Tuesday, 2 September 2025

Catatan Menjelang Hari Kebangsaan

Biasanya kalau cuti hujung minggu yang panjang, kami tak berjalan jauh. Malas nak bersesak di jalanan. Tapi kali ini Encik Suami ada urusan di sekitar Selangor, terpaksalah bermusafir. Syukurlah tak perlu memandu, kami berdua naik pesawat dari Kedah.

Menikmati hidangan pagi dengan nasi lemak berbungkus daun pisang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah. Harganya cuma RM1.70. Saiz kecil dan sedap rasa nasi lemaknya, memang tak cukup makan sebungkus.

Sementara menunggu waktu penerbangan, saya isi masa dengan membaca buku. Bacaan kali ini merupakan buku terakhir daripada empat buah buku travelog Siti Noridah ET yang dibeli pada tahun lalu. 

Pukul 8.20 pagi kami sudah pun berada di dalam pesawat. Satu jam duduk, pesawat masih tak bergerak. Masing-masing dah mula gelisah. Mujurlah keadaan tak begitu panas, masih boleh duduk selesa. Selepas itu barulah juru terbang buat pengumuman - penerbangan lewat disebabkan raptai hari kemerdekaan.

9.40 pagi - pesawat berlepas meninggalkan ruang udara Kedah. Kelihatan dari jauh - Gunung Keriang tersergam di tengah-tengah jelapang padi.

Foto buggy sekadar rujukan, bukan buggy yang kami naik.
50 minit kemudian, kami selamat mendarat di KLIA. Sedang berjalan menuju pintu keluar, sebuah buggy berhenti tepi kami. “Encik nak naik?” petugas membawa buggy bertanya. Eh, terkejut tapi naik jugalah. Selain kami, ada seorang ibu muda bersama anak kecil. Pertama kali kami merasa naik buggy di KLIA 😀

Kebetulan, kaki kiri Encik Suami terpelecok lebih kurang seminggu lalu. Dah boleh berjalan macam biasa, cuma masih belum boleh duduk dengan sempurna sewaktu solat. Menurut doktor, ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah dapat naik buggy jadi kurang sikitlah kaki melangkah. 

Laksa Johor
Sebelum keluar dari airport, kami singgah makan di Petit Cafe Chef Wan yang terletak di aras 5. Teringat sahabat blogger SK (Seri Kandi Tanah Jauhar) katanya nak tengok rupa Laksa Johor Chef Wan. Nah, sekeping foto buat tatapan SK yang rajin memasak 😀

Kali pertama kami ke KL East Mall milik Sime Darby Property. Luas, cantik dan bersih suraunya.


Kami berpergian tak lama, cuma satu malam menginap di rumah NS dan esoknya kembali ke utara. Sejak memelihara anak bulu, jadi tak senang hati kalau tinggal lama-lama. Lagi pula di Perlis sedang musim hujan - dah beberapa minggu hampir setiap hari hujan turun kadangkala berserta angin ribut. Jojo si anak bulu biasanya akan lari masuk ke dalam rumah bila hujan turun.

*****
Selamat Hari Kebangsaan ke-68 🇲🇾! Semoga Allah mengurniakan keamanan dan kemakmuran buat negara Malaysia yang tercinta ❤️

Juga doa keamanan dan kemakmuran buat negara jiran Indonesia. Moga semuanya segera berakhir dan situasi kembali pulih.

Tak dilupakan doa keselamatan dan kejayaan buat Sumud flotila yang berlepas pada 31 Ogos lalu dari Barcelona menuju Gaza.







28 comments:

  1. Salam kemerdekaan buat kak Ujie.
    Semoga segala nya dipermudah dan dilancarkan urusan gerakan Sumud..aamin

    ReplyDelete
  2. Saya suka nasi lemak kecil macam tu.
    Telan ailio tengok gambar laksa johor cafe Chef Wan.
    Ex-classmate saya ada share video sekolah rendah kami di Kangar, bumbung sekolah terbang ribut lalu, takut tengok, macam kertas je. Semoga baik-baik saja untuk Ujie dan famili, termasuk anak bulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, baru-baru ni ada bumbung sek tercabut. Sekolah awak rupanya.
      Terima kasih doanya.

      Delete
  3. Murahnya nasi lemak tu. Belah sana makanan memang murah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah dan sedap!
      Lagi pulak di airport, memang kira murahlah harga gitu untuk nasi lemak.

      Delete
  4. aah kan delay flight sebab ruang udara KLIA di tutup sempena perbarisan tu ..

    ReplyDelete
  5. kaki terpelecok memang lambat baik sepenuhnya kan? alhamdulillah dapat naik buggy kurang sikit sakit berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, ni dah 3 minggu masih belum boleh duduk sempurna masa solat.
      Allah Maha Baik...Alhamdulillah!

      Delete
  6. Ya Allah, terpacak cili merah tu atas laksa, hahaha. Mahu terkejut kita dibuatnya. Tq Ujie, ingat kat sy. Sedap tak tu LJ, nya?

    Murahnya nasi lemak kat Airport, RM1.70 sahaja, tapi biasa kalau kat Kedah, nasi lemak bungkus tak lebih RM1 harganya, jadi tu kira mahal, la kan.

    Sy pun selalu terfikir bagaimana dengan Jojo setiap kali Ujie out station tau, harap Jojo baik² je kena tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorg pun tergelak tengok cili tu, seingatnya sebelum ni taklah terpacak gitu 😄

      Hehe...nak makan pun boleh ingat kawan blog 😀

      Alhamdulillah sedap laksa tu, cuma macam tak sesedap masa mula-mula makan.

      Oo...tak tau pulak pasal nasi lemak Kedah harganya tak lebih RM1. Mesti terkejut kalau saya jumpa.

      Kami mintak tolong jiran bagi makan Jojo sehari 2x. Sediakan khemah kucing dan kerusi healing kat porch - kerusi yang biasa dia guna untuk tidur dalam rumah. Cuma kalau tinggal lama, kesian dia tak dapat masuk tidur dalam rumah macam selalu.

      Delete
  7. Orang dah ajak naik takkan nak tolak pula.
    Unik pula tengok cili sebiji dengan tangkai sekali cucuk pada mi spageti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, peluang tak datang selalu. Dapatlah merasa naik buggy, tak payah jalan kaki jauh.

      Unik dan lucu jugaklah letak cili gitu 😄

      Delete
  8. Aamiin doa utk Malaysia dan sumud nusantara 🤲🏻
    Nasi lemak tu confirm tak cukup sebungkus. Sambal depa sedap selalunya.

    ReplyDelete
  9. Thank you doanya kak. Semoga cepat selesai masalah di sini dan tuntutan rakyat bisa dipenuhi.

    Eh, di resto chef wan ada jual laksa Johor yaaa? Saya penasaran dengan laksa ini soalnya. Belum sempat2 ke Johor untuk coba. Tp Krn NOV saya ke KL, nampaknya bisa saya cari di KLIA. 😍😍

    Sekedar merasa dulu.

    Saya pun kalo seandainya tak ada yg menjaga para anak bulu, tak mungkin pergi2 jauh. Sekarang ini bersyukur saja ada asisten yg jaga anak bulu kalo saya traveling. Kalo tak ada, memang tak pergi2 kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...Fanny bakal gathering lagi dengan bloggers KL.

      Bolehlah try laksa Johor di KLIA, tak payah pergi Johor 😀

      Dah macam anak sendiri kan...tak senang hati nak tinggalkan.

      Delete
  10. Tercacak cili atas laksa Johor tu.
    Bila ada anak bulu ni, nak berjalan jauh pun kena kira budgjet untuk ia. Nak bawa sekali tak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena kira kos pet hotel. Cumanya akak tak hantar Jojo ke hotel sebab dia dah biasa bebas keluar masuk rumah. Kami upah jiran je tolong bagi makan.

      Delete
  11. Salam kemerdekaan ke 68 tahun Ujie...sedap plak tengok laksa johor tu

    ReplyDelete
  12. Masih ada lagi ye harga nasi lemak bawah rm2. Selalu paling murah pun jumpa rm2 jelah. Yg kecik2 ni selalu sedap!

    Oh before naik pesawat tu mereka takde umum ya flight delay sebab raptai merdeka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di RnR area utara ni masih ada nasi lemak bawah RM2 saiz kecik.

      Tak ada pulak pengumuman, itu yang tertanya-tanya kenapa tak bergerak. Akak pulak tak perasan info di medsos flight delay sebab raptai.

      Delete
  13. Bestnya tak perlu hadap jem, naik flight je. Rezeki juga dapat naik buggy kan. Macam tahu-tahu je kaki husband akak sakit. Dapat jugalah kaki tu rehat dari berjalan lama.
    Dia pun food presentation siap pacak cili tengah-tengah laksa tu ye. Dah macam menara pula kaedahnya.
    Aamiin..Semoga Malaysia terus aman harmoni. Begitu juga Indonesia. Dan Semoga Allah lindungi mereka, permudah dan memberikan kejayaan buat Sumud Flotila. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah kot petugas tu perasan cara jalan berbeza 😄, walaupun suami kata dia rasa dah ok boleh jalan macam biasa. Apa pun Alhamdulillah.
      Sampai je makanan, terus rasa nak ketawa tengok cili tegak tengah laksa 😄

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****