Sunday 11 June 2023

Hikayat Satria-Satria Sejati 4 - Samudera Pengorbanan


Hikayat Satria-Satria Sejati 4 - Samudera Pengorbanan
Judul : HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 4 - SAMUDERA PENGORBANAN
Penulis : Hilal Asyraf
Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Tahun terbit : 2020 (Cetakan ke-4, 2021)
Jumlah halaman : 452


SIRI NOVEL HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI
Hikayat Satria-Satria Sejati 4 - Samudera Pengorbanan merupakan buku ke-4 dalam siri Hikayat Satria-Satria Sejati, sebuah novel genre epik fantasi. Watak utama dalam siri hikayat ini iaitu Ariki merupakan anak angkat Lutello, maharaja zalim yang memerintah 2/3 dunia.

Hikayat ini mengisahkan perjuangan Ariki dan rakan-rakannya bagi menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran. Sebuah kisah bersiri yang penuh dengan semangat juang, penuh aksi fantasi dan terselit banyak pengajaran.


SINOPSIS
Dalam buku ke-4 ini menyaksikan dua pertempuran besar - pertempuran di Mastazadi dan pertempuran di Madinah. Pertempuran yang menyaksikan beberapa watak penting terkorban. Mungkin sebab itu judul bagi buku ke-4 ini ‘Samudera Pengorbanan’.

Hikayat Satria-Satria Sejati 4 - Samudera Pengorbanan
Isi buku Hikayat Satria-Satria Sejati 4 - Samudera Pengorbanan

Selesai membaca novel ini, perasaan saya bercampur baur. Ada sedih, gembira, geram dan juga terkejut.

Sedih kerana tamatnya riwayat dua watak penting. Saya tak bolehlah sebutkan nama wataknya di sini, biar jadi kejutan bagi sesiapa yang belum membaca siri kali ini. Gembira kerana adanya kemenangan di pihak yang benar dalam satu pertempuran besar. Juga tak dapat saya nyatakan pertempuran yang mana satu. Saya juga rasa geram dengan watak Ariki kali ini, kerana terlihat agak lemah daripada aspek kepimpinan dan semangat. Kebenaran berkaitan kisah silam Ariki, itu juga merupakan salah satu elemen kejutan dalam siri kali ini. Sukar untuk saya terima dan percaya kenyataan tersebut. Saya perlu segera meneruskan pembacaan buku siri ke-5, iaitu penamat hikayat ini bagi mendapatkan kepastian.

Yang pasti, siri kali ini sarat dengan debaran!


NOVEL ‘ISLAMI’
Biar pun novel bersiri ini bergenre epik fantasi, ia sebenarnya mengangkat nilai-nilai Islam. Ia sebuah novel ‘islami’ yang di luar kebiasaan. Gaya penceritaan dan bahasa yang digunakan juga sesuai untuk semua peringkat usia. Sebab itu saya yang berusia 40-an pun selesa menikmati pembacaan novel ini.

Siri Hikayat Satria-Satria Sejati sesungguhnya bacaan yang tak membosankan. Di dalamnya ada kisah cinta (jangan bimbang, ia bukan kisah cinta yang keterlaluan untuk dibaca anak-anak), nilai persahabatan, pengorbanan, perjuangan, kasih sayang dan penuh aksi yang mendebarkan!

Saya sarankan ia sebagai bahan bacaan santai buat anak remaja dan juga seisi keluarga. Di mana nak beli? Boleh dapatkan terus dari penulis buku ini di Shopee : hilalasyrafresources dan laman web : www.hilalasyraf.com. Nak mudah beli dan lebih jimat boleh dapatkan satu set (5 buah buku) DI SINI.


“Dunia ini tidak lain adalah kesenangan yang menipu daya, Lutello. Aku bersyukur bertemu dengan Ariki, dan Satria-Satria Sejati, yang memperkenalkan aku dengan Islam. Hatiku lapang dan sejahtera. Dunia ini sementara. Kalah sementara, menangnya pun sementara.” - Maharaja Arata, Hikayat Satria-Satria Sejati 4 - Samudera Pengorbanan.





18 comments:

  1. Saya tak pernah baca buku bercorak begini, tambah pula bersiri-siri. Mesti menarik, sampai Ujie boleh follow dan nak lanjutkan pembacaan ke siri berikutnya. Selamat membaca, ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya peminat cerita epik, itu yang boleh layan 😁

      Delete
  2. Tak ramai penulis Melayu yang boleh menghasilkan novel bersiri. Hebatnya penulis Hilal Asyraf ni boleh mengembangkan jalan cerita dan watak-watak sampai pembaca boleh menghayati dan tertunggu-tunggu siri seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi pulak genre epik bertunjangkan Islam.

      Delete
  3. Sy sama dgn nur... bukan genre sy... hehehe... tp seronok bila ada koleksi mcm ni... dlu sy ada koleksi novel fantasia bulan madu.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Terbit tahun 2020, tahun 2021 sudah cetakan keempat.
    Laku keras bukunya. Tahniah penulis Hilal Asyraf yang kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai peminat karya beliau. Termasuk anak-anak saudara saya.

      Delete
  5. Bagus selitkan unsur-unsur Islam walaupun kisah fantasi.

    ReplyDelete
  6. rajinn membaca. bestt cerita2 mcm ni
    ciknur dulu ye skrgg tak berkesempatan

    ReplyDelete
  7. Tak pernah baca lagi novel karya Hilal Asyraf.
    Dah siri ke 4 mesti menarik dan ralit membaca ni
    So far Mrs. A suka baca novel Ramlee Awang Mushid (RAM)

    ReplyDelete
  8. Karya HA ni banyak turun naik emosi kan kak. Plot cerita tak disangka2. Tak jemu baca.. Anak² dah habis marathon dulu, bila turn saya, sibuk masing² nk jadi spoiler. Jenuh sy tahan..hahaha.. Lain kali kena ummi baca dulu.

    ReplyDelete
  9. Fuhhh, membaca dengan debaran nih...Suka ayatnya tentang Dunia sementara, kekalahan Dan kemenangan pun sementara 🍀

    ReplyDelete
  10. ada 5 siri ya..bagus novel mcm ni, walaupun fantasi bukan realiti, tapi banyak pengajaran tersurat & tersirat...fantasi tapi ada isi..

    ReplyDelete
  11. alaaa... kenapa mesti ada watak yg matiiii😔 jujur ckp baik filem drama or buku kalau ada watak yg mati sy rs down... hehe tp ni perasaan sy je...

    5 siri tu👍👍kalau sy baca entry ni lbh awal mungkin sy boleh cari buku ni kat PBAKL tempoh hari...

    ReplyDelete
  12. Buku yang bagus walaupun buku fantasi. Ada isinya dan deep.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****