Hari Sabtu lalu, saya dan encik suami ke Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama saya ke sini. Memang terasa suasana berbeza apabila memasuki BSC. Tandas dan suraunya pun cantik. Laluan menuju ke surau dihias dengan gantungan lampu indah. Barang-barang jualan di sini pun lebih menarik. Boleh belek foto-foto oleh blogger Nohas dalam entri - Lain rasanya pergi Supermarket T20.. .
Tujuan saya dan encik suami ke sini - nak menikmati makan tengah hari di De.Wan 1958 by Chef Wan yang terletak di aras 1, BSC. Tempahan slot sudah dibuat beberapa hari awal.
Kami dapat slot pukul 1.30 petang. Masa diperuntukan 2 jam sahaja untuk kita makan dan kalau kita tak datang selepas 15 minit, tempahan akan terbatal. Dari tiga buah restoran, hanya di BSC ini saja yang masih ada slot kosong untuk makan tengah hari. Lewat lagi memang tak bolehlah sebab kami perlu bergerak balik ke PP.
Sebenarnya dah agak lama juga kami berdua teringin nak merasa hidangan di restoran Chef Wan. Kebetulan hujung minggu lepas kami berada di KL dan hari Sabtu tersebut merupakan tarikh istimewa saya, maka kita kasi jadilah acara makan-makan di restoran Chef Wan. Ada la alasan nak makan makanan mahal kan? Sempena hari istimewa 😁. Pada hal biasanya cukup sekadar ucapan dan kalau pun ada acara makan-makan, kena tunggu hari encik suami cuti kerja. Bukan tepat pada tarikh ulang tahun.
DE.WAN 1958 BY CHEF WAN - MENIKMATI HIDANGAN MASAKAN MELAYU DALAM SUASANA MEWAH
Alhamdulillah kami sampai di hadapan restoran sebelum pukul 1.30 petang. Kami disambut mesra oleh dua orang pelayan wanita dan kemudian dibawa ke meja makan.
Beginilah suasana di dalam restoran De.Wan 1958 by Chef Wan. Mewah dekorasinya. Saya tertarik dengan kipas seperti kipas sate yang terletak di siling. Bukan sekadar digantung sebagai hiasan saja, malah ia bergerak-gerak seperti mengipas. Unik!
Dalam foto di atas nampak macam kosong tak ada pelanggan kan? Sebab masa ni masih awal. Tak lama kemudian, meja-meja yang ada semuanya dipenuhi oleh pelanggan.
Membelek buku menu.
Sementara menunggu pesanan tiba, kami dihidangkan dengan rempeyek rangup dan air kosong.
Kerabu Pucuk Paku |
Hidangan pertama tiba - Kerabu Pucuk Paku. Dalam foto ni mungkin nampak macam sikit kerabunya, tapi sebenarnya banyak untuk dua orang makan. Sedap dimakan ratah gitu je. Rasanya juga unik, macam ada manis-manis sikit.
Daging Salai Lemak Cili Padi |
Daging Salai Lemak Cili Padi. Potongan dagingnya lebar dengan hirisan yang tak begitu tebal. Lembut dikunyah. Kuah lemak cili padinya tak terlalu pedas, saya suka begini. Boleh makan dengan selesa tanpa hidung berhingus dek kepedasan.
Jumbo Sotong |
Jumbo Sotong. Lembut berjus sotongnya, tapi eh macam tak berapa jumbo (besar) saiznya. Masa makan barulah perasan macam potongan dua ekor sotong. Agaknya sebab tak ada saiz jumbo jadi diberi dua ekor sotong.
Letak terus dua jenis nasi, boleh merasa kedua-duanya. |
Cara hidangkan nasi di sini, ada pelayan datang membawa dua bekas anyaman berisi nasi. Satu ‘Nasi Terengganu’ dan satu lagi ‘Nasi Minyak’. Lebih kurang gitulah yang saya faham daripada apa yang dituturkan oleh pelayan wanita warga asing yang menghidangkan nasi. Selain itu, ada juga pilihan nasi putih.
Nasi boleh ditambah berkali-kali. Dua kali pelayan tersebut datang tanya kalau kami nak tambah nasi (bila nampak nasi di pinggan kami makan tinggal sikit dan bila dah habis), tapi kami masing-masing tak mampu nak tambah sebab kekenyangan makan lauk 😄. Itu pun kami minta bungkus lauk Daging Salai Lemak Cili Api yang masih berbaki beberapa potong. Tak mampu habiskan. Setiap hidangan mungkin sesuai untuk 3-4 orang makan, kecuali kita ambil dua lauk saja mungkin bolehlah habiskan berdua.
Mini Birthday Cake | Black Forest |
Semasa buat bayaran, kami gunakan ganjaran diskaun sempena hari lahir. Sebelum itu, kita perlu ada aplikasi ‘Chef Wan Cooks’ untuk kumpul mata ganjaran dan dapat ganjaran. Rupanya, saya dapat juga mini birthday cake secara percuma! Kalau kita membeli, harganya RM31. Kek mini ini saya bawa balik dan makan di rumah. Sekali hadap laki bini, hampir habislah jugak. Berbaki satu potongan kecil.
Secara keseluruhan, saya dan encik suami sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidang, layanan yang diberi dan keselesaan di restoran ini. Semua pelayan sentiasa bersikap mesra dan sopan melayan. Berbaloi rasanya kami mencuba makan di sini 👍🏽. Moga mereka kekal bagus begini.
Tahniah buat Chef Wan yang telah berjaya mengangkat masakan Melayu ke satu tahap yang tinggi, iaitu menghidangkan masakan Melayu yang sedap dalam suasana cukup mewah. Tentunya bukan sesuatu yang mudah.
Info lanjut berkenaan lokasi restoran, menu dan tempahan, boleh terus ke laman web https://dewan.space/
Sambut ulangtahun perkahwinan di tempat yang istimewa dan jauh dari rumah. Pengalaman yang tentu tidak dapat dilupakan.
ReplyDeleteSebenarnya hari istimewa tu, hari ulang tahun kelahiran saya 😊
DeleteIya...pengalaman yang tak dilupakan - pertama kali makan di restoran Chef Wan pada tarikh istimewa.
Lauk masakan ala Nismilan dinikmati pula dengan Nasi Terengganu.. kombinasi yang belum lagi sy cuba apatah lagi ke restoran ini. Mungkin kena tunggu hari istimewa tahun depan.
ReplyDeleteKonon nak cuba dua jenis nasi tu dulu, lepas tu baru mintak nasi putih pulak. Sekali dah terlebih kenyang la pulak 😄
DeleteBila ke KL tak pernah sempat nak try DW ni, ramai kata puas hati sedap kan
ReplyDeletePernah jugak terbaca komen kata masakan mengecewakan.
DeleteAlhamdulillah pengalaman pertama saya ni, semuanya OK.
Walau banyak makanan luar,tapi lidah saya lebih pas makanan tradisional
ReplyDeleteSetuju sangat! Lebih puas bila menikmati makanan tradisional.
DeleteWahh nampakkk sedapp tu
ReplyDeleteAlhamdulillah kena cita rasa.
Deleteselamat hari lahir kak..moga yang baik2 buat akak sekeluarga..
ReplyDeleteTerima kasih Leeya 😊
DeleteDoanya untuk Leeya jugak.
Bestnya menikmati menu makanan melayu tradisional
ReplyDeleteLebih rasa nikmat bila dapat makanan tradisi kita.
DeleteOh ada apps ye?? nampak mewah dpd gambar akak... akak ambik gambar guna camera ke handphone ek??
ReplyDeleteKalau nak kumpul mata ganjaran dan dapat ganjaran, eloklah install apps join membership. Tak mau pun takpe.
DeleteAkak ambik gambar guna hp.
Antara salah 1 bucket list saya ni
ReplyDeleteInsyaAllah moga segera tercapai hasrat Syaz ya.
DeleteWow... mesti makan sambil pejam-pejam mata gitu, menikmati kesedapannya. :)
ReplyDeleteApa salahnya, sambut harijadi di tempat istimewa macam ni. Happy belated birthday, ye, Ujie. :)
Terima kasih Nur 😊
Deletedkt area umh ada juga outlet cafe chef wan ni tp blum sempat lg nk merasa...tp tu la jenis ada time slot ni mcm tk brp best sbb mcm terkejar2 kalo nk mkn2 ngan kwn2 yg suka borak2 lama ..hehe...ada rezeki nanti bole cuba...dpt mini cake free tu best btul
ReplyDeleteKalau tak silap paham, untuk restoran je kita perlu book slot. Cafe tak pasti macam mana. Tapi iya, memang leceh sikitlah kalau makan ramai-ramai nak lepak lama kan..
Deletenampak menyelerakan sungguh. kena ajak husband try juga ni. mungkin on special day juga, dating berdua 🤭😅 kalau dengan anak² kecil seram nak bawa tempat macam ni.
ReplyDeleteMmg sedap masakan di sini..deko pun cantik, gambar chef wan tersenyum manis..celebrate hari special di resto yg indah, good foods..happy belated birthday!
ReplyDeleteSaya teringin menjamah hasil air tangan chef-chef di negara kita termasuk Chef Wan.
ReplyDeleteMudah-mudahan ada rezeki untuk saya sampai ke sana.
happy belated besdayy ujie🎉🎈♥️
ReplyDeletehari istimewa diraikan , restoren cheff Wan memang sedap2 mknannya kan. km
Nampak kemewahannya tu kak. Food plating dia memang lawa. Suasana yang bersesuaian dengan hari istimewanya tu.
ReplyDeleteHappy belate dbirthday kak.. Satu pengalaman yang menarik..
ReplyDeleteSuka tengok deko restoran tu.. menarik sangat..