Tuesday, 6 June 2023

Pengalaman Dijangkiti COVID-19

Sekian lama saya terhindar daripada jangkitan COVID-19, akhirnya pada penghujung bulan Mei lalu saya menjadi sebahagian daripada statistik negara 😅. Itulah sebab mengapa saya menyepi diri selama tujuh hari, saya dijangkiti virus COVID-19 buat kali pertama. Semoga tak ada yang kedua dan seterusnya.

Gejala yang saya alami pada tiga hari pertama tahap kesihatan menurun :
  • Demam
  • Badan rasa lemah
  • Sakit badan
  • Berat kepala
  • Sakit tekak perit telan air liur
  • Selsema
  • Batuk berkahak
  • Mengantuk

Pagi hari pertama (Isnin 29 Mei), saya cuma rasa panas badan. Saya telan sebiji paracetamol. Lewat petangnya bermulalah gejala yang lebih berat (senarai di atas).

Pagi hari Selasa 30 Mei, selepas balik dari klinik barulah saya buat ujian kendiri COVID-19. Itu pun selepas ditanya oleh puan doktor berkenaan ujian tersebut. Biasanya kalau demam lebih sehari, saya akan buat ujian kendiri dan kalau negatif barulah saya ke klinik. Kali ni mungkin kerana badan terlampau tak larat sehingga saya gagal berfikir seperti kebiasaan. Dan biasanya juga bila buat ujian, keputusan adalah negatif. Tapi kali ini….

Positif!
Dalam hal begini, keputusan positif bukanlah sesuatu yang positif (baca : baik, bagus). Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya kemas kini aplikasi MySejahtera saya pada ruangan ‘COVID-19 Self Test’. Hasilnya, keluarlah arahan kuarantin selama tujuh hari bermula 30 Mei sehingga 5 Jun 2023.

Encik suami pula memulakan hari pertama kuarantin pada hari Jumaat 2 Jun. Kali pertama buat ujian (hari yang sama dengan saya) keputusan negatif. Beberapa hari kemudian buat sekali lagi, ternyata positif. Bezanya, encik suami tak mengalami gejala seteruk saya. Tidaklah terbaring lesu seperti saya.

Tamat tempoh kuarantin, terpapar ‘completed’ di bahagian atas arahan kuarantin di MySejahtera. 
Semalam hari Isnin 5 Jun tamat kuarantin tetapi saya masih alami gejala ringan - demam, berat kepala, selsema dan batuk. Alhamdulillah pagi hari ini barulah saya rasa hampir sihat sepenuhnya. Cuma masih batuk ringan tanpa kahak.

Sepanjang dijangkiti COVID-19, saya ambil ubatan bagi melawan gejala - paracetamol, antihistamine, lozenge, throat spray dan ubat kumur tekak.

Selain itu saya teruskan pengambilan makanan kesihatan / vitamin harian - madu kelulut, fish oil dan vitamin C. Kebetulan juga kami ada stok buah lemon, jadinya hampir setiap hari encik suami buatkan sebotol air perahan lemon.

Jadi apa beza demam biasa dengan demam akibat jangkitan virus COVID-19? Perbezaan yang saya perasan - saya asyik rasa mengantuk, banyak tidur. Contohnya - selepas solat Maghrib saya tidur, kemudian bangun untuk solat Isyak dan sambung tidur lagi sampai esok pagi. Kerja tidur je…

Berkenaan dapat virus COVID-19 dari mana, saya berpendapat pada masa sekarang kita dah tak perlu lagi cari tahu punca virus tersebut. Kita kini berada pada fasa hidup bersama COVID-19 dengan menjalani hidup secara normal tetapi berhati-hati. Jika dijangkiti, kita fokus saja kepada rawatan dan kuarantin diri.








33 comments:

  1. Ingatkan pergi jalan sebab cuti panjang.
    Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Sayapun ada ingat hujang tahun lepas kena sebab teruk demam dan batuk tidak sembuh-sembuh tapi rupanya bukan.
    Haah apa-apapun dah tahu kena kuarantin kalau kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya memang nak ke KL cuti panjang tu, ada majlis kawin. Tapi nampaknya rezeki Allah suruh berehat di rumah, tak payah redah jalan sesak cuti sekolah + cuti umum 😄

      Delete
  2. Semoga segera pulih yaa..sayapun pernah terjangkit covid tahun yg lalu bahkan sampai kena 2 kali..padahal selalu pakai masker..tapi tetap saja kena...semoga kita selalu di beri kekuatan yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. Itulah, bukan mudah nak mengelak bila kita dah kembali ke hidup normal bercampur orang ramai.

      Delete
  3. Moga Ujie sembuh sepenuhnya.
    Betul Ujie, sekarang kita hidup bersama Covid-19.
    Anak-anak murid saya pun sekarang ada yang dijangkiti, dan terpaksa kuarantin diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. Kesian jugak ya anak murid tertinggal pelajaran sebab kuarantin. Tapi itulah yang kita kena hadap - hidup bersama Covid.

      Delete
  4. Semoga cepat sembuh sis. Demam Covid ni rasanya lain macam dari denam biasa kan?! Apapun cepat sihat ye. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. Yang saya perasan, demam sebab Covid ni badan lebih lemah dan lambat baik demam. Sampai habis tempoh kuarantin pun saya masih perlu ambil paracetamol.

      Delete
  5. sy kena covid masa ramadhan 2021... sampai 10 mlm dlm wad. stage 4 lg. syukurlah dah pulih skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu…stage 4. Alhamdulillah masih diberi rezeki bernafas.

      Delete
  6. Alahai... patut diam je... take care kak... semoga cepat sembuh... lepas raya hari tu mmg covid naik lagi... kat ofis kami pun ada sorg staf positif covid... tiber je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak mampu nak buat apa, asyik tidur je. Blog pun kena tinggal la.
      Bila banyak sesi perjumpaan, memang ada kebarangkalian kes naik.

      Delete
  7. Syafakillah puan 🤲
    Patutlah lama berdiam diri...
    Apapun didoakan agar puan & suami kembali sihat seperti biasa aamiin 🤲

    ReplyDelete
  8. saya pun pernah kena kak..demam covid ni lain macam sakitnya.habis 2papan panadol sepanjang demam tu,biasanya makan panadol 2biji dah kebah demam.nak pulih selepas demam pun ambil masa seminggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..betul. Tak baik2 demam walau dah berhari-hari telan pil.

      Delete
  9. Allahu..moga cepat2 sembuh & recover balik mcm biasa.. covid ni lama skt kesannya kan...

    ReplyDelete
  10. saya kena lepas raya hari tu dengan gejala ringan sahaja. Semoga kita semua dilindungi Allah Taala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. Alhamdulillah Yan cuma gejala ringan.

      Delete
  11. Mungkinkah asyik tidur tu kesan ubat? Apapun semoga dikembalikan kesihatannya dan sentiasa dalam keadaan baik2 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.
      Kalau ikutkan, cuma sejenis ubat je yang mengantuk - Loratadine. Saya ambil waktu malam. Tapi ni mengantuk sentiasa siang malam. Tidur manjang. Tapi baguslah tidur, terlupa pasal sakit kepala, sakit badan.

      Delete
  12. terkena jga ye Ujie pengalaman penyakit 2020.
    apapun alhamdulillah semakin sembuh. semoga pulih sepznuhnya ya nanti. aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.
      Penyakit tahun 2020, terkena juga saya pada tahun 2023 😀

      Delete
  13. Semoga Ujie sembuh sepenuhnya, dengan segera. Betul, sekarang kita hidup dengan covid. Kita jaga camana pun, kalau Allah kata kena, kena juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. Iya, betul. Hadap sajalah hidup bersama covid.

      Delete
  14. Allahu... patutlah lama Kak Ujie menyepi rupa2nya kena jangkitan Covid. Saya dah 2x kena Covid, kali pertama memang teruk gejalanya. Kali ke-2 saya demam panas sehari je tapi BP saya naik mencanak2 (170+/100+) sampai saya takut dan serah diri ke hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Carneyz pantau dan bertindak cepat.
      Akak aritu masa ke klinik, yang nampak bermasalah sikit - oksigen dalam darah. Mula-mula 92, lepas tu naik 96.

      Delete
  15. Allah..moga cepat sembuh sepenuhnya..mmg tak nak kena covid ni tapi bila dah terkena kita fokus pada rawatan untuk pulih semula seperti biasa. saya & husband dah pernah kena tahun lepas,mmg teruk betul rasa dia..terutama part hidung tersumbat...tak boleh bernafas...jenuh nak bernafas ikut mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. Allahu, memang seksa la kalau tak boleh nak bernafas. Saya aritu sumbat sebelah je pun terasa susah nak nafas.

      Delete
  16. Allahuakbar. Banyak juga simptom dia. Covid covid, bilalah nak pergi jauh. Semoga Kak Ujie kembali sembuh dan sihat sepenuhnya. Aamiin...

    ReplyDelete
  17. Allahu...berat jg gejalanya tapi Alhamdulillah, berjaya diatasi & sudah sembuh...

    ReplyDelete
  18. Uish.. Alhamdulillah sembuh dah ye..Saya pernah kena masa awal awal tu...Sampai 14 hari kuarantin..Mengantuk sebab telan ubat..lepastu selera makan tetap ada...Maka bertambah pulak berat saya..Memula sebelum sah COVID memang teruk keadaan..Tapi time kuarantin tu dah nak sihat la sebenarnya..cuma simptom ringan..Tu kerjanya tidur sebab tak skip makan ubat sepanjang kuarantin...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****