Buah jentik atau ada yang panggil buah jentik-jentik, sejenis buah di negara kita yang baru pertama kali saya tahu namanya dan melihat sendiri rupa buahnya.
Beginilah rupa buah jentik dengan kulit buah yang dah kering. Buahnya bergugusan pada satu tangkai. Walaupun nampak dah kering gini, tapi isinya elok tak rosak.
Saiznya kecil saja.
Bila dibuka, buah jentik menyerlahkan isi berwarna oren merah. Cantik warnanya.
Menurut info, buah jentik ini merupakan sejenis buah hutan dan ia bermusim. Rupa luaran dan isi seakan buah rambai. Ia diberi nama ‘buah jentik’ kerana cara nak menikmati buah ini kita perlu menjentik supaya kulit buah terbuka.
Saya cuba menjentik sebiji buah ini, berterabur kulit dan isi 😄. Terkuat sangat agaknya. Tapi kalau saya tak jentik pun masih boleh buka buah ini dengan mudah, mungkin sebab buah jentik yang ada ni kulitnya dah kering. Saya cuma perlu picit sikit je, kulitnya pecah dan terbuka. Tak perlulah saya menjentik.
Cara makan buah jentik sama macam kita makan buah rambai. Dalam setiap buah jentik terdapat dua hingga tiga ulas isi. Bagaimana rasanya? Buah jentik mempunyai kombinasi rasa masam manis. Dalam setangkai buah jentik, ada yang lebih kuat rasa masam dan ada juga yang lebih kuat rasa manis. Biji buah jentik pula berbentuk pipih (leper).
Buah jentik yang saya makan ini dibeli di Gurun, Kedah dengan harga RM10 / kg. Tempat lain tak pastilah ya berapa harganya.
yela buah jentik ni seakan buah rambai...buah rambai baisa mkn..buah jentik tk pernah lagi
ReplyDeleteSy pun pernah juga terjentik dgn kuat buahnya sampai berterabur isi hihi ...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki puan dapat merasa. Sekarang jarang jumpa buah ni...
Seperti buah rambai kalau di tempat saya...buahnya agak asam sedikit manis...mirip duku tapi kalau di pegang isi buah lembut gitu..kalau duku agak keras ..
ReplyDeleteUnik namanya. Memang sekali tengok macam buah rambai.
ReplyDeleteni first time dengar buah jentik 😅
ReplyDeleteingat dah rosak buahnya tapi masih elok lagi rupanya... tak pernah jumpa lagi buah jentik ni kak
ReplyDeletecantiknya isi dia...sy macam pernah dengar buah ni tapi belum pernah jumpa
ReplyDeleteUniknya buah jentik... baru pertama kali tau pasal buah jentik ni Kak Ujie.
ReplyDeleteKami menyebutnya buah rambai.
ReplyDeletePertama kali tengok..cantik warna isinya..
ReplyDeleteSelalu juga nampak gambar buah jentik, tapi tak pernah jumpa dan belum ada rezeki untuk makan isinya.
ReplyDeleteLama tak tengok buah ni depan2
ReplyDeletebuah kecik2 comel, ciknur pun baru je tahu. kwn dari Kedah bg rasa. mcm rambai tp halus2
ReplyDeletePertama kali dengar namanya dan tengok buahnya. Yelah, macam buah rambai yang dah kering. Berbeza kulit dan warna isinya.
ReplyDeletePertama kali tau dan melihat buah ini.. unik betul..
ReplyDeleteOk tak pernah nampak dan dengar terimaa kasih share buat bacaan ilmu :D
ReplyDelete