Hari Jumaat lalu saya menemani encik suami buat urusan kerja beliau di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Kami melewati Bandar Parklands di Klang, berbelas tahun lalu kami pernah menetap di sini sekitar satu tahun. Hari ini, suasana jauh berbeza. Jalanan bertambah sesak itu sudah pasti. Tambahan pula dengan kerja pembinaan stesen LRT berhadapan Bandar Parklands menjadikan laluan bertambah sempit.
Teringat masa dulu kami selalu makan Mi Jawa di sebuah kedai makan di simpang jalan. Saya cuba memerhati sepanjang jalan, mencari-cari kedai makan tersebut. Mana tau ada rezeki boleh singgah makan situ, mengimbau memori lalu. Tapi rupanya, struktur kedai tersebut sudah pun dirobohkan. Hanya tinggal tapak kedai dan sedikit tinggalan sisa bangunan.
Lewat petang, urusan encik suami pun selesai. Kami menuju ke Tamu Hotel, Kg. Baru, Kuala Lumpur untuk menginap satu malam.
Kali ini dapat bilik bernombor 1914, terletak di aras 19. Dapat bilik dengan dua buah katil single yang dirapatkan dua. Pertama kali duduk hotel dapat susunan katil begini. Memang dah siap dirapatkan. Katil sebuah tu nampak lebar sebab ini foto zoom-out. Yang sebenarnya, sama je saiz dua buah katil tersebut.
Berbanding sewaktu kali pertama menginap di Hotel Tamu, bilik kali ini kurang memuaskan tahap kebersihan dan kekemasannya. Masih ada helaian rambut di cadar katil, cadar tidak kemas dan mangkuk tandas dengan tompokan kuning. Bab sarapan pagi, Alhamdulillah masih sama - banyak pilihan dan sedap semuanya.
Selesai menunaikan solat jamak Maghrib Isyak, kami keluar cari makan malam di sekitar hotel. Dah beberapa kali ke sini asyik makan Nasi Lemak Wanjo di Jalan Raja Muda Musa, kali ini kami bercadang nak ke Jalan Raja Alang. Lebih dekat, cuma terletak di sebelah bangunan Hotel Tamu dan tak perlu melintas jalanan yang sibuk. InsyaAllah catatan berkenaan suasana malam dan makan-makan kami di Jalan Raja Alang pada entri lain.
Pukul 11.20 malam, saya rasa sangat mengantuk. Tapi sebelum tidur, saya jenguk ke luar tingkap bilik penginapan. Memerhati suasana malam kota Kuala Lumpur. Cantik bangunan Menara Kuala Lumpur disinari cahaya lampu warna-warni. Ada ketika, lampunya bertukar-tukar warna.
Kemudian saya memerhati ke bawah di sekitar Jalan Raja Muda Musa. Fuh, sesak dengan kenderaan! Malam masih muda bagi warga kota. Hampir tengah malam pun orang ramai masih memenuhi jalan yang terkenal sebagai syurga makanan ini. Entah pukul berapa agaknya jalan ini akan mulai sunyi.
*********************
Esok 20 Jun, masuk 1 Zulhijjah. Kita ulang kaji sedikit amalan sunat bulan Zulhijjah.
Sunat berpuasa mulai 1-9 Zulhijjah. Keutamaan berpuasa sunat pula adalah pada 8 & 9 Zulhijjah.
Bagi yang berniat melakukan ibadah korban pula, hari ini merupakan hari terakhir untuk memotong kuku dan bulu. Mulai esok sunat untuk tidak potong kuku dan bulu sehinggalah selesai sembelihan korban kita. Tidaklah jatuh hukum haram kalau kita tetap jua nak memotong kuku dan bulu dalam tempoh masa tersebut. Cuma makruh saja.
Kita cuba buat yang terbaik untuk hidupkan amalan sunat bulan Zulhijjah. Tak dapat buat semua, kita jangan tinggalkan semua. Cuba buat semampunya.
Kalau bermalam di Kuala Lumpur, pasti tak melepaskan peluang melihat hiruk-pikuk penghuni kota ketika tengah malam, malam mereka lambat tua, hihi. Sy pernah makan Nasi lemak Wanjo, tapi serik nak masuk Kampung Baru tu, sesak.
ReplyDeleteKena parking jauh sikit, pastu jalan kaki. Penat sikit la menapakπ
DeleteAtau duduk di hotel berhampiran macam Hotel Tamu ni, boleh buat acara JJCM Kg Baru dengan berjalan kaki.
Rindu dengan suasana KL yang sibuk, walaupun sudah malam. Sebab dekat sini, tak ada kesesakan jalanraya, rindu jalan jem. Hehe..
ReplyDeleteTerima kasih, Ujie, ingatkan tentang amalan di bulan Zulhijjah.
Adeh..saya tak suka jalan jem, stres dan seram rasa π
DeleteSama-sama Nur π
KL bandar yang tak pernah tidur. Esok paginya kedai2 ni bukak lagi untuk sarapan pagi pulak.
ReplyDeleteBetul la Carneyz, esok paginya dalam pukul 8 gitu dah sesak semula kat gerbang Jln Raja Muda Musa tu π
DeleteKuala Lumpur memang tak pernah tidur.
ReplyDeleteSetiap- saat ada sahaja ceritanya.
Kan…macam-macam cerita boleh kita saksikan.
DeleteCantiknya Kuala lumpur malam hari..lampu warna warni,iya kak..terimakasih sudah di ingatkan aturan dalam berqurban
ReplyDeleteSiangnya kaku dengan bangunan konkrit, malam baru cantik dengan limpahan cahaya.
DeleteSama-sama π
kg baru mmg 24 jam bercahaya ehehehe...
ReplyDeleteTak mengantuk orang-orang sini ya π
Deletedah lama sangat tak jalan ke sana kak... ye kampung baru yang sentiasa sesak dan meriah siang malam
ReplyDeleteKg Baru tak pernah tidur agaknya :D
ReplyDeleteSelamat beramal di bulan Zulhijjah yg mulia ini PU.
Pindah-randah tinggal ya? Baru taju Puan Ujie pernah tinggal Klang. Mesti rindu tengok tempat yang pernah kita tinggal.
ReplyDeleteIya NA, merata saya pernah menetap π
DeleteTapi Melaka belum pernahlah. Hampir-hampir juga, tapi tak jadi.
mmg jadi pilihan ramai utk aktiviti makan2 di Kpg Baru...salam bulan Zulhijjah..
ReplyDeletekampung baru waktu malam br hidup... seronok stay di tamu hotel... dkt je nk carik mkn
ReplyDeletealaa kenapa laa pihak housekeeping tak check betul2... jgn ckp asal kemas je... jgn aniaya cust mcm ni...
ReplyDeleteKuala Lumpur meriah dengan macam-macam. Kalau di kampung maghrib je dah sunyi sepi. Bilik hotel ni kadang bersih pun ala kadar je. Rasa tak best bila jadi macam tu kan.
ReplyDelete