Sambungan entri —> Pengalaman Mengujakan Naik ATV Melawat Dusun Durian
⏵ BLACK THORN
Selesai aktiviti naik ATV melawat dusun durian, barulah kami menikmati hidangan pagi. Bungkusan nasi lemak, tiga jenis kuih dan dua jenis minuman panas telah pun tersedia di atas dua buah meja panjang di tepi kolam.
Perut tengah lapar, rasa macam eh…cukup ke nasi lemak sebungkus ni? Tapi bila dah makan nasi lemak sebungkus dan kuih-muih, memang cukup kenyang.
Selesai makan, saya beredar menuju ke bilik penginapan. Manakala Encik Suami bersama kawan-kawannya ada urusan lain - melawat dusun durian yang terletak di luar kawasan resort. Baru je masuk bilik, Encik Suami minta saya kembali ke meja makan - ada hidangan durian.
Sebiji durian Black Thorn bersaiz besar. Saya cuma mampu makan dua ulas je, perut masih kenyang.
⏵ MINI ZOO
Lepas makan durian, saya ke Mini Zoo yang terletak di bahagian hadapan resort. Saya tidak bersendirian, tapi pergi bersama beberapa orang anak remaja (anak kawan Encik Suami).
Bila sampai, nampak pintu Mini Zoo ni bermangga. Selepas bertanya dengan staf resort, dapatlah kami masuk Mini Zoo ni melalui sebuah lagi pintu yang tidak berkunci.
Kami ke kandang kambing. Comel sungguh rupa dua ekor anak kambing ni.
Asyik bermain, saling berkejaran dan menanduk.
Comel dan jinak! Lama juga kami di sini, leka memerhati gelagat lucu anak-anak kambing.
Kami ke kandang yang menempatkan itik, angsa dan ayam.
Comel dan lucu rupa ayam ni - penuh bulu sampai nak tertutup mata dan kaki.
Terdapat beberapa buah kandang kosong, masih belum ada penghuni. Maklum saja tempat ini baru beberapa bulan beroperasi, masih belum banyak haiwan ditempatkan di sini.
⏵ ASAM PEDAS AYAM
Sebelum bergerak meninggalkan resort, kami dijamu dengan hidangan makan tengah hari pula.
Makan dalam suasana yang mendamaikan.
Antara hidangan yang menarik perhatian saya - asam pedas ayam. Saya biasa masak sendiri, tapi jarang jumpa lauk asam pedas ayam yang dijual. Mungkin saya yang tak jumpa sebab jarang jalan-jalan cari makan di negeri-negeri selatan. Asam pedas ayam ni setahu saya masakan orang Johor dan Melaka.
*
Entri ini mengakhiri catatan selama dua hari satu malam kami menginap di Duta Riang Villa, Selandar, Melaka. Suatu pengalaman yang menarik dan seronok! Terima kasih Allah atas rezeki kurniaan-Nya.
Semoga resort ini berjaya menjadi destinasi pelancongan agro yang terkenal!










Seronoknya kak Ujie, pagi-pagi dijamu nasi lemak dan kuih muih. Sedap menikmatinya dalam suasana macam ni. Dapat pula makan durian black thorn, rezeki lagi. Dapat makan asam pedas ayam juga. Best².
ReplyDeleteEh, ada mini zoo juga. Comel anak kambing. Dorang kalau kecil-kecil macam ni aktif betul kan. Suka melompat dan berlaga-laga. Risau ditanduknya kita. hihi...
Ayam tu pun comel, entah apa namanya.
Akak baru tau anak kambing seaktif gini. Seronok pulak tengok gelagatnya 😁
DeleteApa yang saya perhati kambing di rumah uwan sebelah encik suami, yang kecil tu memang aktif betul lompat-lompat. Haritu masa tengok haiwan di Sepang pun jenis kambing pygmy yang kecil pun aktif juga. Dia sama macam kucing juga kecil-kecil aktif. Dah besar sikit kuranglah. Memang seronok tengok happy kemain tapi risau dok sondol kita. hihi...
DeleteComelnyaa anak kambing tu.. geram, mesti lucu tengok gelagat diorang..hehe
ReplyDeleteJadi leka pulak tengok gelagat anak-anak kambing ni 😄
DeleteDurian tu....cantik isinya.
ReplyDeleteAsam pedas ayam memang sedap. Rupanya masakan orang Johor dan Melaka.
Setau saya gitulah...masakan asam pedas Johor dan Melaka.
Deletekuning betul isi durian tu, sedapnya tengok!
ReplyDeletecomel anak kambing tu, bercacak-cacak rambut dia ahahaha. yg anak ayam tu pun comel bulu lebat gitu. risau ek atasnya gambar anak ayam, baca bawah sikit ada asam pedas ayam xD
Anak ayam bulu lebat buat asam pedas ayam 😂
DeleteAnak ayam biri² ke tu, Ujie, hihi. Kelakar pulak, tak pernah nampak ayam bulu penuh macam tu, comel pulak. Binatang memang comel lagi² ketika masih anak². Memang kenyang la nasi lemak sebungkus dan kuih-muih kan, dapat durian besar tu, memang dua ulas jer mampu makan.
ReplyDeleteEntah nampak jalan ke tak tu, bulu penuh 😄
DeleteYa, seulas pun besar banyak isinya.
Cantiknya durian blackthorn. Saya tak pernah cuba lagi durian jenis ni.
ReplyDeleteComel la, kambing tu. Rasa macam nak bela kambing pulak. Hehe..
Ayam bulu penuh tu pun comel.
Masya-Allah, sedap bebenor makanan tengahari Ujie. Menarik sungguh destinasi percutian Ujie ni. 👍
Bela laa Tot. Saya pun ada impian nak bela kambing. Suka-suka je 😀
DeleteAlhamdulillah...saya pun tak jangka tempat ni best gini.
Seronok betul ni siap ada durian sekali. Dapat jugak tengok binatang2 kat mini zoo.
ReplyDeleteKebetulan datang tengah musim durian, dapatlah makan durian sini.
DeleteNampak sedap belaka hidangan yg disediakan. Tapi raja buah tu paling mencuri perhatian Sy :)
ReplyDeleteAlolo comelnya anak ayam tu... Rasanya species ayam yg besar tu kot, yg berbulu² dekat kaki dia tu
Ada ya ayam besar penuh bulu sampai kaki...tentu lebih menarik, lucu 😄
Deletealaa kenapa 2 ulas je hahaha
ReplyDeletelebih tu boleh je kalau nak bagi saya
hahaha
Silap timing, baru lepas sarapan kenyang lagi 😄
DeletePenuh aktiviti Puan Ujie di sana.
ReplyDeleteComel anak kambing itu.
Saya tidak pernah jumpa jumpa asam pedas ayam dijual.
Kan...saya pun tak pernah jumpa. Tu yang terkejut juga bila dihidangkan lauk asam pedas ayam di resort ni.
DeleteAsam pedas ayam mungkin saya akan suka, sebab asam pedas ikan saya agak picky. Tergantung jenis ikan. Ada beberapa ikan yg saya tak suka soalnya . Tapi kalo pakai ayam, dah confirm suka 😄.
ReplyDeleteUwaaaah black Thorne kak 😍😍😍😍😍. Lamanya tak makan ini. Terakhir tahun lalu...
Tapi di usia skr, saya pun kalo makan durian, secukupnya saja. Dah tak berani terlalu banyak. Yg penting merasa 😄