Wednesday, 29 March 2023

Terowong Meru dan Hotel Tamu

Catatan kisah semalam - Selasa, 28 Mac 2023.

Pagi hari ke-6 kita berpuasa, kira-kira pukul 7.30 pagi saya dan encik suami memulakan permusafiran dari PP ke KL. Aliran trafik lancar di lebuh raya PLUS, tak terlalu banyak kenderaan di jalanan. Sesekali saja kenderaan bergerak perlahan disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

TEROWONG MERU

Aliran trafik perlahan sewaktu kami memasuki terowong Meru disebabkan penutupan lorong kiri terowong. Ada kerja-kerja pembaikan jalan sedang dibuat. 

Notis penutupan lorong kiri terowong Meru bermula 20 Mac sehingga 14 April 2023, pukul 9 malam - 12 tengah hari. Lama juga, hampir 4 minggu. 

Lorong kanan saja yang dibuka.

Terowong Meru
Kerja pembaikan jalan di dalam terowong.


TAMU HOTEL & SUITES, KG. BARU, KUALA LUMPUR

Sekitar 4 jam perjalanan, Alhamdulillah kami tiba di hotel penginapan iaitu Hotel Tamu. Waktu daftar masuk di sini pada pukul 3 petang. Saya duduk menunggu di lobi hotel sementara encik suami meneruskan perjalanan dengan menaiki tren ke tempat kerjanya.

Saya dapat masuk bilik setelah menunggu sekitar 1 jam 30 minit. Tak terasa lama atau bosan pun, sebab duduk di sofa empuk, suasana nyaman dengan pendingin hawa dan sambil membaca buku juga sesekali membuka media sosial.

Dapat bilik di aras 26. Ini kali kedua kami menginap di sini dan ambil Standard Room. Cuma bilik kali ini susun aturnya berbeza dan ada macam tembok, di sebalik tembok tu ada sebuah meja kecil. Jadi nampak agak kurang teratur dan ruangan kurang luas.

Bilik airnya juga berbeza. Kali ini agak kurang selesa sebab kurang bersih dan button flush-nya agak susah ditekan. Memang begitulah sepanjang saya menginap di mana-mana hotel, walaupun hotel sama tetapi bilik yang kita dapat kadang ok dan kadang tak. Kecuali di Aloft KL Sentral, setakat pengalaman beberapa kali menginap di sana Alhamdulillah sentiasa ok.

Pemandangan senja nan indah dari tingkap bilik hotel.

Perkara menarik bagi yang menginap di Hotel Tamu pada bulan puasa, iaitu bazar Ramadan terletak hanya di sebelah hotel (tak perlu melintas jalan) dan kita boleh menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran (perlu lintas jalan dua kali). InsyaAllah ceritanya pada catatan akan datang.






20 comments:

  1. Kampung Baru, senang dan dekat tempat makan.

    ReplyDelete
  2. Bilik hotel Tamu nampak agak luas. Belum pernah lagi cuba. Kalau hotel, saya suka menginap di rangkaian hotel Marriott Bonvoy sbb tau kebersihannya terjaga dan hotel pun selesa. Aloft KL salah satu hotel bawah Marriott Bonvoy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloft sekarang makin mahal harga, tak sesuai dengan bajet 😅

      Delete
  3. teringat2 syurga makanan kg baru...that why hotel ni snts jadi tumpuan kemudahan semuanya dekat2

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view KL tu 🤩
    Cross jalan dah boleh ke Bazar Ramadhan Kg Baru tu puan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pergi bazar di Jln Raja Alang, betul2 di sebelah hotel. Tak melintas jalan.

      Delete
  5. nanti up kisah jalan-jalan kt bazar ramahdan yg meriah kt KL ni kak

    ReplyDelete
  6. lokasi yg best time bulan puasa...dekat dgn bazar ramadan & masjid jamek...masjid ni selalu ambik imam dari arab saudi..petang2 boleh ambik bubur lambuk...sedapnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajatnya nak ambik bubur lambuk, tapi saya nak pergi sendiri segan. Tunggu suami balik kerja, dah lambat pulak...habis.

      Delete
  7. Wah...seronoknya Ujie selalu dapat jenjalan..
    Seronok tu kat Kg Baru..Syurga makanan + ronda2 KLCC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kurang seronok musafir masa bulan puasa ni. Lebih letih, tak boleh makan minum 😅

      Delete
  8. pernah dapat offer dari Hotel Tamu ni.. masa dia tunjuk bilik2 nya memang semua pun cnatek2 ehhhehe... tapi biasa laaa masa nak stay tu yg kadang kita dapat bilik yg kurang dari sebenarnya :D... wah lama betul x pegi bazaar kg baru ni.. Zaman belajar masa stay area situ je kita pegi.. now dok KL pun ngeri nak masuk area KG baru hehehe.. pape pun situ mmg best JJCM

    ReplyDelete
  9. Uncle selalu seram bila masuk terowong

    ReplyDelete
  10. Biasa lah hotel hotel..memang ada masanya Begitulah ek...yg penying dekat ngn Bazar Dan masjid tu ok jugak..huhu

    ReplyDelete
  11. Alamak tidak konsisten kebersihannya.
    Strategik, beli sahaja makanan di bazar. Bazar Ramadan Kg Baru terkenal juga dengan kepelbagaian makanan.

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi menginap di hotel sewaktu bulan puasa. mungkin tahun ni boleh cuba

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****