Thursday, 15 June 2023

Mudahnya Buat Label Dengan ‘Niimbot Label Printer D110’

Sebelum ini, saya buat label menggunakan printer biasa dan kertas A4. Lepas tu gunting dan tampal dengan menggunakan pita pelekat jernih. Kalau tak rajin, saya tulis je atas masking tape dengan menggunakan marker pen. Lebih mudah, cuma nampak kurang cantik.

Tapi sekarang kerja-kerja buat label lebih mudah dan kemas setelah saya memiliki ‘Niimbot Label Printer’. Macam banyak sungguh benda saya nak labelkan ya 😄. Tak banyak pun, tapi memang ada je benda-benda yang saya perlu labelkan. Kecuali urusan label makanan di dapur seperti menulis tarikh mula frozen daun herba, berapa bahagian ikan/ayam dan jenis pes dalam botol, yang itu saya masih gunakan cara biasa iaitu tulis atas masking tape sebab lebih praktikal begitu.

Niimbot Label Printer D110
Saya beli label printer jenama Niimbot model D110 di Shopee dengan harga RM50.99. Dapat kabel untuk mengecas printer dan beg kecil. Stiker thermal label (dalam kotak kecil) tu pula saya beli jenis transparent saiz 14x25 mm dengan harga RM21.99. Ada banyak pilihan jenis label dan saiz, boleh pilih ikut keperluan dan cita rasa kita.

Label printer ni tak menggunakan ink, tetapi guna thermal label. Jimat tak payah beli ink, tak ada masalah ink kering ke apa. Cuma kita kena bayar lebih untuk thermal label. Macam thermal label yang saya beli ni ada 240 pcs stiker dengan harga yang saya nyatakan di atas.

Cara nak gunakan label printer ini - cuma perlu muat turun aplikasi Niimbot di telefon bimbit kita dan aktifkan fungsi Bluetooth bagi menghubungkan dengan label printer. Ikut arahan selanjutnya pada aplikasi tersebut. Stiker thermal label tu kita masukkan pada label printer ikut panduan diberi.

Reka label kita di aplikasi Niimbot. Boleh tukar jenis font, saiz dan lain-lain. Nak letak ikon pun boleh, ada banyak pilihan ikon.


Saya nak buat label pada suis rumah. Jadinya saya pilih reka letak menegak supaya sesuai ditampal pada suis. Dah siap reka, kita print dan boleh save supaya senang nak guna lagi.

Niimbot Label Printer D110
Inilah hasilnya. Bahagian hujung printer tu ada tempat potong label. Lepas keluar gini, tarik ke atas untuk memotong. Kemudian bolehlah kita tanggalkan stiker daripada label untuk menampal.

Saya letak label pada botol-botol kecil peralatan mandian untuk travel. Saya puas hati dengan hasil cetakannya, jelas. Katanya stiker ni kalis air, kita tengoklah selama mana ia kalis air. Harap bertahan lama.

Setakat ni, satu je saya tak puas hati - thermal label tu ada yang tak ada stiker. Bila kita print tak keluar tulisan. Rupanya tak ada stiker pada bahagian tersebut. Dah rugi sekeping stiker. Harapnya tak jumpa lagi kes serupa.

Berminat? Boleh buat carian di Shopee - ‘Niimbot Label Printer D110’. Ada banyak pilihan model, terpulang kepada keperluan dan bajet masing-masing nak pilih model yang mana satu.






18 comments:

  1. makin canggih dan senang kan kak tak perlu nak guna printer besar gabak..

    ReplyDelete
  2. Ini yang rajin buat label setiap barang boleh beli.

    ReplyDelete
  3. Menarik la label printer ni.. tq share kak

    ReplyDelete
  4. Lah.... kecik je.... menarik ni

    ReplyDelete
  5. Banyak kali teringat nak beli label maker niimbot ni tapi takut nanti guna sekejap je membazir pulak hihi. Tapi memang berguna dan memudahkan bila nak buat label.

    ReplyDelete
  6. Kecil barangnya besar kegunaannya ya kak..jadi lebih praktis

    ReplyDelete
  7. Ujie sama perangai macam arwah opah saya, semua benda letak label. Tapi senang nak cari barang, kan. Baru saya tahu, ada pencetak tak guna ink sekarang. Hebatnya! 👍

    ReplyDelete
  8. alaa macam best jer ni, nak cari lah juga, thank you Ujie sharing :)

    ReplyDelete
  9. wow comelnya, menarik ni kak

    ReplyDelete
  10. Wah jadi pengen punya. Soalnya selama ini aku pesan kalau mau pakai label untuk buket

    ReplyDelete
  11. Menarik tu..mudah utk buat label

    ReplyDelete
  12. Eh, macam seronok pula saya baca perkongsian ini. Kerja label melabel ni kalau ajak Firdaus buat sama memang suka sangatlah dia.

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik dan memudahkan kerja ni....

    ReplyDelete
  14. wak dulu sukak beli printer camni., tp skrg dh lg canggih nmpknyer., hehe

    ReplyDelete
  15. wah dulu ada member pernah beli gak produk camni cuma rasa cam lain jenama je... nmpk senang je kan.. ada rezeki nak try beli gak la nnt

    ReplyDelete
  16. menarik...sgt praktikal, tak byk guna space...saya dulu pun guna masking tape utk label brg..

    ReplyDelete
  17. selalu nmpk peniaga online guna jenama ni...

    sgt praktikal dan menarik👍👍👍

    ReplyDelete
  18. Comelnya. Mudah nak buat label barang dapur. Bolehlah survey survey nanti. Tq share kak Ujie.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****