Sunday, 21 November 2021

Pak Lurah Bistro Nasi Kambing Batu Pahat

KHAMIS | 04.11.2021

Setiap kali balik ke kampung suami, kedai makan Pak Lurah Bistro ni semacam menjadi kemestian untuk saya dan suami singgah. Lokasinya tak begitu jauh dari rumah mentua saya.
 
Pak Lurah Bistro
Masa ni sekitar pukul 10 pagi, pengunjung belum ramai. Kita boleh pilih nak duduk di bahagian depan kedai, tepi sisi kedai atau di luar (bawah pokok). Kemas dan bersih kedainya. Layanan pun baik. Tisu pun disediakan secukupnya berhampiran kaunter. Eh…penting tisu tau. Geram saya kalau kedai makan tak reti nak sediakan tisu. Bila kita tanya, tanpa rasa bersalah jawab “Tisu abis…”. Ok, cukuplah meluah rasa 😅

Pak Lurah Bistro
Pilihan menu. Setakat yang kami dah pernah makan, semuanya menepati selera.

Pak Lurah Bistro
Pilihan saya kali ni - Coconut Shake Special. Memang sedap.

Pak Lurah Bistro
Pilihan suami - Kopi Chandu panas. Menurut pelayan kedai, kopi ini dibuat dengan campuran kulit kayu manis. Mula-mula saya cuba minum, macam pelik jugak rasanya. Tapi lepas tu, eh sedap jugaklah!

Pak Lurah Bistro
Inilah menu wajib setiap kali ke sini - Nasi Goreng Kambing Panggang. Nasi goreng dihidangkan bersama sup kosong, sambal, kambing panggang dan salad. Sedap semuanya. Kambing panggang tu berjus dan lembut.

Makanan cukup satu saja, sebab tadi pagi dah bersarapan di rumah mentua. Tapi tetap nak singgah makan di Pak Lurah Bistro sebelum bergerak meninggalkan Johor. Hampir setahun tak balik kampung, haruslah wajib singgah 😀. Kami juga beli bungkus Nasi Goreng Kampung Kambing Panggang sebagai bekalan balik ke rumah NS.

Kalau ada ke Batu Pahat, bolehlah cuba makan di Pak Lurah Bistro ni ya. Selain masakan panas, kat sini juga ada menjual roti/kek/pastri. Nak ke sini cari je ‘Pak Lurah Bistro’ di Google Maps. Lokasi kedai di tepi jalan besar. Kalau dari bandar Batu Pahat, ia terletak di sebelah kiri jalan. Kena perhati betul-betul, mudah terlepas sebab jalan di sini lurus je.

——————————————————————-
PAK LURAH BISTRO NASI KAMBING BATU PAHAT
Jalan Besar Parit Sulong,
Batu 7, Felcra Seri Wangi,
Batu Pahat, Johor.
011-3376 3722

Waktu operasi :
Ahad - Jumaat  (9 pagi - 3 petang)
Sabtu (tutup)



25 comments:

  1. sedapnya nasi goreng kambing tu ujie. jauh lah sangat nak pegi.
    cantik gambar2 ujie ambik. suka tgk.

    ReplyDelete
  2. Persembahan makanan macam di kafe. Hehe menarik ada kopi candu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow sangat kan...padahal kat warung, kawasan kampung je ni 😀

      Delete
  3. Kopi candu + nasi goreng kambengs aduh.. menyelerakan

    ReplyDelete
  4. menarik2, tmbah selera tgk
    mestii sedapp kan

    ReplyDelete
  5. waduh kak nampak mengiurkan betul nasi goreng kambing tu, air dia pun sedapnya... laici banyak tak kedekut
    dana pun geram kalau ke kedai makan takde tisu... mujurla kita mmg sentiasa simpan tisu dalam hbeg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memamg puas makan laicinya tu.
      Akak ada jugak tisu dalam hbeg, tapi selalu suka tinggal hbeg kat kereta 😇😅

      Delete
  6. wahh tgk gmbr pon sedapp 😅

    ReplyDelete
  7. 3 tahun dok batu pahat tak pernah tahu pun ada kedai mcm ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab kedai ni bukan kat area bandar BP.

      Delete
  8. Replies
    1. Betul 😀
      Tapi kalau tak gemar kambing, boleh cuba menu lain.

      Delete
  9. sedapnya sis! mujur jauh, klo dekat dah lama terjah.

    ReplyDelete
  10. Kalau makanan sedap, suasana kedai cantik dan bersih mesti pelanggan datang berkali kali. Betul betul bersih kedainya. Menu dia pun wow.

    ReplyDelete
  11. sedapnya..kambing panggang berjus tu yg best..

    ReplyDelete
  12. Terus saya tanda kedai ini di Google Maps.. TQ share.. menarik sungguh nasi goreng tu..

    ReplyDelete
  13. lamanya aida x jejak BP.
    kalau dulu, balik kampung di pontian, sure singgah BP la, kluang la, muar la, ayer itam la.
    berjalan aje keje kami laki bini :)
    sejak PKP thn lepas, langsung tak jejak jajahan johor tau.

    nampak sedap sgt nasi goreng tu. warnanya memang mcm cukup rasa & rempah.
    hmmmm coconut shake berlaici tu, wow!!!

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^