Saturday 25 March 2023

Catatan Awal Ramadan 1444H

Salam Ramadan 1444H buat semua sahabat blog 😊. Semoga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan taufik untuk beribadah sebaik mungkin kepada Allah di bulan mulia ini.

Dah masuk 3 Ramadan, barulah saya berkesempatan mencoret di blog. Alhamdulillah masih dikurniakan rasa nak mencoret sesuatu demi sebuah kenang-kenangan masa hadapan. Kalau lebih lama tak menulis ni, mungkin jadi bertambah malas 😅

Tahun ini saya dan encik suami memulakan bulan Ramadan di rumah NS. Hari Isnin lepas, pukul 5 petang kami bertolak dari rumah PP ke rumah NS. Perjalanan terasa sukar disebabkan kami perlu meredah gelap malam dalam keadaan hujan lebat sewaktu memasuki Perak sehinggalah ke Selangor/KL. Kalau tak kerana hal penting (urusan mencari rezeki), tidaklah kami suka nak bergerak pada waktu malam.

Hari Rabu malam, encik suami balik dari kerja dengan membawa makanan yang dibeli buat kami bersahur. Rumah NS ni ibarat rumah persinggahan, jadinya tak ada bahan memasak sebab tak tentu masa bila kami akan menginap di sini. Setiap kali meninggalkan rumah NS, kami off suis utama elektrik dan tutup paip air utama untuk mengelakkan sebarang masalah sepanjang kami meninggalkan rumah.


1 RAMADAN 1444H | BERSAHUR DI NEGERI SEMBILAN, BERBUKA DI PERAK

Juadah sahur pertama kami - satu set nasi bersama lauk daging masak hitam, 2 ketul ayam goreng KFC, buah kurma pemberian orang (dalam kotak cantik) dan minuman (air kosong dan teh tarik Lipton).

Pagi hari pertama berpuasa, kami bertolak menuju ke Perak. Mulanya cuaca panas terik, kemudian mulai mendung. Alhamdulillah…rasa lega. Kami ke Tapah dan juga Tanjung Rambutan. Semasa dari Tapah ke Tanjung Rambutan, hujan turun dengan lebatnya. Bila hujan ni, kuranglah sikit rasa haus dan letih berpuasa.

Urusan kerja encik suami selesai lewat petang. Kami terus menuju ke hotel penginapan - K Garden Hotel. Rancangan asalnya nak pergi membeli di bazar Ramadan, tapi bila dah letih rasa malas pulak. Kami berbuka puasa di bilik hotel, makan apa yang ada - air kosong, kurma dan jajan Mister Potato perasa ubi keledek.

Selepas solat jamak Maghrib Isyak, kami keluar makan di kedai makan berhampiran dengan berjalan kaki. Baliknya barulah kami solat tarawih secara berjemaah di bilik hotel.


2 RAMADAN 1444H | BERSAHUR DI PERAK, BERBUKA DI PULAU PINANG

Sahur hari kedua berpuasa, kami makan - nasi & tomyam (panaskan guna mini multi-cooker), roti berperisa, kurma dan minuman (air kosong & air Peel Fresh jambu batu merah muda). Memandangkan ini hari pertama berpuasa sambil melakukan kerja luar, saya terlupa bawa beberapa kelengkapan dan makanan untuk sahur di bilik hotel. Kami bersahur seadanya. Alhamdulillah.

Ipoh Perak
Pemandangan indah perbukitan dan gumpalan awan di Ipoh, Perak.
Perjalanan kami menuju ke rumah PP pada pagi hari Jumaat terasa mudah dan lancar. Jalanan tidak sibuk dan agak kurang kenderaan berat. Juga tiada kerja-kerja pembaikan jalan. Alhamdulillah. Agaknya kalau petang akan sibuk dengan orang-orang yang nak balik kampung di utara untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Juadah berbuka kami pada hari kedua - mi goreng.
Sebelum keluar untuk solat Jumaat dan masuk kerja di pejabat, encik suami tanya kot saya nak kirim juadah berbuka. Memandangkan saya pun dah lama tak masuk dapur, saya pilih untuk memasak sendiri juadah berbuka kami. Masakan ringkas, cuma gunakan mi kering Vit’s beberapa keping untuk menghasilkan mi goreng. Campur dengan hirisan ayam, tomato, lada benggala warna kuning dan telur.

Selain mi goreng, kami makan buah kurma dan dua jenis buah anggur (mujur tak rosak ditinggal lama dalam peti sejuk). Minuman air kosong dan teh tarik Lipton. Memang biasanya begitulah kami, berbuka ringkas je sebab cuma berdua tak banyak mana boleh dimakan.


Hari ini Sabtu, 3 Ramadan. Kalau rajin insyaAllah kami nak membeli di bazar Ramadan dan menunaikan solat sunat tarawih di surau/masjid berhampiran. Kami belum pernah solat tarawih di surau/masjid di sini sejak berhijrah ke PP. Tahun ni COVID-19 agak reda, rasa beranilah sikit nak ikut berjemaah di tempat orang ramai. Sesekali je, bolehlah merasa suasana berbeza. Buat masa ini saya lebih suka berjemaah di rumah.







21 comments:

  1. Wah..betul2 bermusafir ni Ujie..
    Sahur di NS berbuka di Perak..Sahur di Perak berbuka di PP..wow..lagi syok kalau sahur di PP berbuka di Sabah..awal kan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahur lewat, dapat buka awal ya..syok 😁

      Delete
  2. selamat berpuasa kak ujie...saya masih berterawih jemaah dirumah dulu mungkin 2minggu terakhir baru akan ke masjid bila jemaah lain dah berkurangan...awal2 ni orang masih bersemangat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa Afzan.
      Betul jugak tu, dah beberapa tahun tak tarawih di masjid, dah lupa kebiasaan 😁

      Delete
  3. Wah, boleh buat travel log ramadan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tak banyak travel la Ramadan ni 😅

      Delete
  4. Mesti rasa mencabar dan penat bermusafir di bulan Ramadhan, tapi masih berkesempatan menunaikan solat terawih di masjid. Selamat berpuasa dan solat terawih malam nanti Kak Ujie 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar, lagi pulak bila cuaca panas terik 😅. Musafir aritu kami solat di bilik hotel je.
      Selamat berpuasa Carneyz.

      Delete
  5. Nampaknya byk travel awal Ramadhan ni puan ye...
    Sy suka juadah ringkas begini, berbuka ala kadar tp fikirkan anak³ pun berpuasa kenalah raikan mereka dgn pelbagai juadah. Itupun x byk mana pun hehe...

    ReplyDelete
  6. Mie goreng nya sedap bangeet,bikin selera..😀
    Taraweh berjamaah di masjid memang beda suasananya

    ReplyDelete
  7. Selalu saya buka seorang memang makan ringkas tapi tahun ini ada anak-anak buah yang selera makan berbeza jadi pelbagai.
    Cuaca tengah panas jadi mencabar juga puasa apatah lagi kalau tengah musafir.

    ReplyDelete
  8. Sayapun juga kak ujie. Walo pandemi sudah dinyatakan aman oleh govt , tetep saja saya tak berani sangat berkumpul di keramaian. Selalu pilih2 tempat. Pakai masker pun masih saya lakukan juga 😄. Demi kesehatan diri sendiri lah yaa

    ReplyDelete
  9. slmt berpuasa Ujie.
    bermusafir di bln ramadhan.
    ciknur pun masih terawih kat umah mcm biasa lg rasa kenikmatan.

    ReplyDelete
  10. selamat berpuasa bt akk sekeluarga.. sama lah sejak ada covid ni dh lama tak ke masjid berterawih. ini dh ada anak, kalau bawa Harraz. mau hilang budak tu kt masjid. nk solat pun tak khusyuk. haha

    ReplyDelete
  11. Wah, on the go, gitu. Saya lebih suka terawih di rumah. Tapi tahun lepas, banyak hari saya terawih masjid. Baca blog ni tengahari, sedapnya tengok mi goreng Ujie masak. :D

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa Ujie dan suami.

    ReplyDelete
  13. pengalaman menarik. nasib baik tak ikut hukum musafir boleh berbuka. hehe. gurau je. kita naik kereta kan, bukan naik unta

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****