlu. 
Double Room
Inilah rupa dalaman bilik penginapan kami.
(sumber: website Tune Hotel)
Ok, entri seterusnya saya akan cerita mengenai tarikan pelancongannya pulak. SELAMAT BERCUTI!                                    


Book Your Tour, Hotel, Flight, Car Hire HERE!

25 comments:

  1. best la ujie....jgn lupa amik gambo byk2. boleh!!!

    ReplyDelete
  2. Bilik hotel tu yg paling best kalau baca travelog.. Heavennyee....

    ReplyDelete
  3. owh..menarik gak rupanya bilik tune hotel nie..berpatutan laa dengan harganya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. lily:
    cuti2 m'sia je yg mampu..

    TP:
    ni dah pegila last wk..gambar lain menyusul nanti.

    tea:
    bilik hotel bajet je..

    azlan:
    tula..ingatkan kecik. terkejut gak masa masuk tu. lps ni kalau ke KB mmg confirm amik tune hotel je.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi sampai kat kelantan....

    ReplyDelete
  6. Rasanya tu rumah rakit la Ujie...

    Wah, KB semakin cantik sekarang ni. Memang dah lama tak ke sana...

    ReplyDelete
  7. agak berpatutan juga ye harga hotel tune...nmpak hotel tune on da way ke KLIA macam menarik je bangunan dia dari jauh.okey jugak nampak biliknya dalam picture...:)

    ReplyDelete
  8. wahh best ni ada MFC kat situ..ade masa nk g terjah..tp dh lama tk ke KB..nice journey :)

    ReplyDelete
  9. untunglah sis masih mampu nak pergi bercuti.sy ni asik terperap kat sini je,ermmmm

    ReplyDelete
  10. eita:
    takpe, baca pengalaman org pun ok. utk pengetahuan am.

    mie:
    yelah kot..tapi bkn jadi tempat tinggal sbb ni kwsn pelancongan.

    a'ah..bgnn & menara dlm gambo ni semua baru lagi.

    aishah:
    tapi sebenarnya harga tune hotel ni bertukar2 tau. ni maybe off peak season, dpt harga rendah.

    TP:
    tungguu..^__^

    tihara:
    masa aritu MFC tu blm beroperasi lagi.

    WS:
    dah umur 30-an ni barulah mampu jln jauh achie..masa kamu akan tiba jugak nanti.

    masa umur 20-an dulu, sibuk buat mcm2 kerja utk hidup tau.

    ReplyDelete
  11. seronoknya berjalan2..
    dengan yg tersayang lak tu..
    hahahhha///

    :)

    ReplyDelete
  12. lia:
    buat apa2 pun kalau dgn org yg kita syg mmg seronok je..^__~

    kali ni lebih bermakna sbb tunaikan hasrat emak yg blm pernah smpai kelantan.

    maii:
    alhamdulillah..seronok walaupun ada sikit problem dek GPS. akan diceritakan kemudian.

    ReplyDelete
  13. Salam,harga makanan kat hentian gua musang tu ok tak?standard biasa ke?

    ReplyDelete
  14. livestrong:
    maaf..psl harga saya tak tau sbb aritu tak mkn kat situ.

    ReplyDelete
  15. tune hotel mmg selesa ea kak?pnh dgr gak..heee

    seronoknya..

    ReplyDelete
  16. seronoknya bercuti bersama family kan..
    jgn lupa snap pic byk2 n cun ye..nak tgk ;)

    ReplyDelete
  17. j/ira:
    yg kat tmpt lain tak tau la. tapi tune hotel yg kat KB ni mmg selesa. puas hati la dgn duit yg dibayar.

    cik tom:
    mmg seronok..^__^

    ReplyDelete
  18. Salam Ujie...

    Lama dah tak ke KB...sampai sana 12tahun dulu....

    TQ pasal info hotel budget kat sana boleh cuba sekali kat ctu...

    saya selalu kesana tumpang rumah saudara isteri....

    ReplyDelete
  19. azmnor:
    wah..lama sungguh tu!
    kena pegi la nampaknya..utk update. ^__^

    ReplyDelete
  20. owh..gitu rupanya gm station..company yana haritu ada projek kat sana..ingtkan macamanalah..hehe..

    ReplyDelete
  21. prettywrite:
    cantik & selesa.
    akak tau ia baru bukak sbb tanya pekerja kat situ.

    ReplyDelete
  22. wah...semua hotel dia cuba...hehehehe

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...