Tuesday 2 May 2023

Kembali

Salam Syawal buat sahabat-sahabat blog yang dikasihi 😊. Moga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa di dalam rahmat-Nya.

Alhamdulillah, saya kembali berblog setelah dua minggu menyepi diri (entri terakhir pada 17 April lalu). Semalam petang saya dan encik suami selamat kembali ke rumah PP setelah ditinggalkan selama 12 hari 11 malam.

3 malam di kampung encik suami di Batu Pahat, Johor.
3 malam di kampung saya di Pontian, Johor.
5 malam di rumah kami di Pajam, NS.

Kami berada lebih lama di rumah NS kerana encik suami ada kerja perlu dibereskan dan kami menghadiri majlis perkahwinan anak saudara pada hari Sabtu & Ahad lalu. Hari ini dah berada di rumah PP, bolehlah saya kembali berblog (walau pun beg-beg masih belum siap dikemas, memenuhi ruang kecil rumah ini 😅).

1 Mei 2023

Perjalanan kami semalam, hari Isnin 1 Mei 2023 dari rumah NS ke rumah PP. Secara keseluruhannya, perjalanan lancar kecuali di Rawang berlaku kesesakan sepanjang 4 km disebabkan kemalangan maut. Pun begitu, tetap jua saya rasa terseksa dek bahang matahari di sepanjang perjalanan. Mata lebih mudah mengantuk, kerap kali saya terlelap sambil telinga mendengar butiran kata dari Tuan Zainal Rashid Ahmad menerusi siaran ZRA Strim.

Untuk rekod, jarak keseluruhan pemanduan sejak kami bergerak meninggalkan rumah PP sehingga kembali adalah sejauh 1,990.9 km. Hampir 2,000 km!

InsyaAllah, catatan-catatan tertangguh akan saya coretkan di blog sebagai ruang menyimpan memori hidup. Raya paling meriah bagi saya berbanding tahun lalu dan dua tahun sebelumnya (raya versi PKP).







11 comments:

  1. selamat hari raya kak Ujie...maaf zahir&batin

    ReplyDelete
  2. Itulah tahun ini meriah dan ramai beraya. Cutipun lama pula itu.

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak... raya tahun ni mmg semua org beraya sakan... sakan meriah... mmg x henti² berziarah... maklumlah 2 thn ni sebelum ni kita masih takut² nk beraya

    ReplyDelete
  4. Jauhnya, beribu-ribu kilometer... Alhamdulillah, selamat sampai rumah sendiri, ye.. Selamat hari raya, Ujie.. maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  5. slmt hari raya maaf zahir batin.
    Raya sakan he hee lama x dpt ziarah sedar mara kan ambik peluang bertemu kembali

    ReplyDelete
  6. Raya tahun ni saya tak ke mana pun.. Ziarah rumah yang dekat-dekat sahaja.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya idul Fitri mohon maaf lahir dan batin 😊🙏 selamat datang kembali

    ReplyDelete
  8. Salam Aidil Fitri, maaf zahir & batin....

    ReplyDelete
  9. lama betul akak menghilangkan diri, ingatkan dana paling lama, seminggu jugak senyap dari dunia blog ni hehehhe... Dana dari Selangor- Terengganu- Johor- Selangor bersamaan 1000km lebih jugak kak...

    ReplyDelete
  10. Beribu batu....jauhnya perjalanan ..pastinya luas pemandangan dan bertambah pengalaman
    Kita tunggu cerita seterusnya

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****