Saturday, 6 July 2024

Menambah Senarai ‘TBR’

Semenjak berhenti menjual buku (saya pernah jadi ejen dropship syarikat penerbitan Jejak Tarbiah mulai Oktober 2019 sehingga April 2022), sejak itu juga berkuranglah aktiviti membeli buku. Bila menjual, saya pun ikut tergoda dengan judul buku baru. Maka asyiklah saya membeli buku dengan harga diskaun sebagai ejen jualan.

Sekarang ni jarang-jarang saya membeli buku sebab saya perlu membaca deretan buku yang telah dibeli. Nampak promosi judul buku baru yang cukup menggoda pun terpaksa tahan diri jangan membeli. Padan muka! 😆

Kena sedar diri, stamina membaca saya dah tak seperti suatu ketika dulu. Apa lagi kalau membaca karya bersifat ilmiah, saya akan ambil masa cukup lama nak baca dan hadam sebuah buku. Baru baca beberapa halaman je dah mula kecik mata.

Baru-baru ini saya menambah jua buku di rak buku TBR (To Be Read) yang diletakkan di sebelah tempat tidur saya. Enam buah buku menerusi dua pembelian.

Buku Ensiklopedia Sirah Kekasihku Muhammad dan Ensiklopedia Empat Khalifah ini dibeli oleh Encik Suami dengan harga promosi kombo RM250 termasuk kos pos. Encik Suami tertarik membeli sewaktu menonton live Facebook ZRA Strim yang menampilkan Ustaz Zahazan bercerita berkenaan buku ensiklopedia terbaru terbitan Telaga Biru. Tapi bila buku sampai, terus diserahkan kepada saya suruh tolong baca. Minta tolong begini pun ada juga ya 🙄😄

Bagi yang nak menonton perkongsian menarik oleh Ustaz Zahazan berkenaan Ensiklopedia Sirah Kekasihku Muhammad, boleh klik link YouTube ZRA STRIM DI SINI. Lepas tu bolehlah membeli dari Telaga Biru untuk bacaan seisi keluarga, sesuai juga dijadikan sebagai hadiah.


Empat buah buku yang baru saya terima beberapa hari lalu - buku travelog oleh Siti Noridah ET. Pembelian yang tak boleh ditangguh sebab stok tak banyak dan tak pasti bila akan ada cetakan semula. Empat buah buku ini saya beli dengan harga RM100 termasuk kos pos.

Tak sabar rasanya saya nak mengembara (melalui buku) ke Afghanistan, Pakistan, Iran-Iraq dan Bhutan 😃




SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
1 MUHARRAM 1446H







16 comments:

  1. Wah, mesti menarik ni kembara ke tiga tan...Afghanistan, Pakistan dan Bhutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menariklah untuk orang macam saya yang belum pernah ke negara-negara tersebut.

      Delete
  2. Menarik judul2 buku dalam senarai TBR Kak Ujie tu. Semoga berjaya menghabiskan semuanya 😄

    Salam Maal Hijrah Kak Ujie sekeluarga 🌸 Semoga 🇵🇸 beroleh kemenangan tahun ni 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah cuba habiskan walau ambil masa lama 😄

      Aamin…doa untuk Palestine ❤️

      Delete
  3. waahhh semua judul buku nampak menarik tu! jgn lupa share nti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan share, supaya sama-sama dapat manfaat.

      Delete
  4. Menarik tu buku kembara tu...
    Lagi tak sabar nak baca pengalaman PU ke sana nanti 🤗

    ReplyDelete
  5. Minta tolong baca buku ini unik juga. Ada upah ke?
    Selamat menghabiskan baca buku-buku. Banyak juga hasil tangkapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada upah, laju baca. Ni takde, kena tunggu giliran dalam list TBR 😄

      Delete
  6. buku pasal bhutan tu menariklah! sbb ada impian nak pegi bhutan... boleh pinjam? haha🤭😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Anies, akak pun ada impian nak ke Bhutan. Tapi kosnya tinggi.

      Boleh je pinjam buku 😀

      Delete
  7. seronok baca sirah Rasulullah...tolong baca tu kena buat ringkasan sekali ke? hehe...baca travelogue pun best, baca pengalaman org...

    ReplyDelete
  8. part suruh tolong baca tu, lucu pulak.. hehehe..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****