Thursday 16 March 2023

Hasil Memotret di Sekitar Rumah Mentua

Rumah mentua saya yang terletak di Batu Pahat tak terlibat dengan banjir. Juga tiada laluan yang ditutup, maka dapatlah kami pulang ke kampung tanpa sebarang masalah.

Pun begitu di laluan menuju rumah mentua, kami menyaksikan rumah-rumah, perkebunan sawit dan sebahagian jalan masuk ke kampung-kampung masih ditenggelami air. Banjir masih belum surut - ‘banjir termenung’. Jalan yang kami lalui juga banyak yang rosak, berlubang di sana sini kesan laluan air banjir.

Situasi banjir buruk kali ini dikatakan sama seperti banjir yang dialami sekitar awal tahun 80-an. Semoga Allah kurniakan ketabahan hati dan dipermudahkan segala urusan kepada mereka yang terlibat.

Berbalik kepada tajuk entri, jika ada kesempatan saya dan encik suami biasanya akan meronda sekeliling rumah Mak. Melihat-lihat sebarang perubahan dan sambil itu saya akan memotret apa-apa yang kelihatan menarik di mata saya.

Saya kongsikan foto-foto berikut di blog sebagai kenang-kenangan :

Burung di pokok manggis.
Tupai di dahan pokok manggis.
Bunga pokok buah apa ni? Cuba teka! Uji pengetahuan je, tak ada hadiah tau.
Cendawan segar di batang pokok mati.
Rimbunan pokok buluh, di belakangnya tu kebun sawit.
Lampu minyak saiz kecil yang digunakan di reban ayam, bertujuan supaya anak ayam rasa hangat. Entah bila kali terakhir ia digunakan.

Ini pula tak berkaitan dengan rumah mentua. Video dengan pemandangan banjir ini saya rakam sewaktu dalam perjalanan dari rumah mentua menuju ke tol, iaitu sekitar Jalan Yong Peng. Saya sertakan di entri ini sebagai satu memori banjir di Batu Pahat yang sempat saya saksikan. Video asal dari normal speed telah saya edit kepada half speed dengan durasi 0:59 minit supaya lebih mudah ditonton.







18 comments:

  1. Alhamdulillah, syukur rumah mertua ujie selamat. Apapun tumpang sedih dgn ujian yg diberi utk mangsa² banjir. Mudah-mudahan diberi kemudahan utk mereka semua.
    Rasa pernah tgk bunga tu tp x dapat recall namanya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau pun sebab nampak pokoknya depan mata, kalau tengok bunga je...tak kenal 😅

      Delete
  2. di tempat saya mulai banjir lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah permudahkan urusan mereka yang terlibat.

      Delete
  3. Wah,cantik gambarnya...
    Bunga apa tu,macam bunga rambai..
    Semoga mereka yang terkesan dengan banjir redo dan tabah serta dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  4. waduhh chuantek2 semua gmbr kat kampung nih., byk yg nostalgia kann., hehehe

    ReplyDelete
  5. Tidak lari pula tupai itu apabila diambil gambar.
    Hehe saya kurang tahu bunga buah-buahan ini.
    Moga Allah beri kebaikan kepada mereka di sebalik banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya duduk diam2 bawah pokok, tupai tu tak perasan agaknya. Itu yang tak lari 😀

      Aamin doanya.

      Delete
  6. Bagus"hasil fotonya...kontras terlihat..daun yg hijau dan biru langit..cantik sekali😊👍

    ReplyDelete
  7. cantiknya pemandangan kampung akak...tenang je suasananya
    banjir di johor kali ni agak lama kan..nampak masih ada air yang belum surut dengan nak sambut ramadhan lg ni,moga semuanya sentiasa redho dengan takdir Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis tanah gambut. Bila banjir ambil masa lama untuk surut sebab tanah gambut dah sedia menyimpan air kat bawahnya.

      Delete

  8. Gambar burung dan tupai itu mewakili gambaran alam yang tenang dan damai!

    ReplyDelete
  9. menarik sekali...comelnya tupai....masih lg belum surut banjir, semoga dipermudahkan urusan mereka yg terlibat..

    ReplyDelete
  10. Cantik gambar Ujie ambil. Susah sebenarnya nak ambil gambar tupai, sebab dia laju. Saya pagi tadi masa jogging, baru nak bawa keluar henpon, tupai dah lari. :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****