Saturday, 10 June 2023

Catatan Hujung Minggu | Sabtu 10 Jun 2023

Setelah 10 hari tak keluar rumah sejak mula kuarantin dek jangkitan COVID-19, pagi tadi saya ke bahagian pulau Pulau Pinang. Destinasi saya dan encik suami kali ini - Bayan Lepas dan Balik Pulau

9.50 pagi - Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Kami pergi melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tak banyak kenderaan, lebih tenang. Cuaca pagi ini sedikit mendung.

Tempat pertama dituju - kedai gunting rambut untuk muslimah yang beroperasi di sebuah rumah kediaman di Bayan Lepas. Ini merupakan kali kedua saya gunting rambut di sini. Kali pertama mencuba pada tahun lepas, saya rasa selesa dan puas hati dengan servis mereka. Jadinya tahun ni saya mengulang datang ke sini lagi walaupun jaraknya jauh dari rumah. Tak susah pun sebab setahun cuma sekali je saya perlukan servis gunting rambut. Caj dikenakan sebanyak RM16.

30 minit siaplah urusan gunting rambut. Kejap je siap sebab tak perlu menunggu, saya pelanggan pertama. Lepas tu saya ke sebuah klinik yang terletak di bangunan hadapan kawasan kediaman tadi. Klinik yang biasa saya kunjungi bagi masalah ekzema. Alhamdulillah dah lama tak diserang ekzema, tapi saya datang untuk mengambil krim pelembab khas dan pil antihistamine (ni makan bila perlu je).

Laksa Thai.
Dari klinik, kami menuju ke kedai makan Pondok Style. Saya pernah tulis entri berkenaan tempat makan ini DI SINI. Kami pesan Laksa Thai dan Nasi Kerabu Daging Danok. Semuanya masih sedap sama seperti sebelum ini.

12 tengah hari - melalui laluan berliku dan berbukit ke Balik Pulau.
Destinasi seterusnya, kami menuju ke Balik Pulau untuk makan durian. Dah tiga tahun sejak berpindah ke PP, kami belum berkesempatan mencuba makan durian Balik Pulau yang cukup terkenal. Alhamdulillah kali ni dapat juga merasa durian Balik Pulau. InsyaAllah catatannya pada entri lain.

1.20 petang - Jambatan Pulau Pinang.
Semua urusan dah selesai, kami kembali ke tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang. Jalanan di sini lebih sesak dan sempit berbanding Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar hari ini. Tak perlu berlama di setiap tempat, bolehlah balik rumah awal.





13 comments:

  1. Saya pula tempat gunting rambut saya selalu pergi bertukar orang jadi tidak jumpa yang sesuai.
    Tidak sangka Puan Ujie ada ekzema.
    Akhirnya dapat makan durian Balik Pulau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekzema saya muncul sesekali. Beberapa tahun sekali, atau beberapa bulan sekali. Kena rajin pakai pelembab dan sentiasa sedia pil.

      Ya, Alhamdulillah akhirnya ada jugak rezeki merasa durian Balik Pulau πŸ˜€

      Delete
  2. Cakep kak jembatan pulau pinang..saya udah jarang potong rambut ke salon..bila telah panjang sedikit saya potong sedikit ..kadang sendiri kadang minta tolong anak hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..pandai potong sendiri itu lebih mudah dan jimat πŸ‘πŸ½

      Delete
  3. Sedapnya dengar nama Nasi Kerabu Daging Danok.
    Pernah ke Danok, makanan di sana sedap-sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan versi di Penang pun dah sedap, kalau makan di Danok harus lebih sedap tu kak.

      Delete
  4. Jalan Balik Pulau sangat menguji skil memandu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh! Pernah lalu situ masa hujan lebat, takut sungguh.

      Delete
  5. Susah nak jumpa salon gunting rambut yang menepati citarasa. Saya selalu bertukar-tukar salon. Nampak sedap laksa Thai. Bestnya, dapat makan durian Balik Pulau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun pertama kali rasa puas hati. Biasanya sentiasa bertukar-tukar tempat sebab nak cari yang puas hati.

      Delete
  6. Alhamdulillah, urusan lancar...durian balik pulau mmg femes..durian black thorn..

    ReplyDelete
  7. nak try juga laa gunting rambut kt situ hehehe.. insya allah bln dpn g penang boleh laa singgahπŸ˜€

    ReplyDelete
  8. Senang segala urusan cepat je. Boleh settlekan banyak benda dan balik rumah awal.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****