Biasanya kalau cuti hujung minggu yang panjang, kami tak berjalan jauh. Malas nak bersesak di jalanan. Tapi kali ini Encik Suami ada urusan di sekitar Selangor, terpaksalah bermusafir. Syukurlah tak perlu memandu, kami berdua naik pesawat dari Kedah.
Menikmati hidangan pagi dengan nasi lemak berbungkus daun pisang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah. Harganya cuma RM1.70. Saiz kecil dan sedap rasa nasi lemaknya, memang tak cukup makan sebungkus.
Sementara menunggu waktu penerbangan, saya isi masa dengan membaca buku. Bacaan kali ini merupakan buku terakhir daripada empat buah buku travelog Siti Noridah ET yang dibeli pada tahun lalu.
Pukul 8.20 pagi kami sudah pun berada di dalam pesawat. Satu jam duduk, pesawat masih tak bergerak. Masing-masing dah mula gelisah. Mujurlah keadaan tak begitu panas, masih boleh duduk selesa. Selepas itu barulah juru terbang buat pengumuman - penerbangan lewat disebabkan raptai hari kemerdekaan.
9.40 pagi - pesawat berlepas meninggalkan ruang udara Kedah. Kelihatan dari jauh - Gunung Keriang tersergam di tengah-tengah jelapang padi.
![]() |
Foto buggy sekadar rujukan, bukan buggy yang kami naik. |
50 minit kemudian, kami selamat mendarat di KLIA. Sedang berjalan menuju pintu keluar, sebuah buggy berhenti tepi kami. “Encik nak naik?” petugas membawa buggy bertanya. Eh, terkejut tapi naik jugalah. Selain kami, ada seorang ibu muda bersama anak kecil. Pertama kali kami merasa naik buggy di KLIA 😀
Kebetulan, kaki kiri Encik Suami terpelecok lebih kurang seminggu lalu. Dah boleh berjalan macam biasa, cuma masih belum boleh duduk dengan sempurna sewaktu solat. Menurut doktor, ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah dapat naik buggy jadi kurang sikitlah kaki melangkah.
![]() |
Laksa Johor |
Sebelum keluar dari airport, kami singgah makan di Petit Cafe Chef Wan yang terletak di aras 5. Teringat sahabat blogger SK (Seri Kandi Tanah Jauhar) katanya nak tengok rupa Laksa Johor Chef Wan. Nah, sekeping foto buat tatapan SK yang rajin memasak 😀
Kali pertama kami ke KL East Mall milik Sime Darby Property. Luas, cantik dan bersih suraunya.
Kami berpergian tak lama, cuma satu malam menginap di rumah NS dan esoknya kembali ke utara. Sejak memelihara anak bulu, jadi tak senang hati kalau tinggal lama-lama. Lagi pula di Perlis sedang musim hujan - dah beberapa minggu hampir setiap hari hujan turun kadangkala berserta angin ribut. Jojo si anak bulu biasanya akan lari masuk ke dalam rumah bila hujan turun.
*****
Selamat Hari Kebangsaan ke-68 🇲🇾! Semoga Allah mengurniakan keamanan dan kemakmuran buat negara Malaysia yang tercinta ❤️Juga doa keamanan dan kemakmuran buat negara jiran Indonesia. Moga semuanya segera berakhir dan situasi kembali pulih.Tak dilupakan doa keselamatan dan kejayaan buat Sumud flotila yang berlepas pada 31 Ogos lalu dari Barcelona menuju Gaza.
Salam kemerdekaan buat kak Ujie.
ReplyDeleteSemoga segala nya dipermudah dan dilancarkan urusan gerakan Sumud..aamin
Saya suka nasi lemak kecil macam tu.
ReplyDeleteTelan ailio tengok gambar laksa johor cafe Chef Wan.
Ex-classmate saya ada share video sekolah rendah kami di Kangar, bumbung sekolah terbang ribut lalu, takut tengok, macam kertas je. Semoga baik-baik saja untuk Ujie dan famili, termasuk anak bulu.
Murahnya nasi lemak tu. Belah sana makanan memang murah kan.
ReplyDelete