Monday 20 March 2023

Kelazatan Masakan Tradisi Negeri Sembilan di Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai

[Catatan kisah hari Selasa, 14 Mac 2023]

Dulu semasa menetap di rumah NS, agak kerap kami makan di Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai. Pada tahun 2019, saya pernah catatkan di blog mengenai tempat makan kegemaran kami ini DI SINI

Selepas itu pada tahun 2020, pandemik COVID-19 melanda dan pada masa yang sama kami berhijrah ke utara tanah air. Tahun demi tahun (sewaktu berkesempatan balik ke rumah NS), ada beberapa kali kami datang. Tapi setiap kali tu tak ada rezeki makan di sini - sama ada pelanggan terlampau ramai pada hujung minggu, restoran tak beroperasi atau kami datang terlampau awal untuk waktu makan malam (tak dapat menunggu, kami perlu meneruskan perjalanan).

Alhamdulillah pada hari Selasa lalu, dapat juga kami kembali ke sini untuk ‘melerai rindu’ pada makanan kegemaran kami. Kami menjadi pelanggan pertama melangkah masuk ke restoran ini sebaik pintu dibuka pada pukul 5.40 petang untuk sesi makan malam (tempat ini dibuka dua sesi iaitu waktu makan tengah hari dan makan malam).

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Tak lama lepas kami duduk, datang beberapa kumpulan pelanggan lain. Kami pernah cuba datang pada hari hujung minggu, tempat ini meriah dengan pelanggan dan tak ada meja kosong. Terpaksa keluar dengan rasa kecewa.

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Aunty Aini’s Garden Cafe menawarkan suasana tempat makan yang santai dan tenang dikelilingi tumbuhan hijau.

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Buku menu. Ada perubahan harga. Maklumlah, dah bertahun tak ke sini.

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Masih seperti dulu, kami memesan minuman ais kosong dan peach tea. Kali ini peach tea terasa lebih manis. Entah memang betul kali ini terlebih manis, atau deria rasa kami yang semakin meningkat usia ni jadi lebih sensitif ๐Ÿ˜„

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Lebih kurang 15 minit menunggu, hidangan kami tiba. Dua jenis lauk kegemaran (hampir setiap kali datang, yang itu jugak kami makan) dan dua jenis lauk yang baru pertama kali kami cuba makan. Dah bertahun tak dapat makan di sini kan, itu yang rasa macam nak kena makan lebih ๐Ÿ˜

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Gulai lemak cili api kupang - RM19.50. Sebenarnya kami nak makan gulai lemak cili api telur itik (satu lagi lauk kegemaran kami di sini), tapi habis pulak. Jadi kami tukarlah kepada lauk kupang ni, mencuba buat kali pertama. Sedap dan lembut isi kupang.

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Gulai lemak cili api cendawan kukur - RM11. Juga kali pertama mencuba.

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Gulai lemak cili api daging salai - RM16.50. Inilah lauk kegemaran kami. Masih seperti dulu, sedap dan lembut dagingnya.

Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai
Kerabu pucuk paku - RM10. Juga lauk kegemaran kami.

Alhamdulillah…sangat memuaskan selera. Hampir licin pinggan habis kami makan semuanya, kecuali pinggan lauk kupang dan cendawan kukur masih bersisa kuah masak lemak cili api.

Kagum saya bagaimana mereka berjaya mengekalkan rasa lazat yang sama bertahun lama. Kadang tu kan kita pergi kedai makan, hari ini sangat sedap, datang lagi dah lain pulak rasanya.

Ada satu perbezaan yang kami perasaan, masakan lemak cili api kali ini dah berkurang kadar pedasnya. Kalau dulu kami makan sampai hidung berair. Kali ni tak lagi, kami makan dengan lebih selesa. Saya lebih suka kadar pedas begini.

Selain lauk-pauk, kami juga gemar kuih lepat pisang di sini. Tapi bukan selalu lepat pisang ni ada dijual. Biasanya kalau ada, kami akan membeli lebih. Macam kali ni, tak ada rezeki kami nak makan lepat pisang. Ada pilihan kuih lain, kami beli juga untuk mencuba. Tetap jua lepat pisang menjadi kuih paling sedap di sini.







16 comments:

  1. cantik suasana..nmpk segar...3 jenis masak lemak & kerabu...sedapnya...telur itik habis stok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat cantik, tambah berselera makan ๐Ÿ˜„

      Delete
  2. sedapnya kak lauk2 tu kerabu pucuk paku tu nampak paling win..jarang ada kedai yang jual lauk2 macam ni waktu malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akak pun, memang kerabu pucuk paku tu paling win! Batangnya lembut, rangup (sesuai ke tak guna rangup untuk sayur ๐Ÿ˜…)

      Itulah istimewanya tempat ni, sampai malam kita boleh order lauk2 tradisi.

      Delete
  3. Seleranya saya tengok. Saya last sekali makan gulai lemak cili api cendawan kukur, masa arwah mak masih ada. Susah nak jumpa kedai ada menu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nostalgia sungguh tu Nur.
      Saya kenal cendawan kukur ni masa dewasa, dah tua2 ni baru cuba makan.

      Delete
  4. Terliur plak tengok lauknya.. suka tengok masakan kampung tu.. kuah masak lemak dia pun nampak perfect and pekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang licin kami makan kuah daging salai ๐Ÿ˜„. Kuah kupang & cendawan pun sama sedap, tapi lebih sedap yang ada rasa daging salai.

      Delete
  5. semua lauk nampak menggiurkan. Saya pun suka masak lemak yg tak terlalu pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah terseksa masa makan, jap lap hidung, mata ๐Ÿ˜

      Delete
  6. Hemm.sedap"makanannya...pucuk paku favorit saya...gulai lemak ikan bikin ngiler

    ReplyDelete
  7. patut jadi tumpuan, tempatnya santai & dikelilingi hijau untuk menjamu selera. tambah pula ada masakan trademark n.9, masak lemak yg sedap, memang tak hairan kenapa ramai suka ke sini. kalau saya pun, suka tempat makan macam ni plus sedap pula masakan dia, memang harus repeat selalu..cuma part ramai tu, kurang rajin untuk menunggu..hehe...

    ReplyDelete
  8. Amboi sampai 3 lauk masak lemak ambil.
    Apapun mesti puas sebab dapat makanan sedap. Betul ada kedai kadang-kadang jual makanan tidak konsisten rasa.

    ReplyDelete
  9. Semuanya makanan feveret ccl ni . Terliur laa . Lepas baca entri ni terus cafe ni masuk list journey ccl Nanti turun n9 boleh singgah

    ReplyDelete
  10. Wah...
    Tempat cantik,
    Makanan menarik,
    Kalau ada lauk itik,
    Walau pedas,takkan serik..

    ReplyDelete
  11. tak sempat nk jjcm kalau ke nilai.. nampak sedap berlemak ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****