Wednesday 15 March 2023

Balik Kampung Sebelum Ramadan

Beberapa hari saya tak berblog kerana berada di kampung menjenguk mak dan mak mentua. Sejak malam tadi dah kembali di rumah NS, bolehlah saya sambung mencatat kisah hidup sebagai kenangan masa hadapan.

Bulan Mac ini nampaknya kami kerap berada di rumah NS. Baru balik dua malam di rumah PP, kami kembali semula ke rumah NS pada hari Selasa 7 hb. Mac lalu. Hujung minggunya ditambah dengan encik suami ambil cuti kerja, dapatlah kami balik kampung di selatan tanah air - kampung saya di Pontian dan kampung encik suami di Batu Pahat.

InsyaAllah sehingga hujung minggu ini kami akan berada di rumah NS.

[Catatan hari Sabtu, 11 Mac 2023]

Pagi hari Sabtu, kami menuju ke kampung saya di Pontian. Biasanya begitulah, kami akan balik kampung yang lebih jauh.

Sang rembulan di waktu siang. Sempat saya memotret bulan sebelum bergerak meninggalkan rumah NS.

Menziarahi Makcik di Teluk Kerang
Kami tiba di rumah Mak saya pada waktu tengah hari. Sebelah petang selepas Asar, kami bersama Mak dan beberapa ahli keluarga yang lain pergi menziarahi makcik (kakak kepada Allahyarham Bapak saya) yang baru beberapa hari keluar hospital.

Makcik terjatuh sewaktu nak duduk di birai katil, menyebabkan keretakan tulang dan tulang beralih. Atas faktor usia, doktor tak dapat melakukan pembedahan. Sedih saya lihat keadaan Makcik yang kini tak mampu nak bergerak sendiri. Semoga Allah permudahkan segala urusan rawatan Makcik dan dikurniakan kekuatan hati buat Makcik dan juga buat sepupu yang menjaga. 

Ubi kayu rebus cicah sambal tumis dan kelapa parut
Sepupu hidangkan ubi kayu rebus bersama sambal tumis dan kelapa parut.

MasyaAllah…sedap sangat! Dah lama tak makan begini, terasa nikmatnya.

Senja dan Makan Malam di Coxn Cafe, Rimba Terjun
Balik dari rumah Makcik, kami bersama kakak saya dan seorang anak saudara ke Coxn Cafe yang terletak berhampiran dengan rumah Mak. Kami datang berempat, Mak dan ahli keluarga lain tak berminat ikut serta.

Coxn Cafe ni sebenarnya dah lama beroperasi, tapi baru kali ini kami nak mencuba makan di sini. Biasalah kan, kalau yang dekat ni kurang teruja nak mencuba.

Panorama senja di Coxn Cafe. 

Kami menyaksikan kumpulan memerang di kawasan ini (tak kelihatan di foto).
Sambil menunggu hidangan tiba, kami sibuk berfoto dan memerhati suasana langit senja bertukar gelap. Dalam samar cahaya, kami melihat sesuatu sedang berenang di aliran anak sungai bersebelahan kafe. Memerang! Teruja kami melihat gerakan pantas beberapa ekor memerang berenang di air. Haiwan separa akuatik ini kemudiannya naik ke tebing dan menghilang di balik hutan bakau. Wah…pengalaman pertama kami lihat memerang di habitat asal.

Hidangan kami, semuanya hidangan Barat sebab di sini cuma menghidangkan masakan Barat.
Kami sangka sekejap saja boleh dapat makanan sebab kami memesan masakan Barat yang agak ringkas. Rupanya, sangatlah lama menunggu. Sementara menunggu, bolehlah solat Maghrib di ruang solat tersedia - sebuah ruang sederhana luas tanpa pemisah lelaki/perempuan.

Setelah menunggu kira-kira 50 minit, barulah kami dapat menikmati hidangan yang dipesan. Kecuali minuman dan ice cream, itu kami dah dapat lebih awal. Saya sebenarnya hampir hilang selera dek lama menunggu. Mujur mushroom soup yang saya pesan, sedap menepati selera.

Mungkin lepas ni saya tak ke sini lagi. Serik pula kena menunggu begitu lama. Panorama senja merupakan satu-satunya tarikan di sini.




18 comments:

  1. Ramai orang ke agaknya sebab itu makanan lambat sampai?
    Baguslah selalu balik kampung. Ada kesempatan dan masa boleh balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah ramai sangat saya tengok. Agaknya tukang masak yang tak cukup.

      Kalau nak balik kampung dari Penang, jauh sangat. Ni sementara di NS dan ada masa, bolehlah teruskan balik selatan.

      Delete
  2. semoga dipermudahkan urusan Makcik & sepupu Ujie....mungkin mereka nak siapkan semua order, baru dihidang sekaligus...tapi 50 minit utk 4 org, lama jg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..

      Memang sangat lama 50 minit tu 😇

      Delete
  3. membaca kisah sedih begini memang menginsafkan juga...semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, menziarahi orang sakit akan buat kita terfikir diri sendiri. Fikir bagaimana kita menghargai nikmat sihat yang Allah beri.

      Delete
  4. siap2 mau puasa, pulang kekampung dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, InsyaAllah selepas ini pulang pada Hari Raya.

      Delete
  5. Semoga makcik di beri kesembuhan...amiin..lama juga menunggu menu datang ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin doanya.
      Lama menunggu, sampai bosan 😄

      Delete
  6. Alahai view dah best tp servis slow pulak.. memang potong terus kan kak ujie... alhamdulillah byk masa melawat orang² tua di kpg bln ni.. itu pun rezeki masa jugak kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mim, Alhamdulillah ada rezeki masa dapat menjenguk orang-orang tua di kampung. Ini pun ada makcik lain yang sedang sakit, tapi tak sempat jenguk.

      Delete
  7. Alamak ai! Ubi kayu tu! Mancongkam!

    ReplyDelete
  8. Selalu baca SK pi makan kat Rimba Terjun..
    Saya zoom in nak tengok memerang..baru perasan dah tulia tidak kelihatan🤭

    ReplyDelete
  9. Moga Makcik dapat kembali pulih seperti sediakala.
    Hidangan ubi rebus itu mengembalikan nostalgia lampau!

    ReplyDelete
  10. Semoga makcik Ujie kembali sihat dan dipermudahkan urusan sepupu Ujie menjaga.
    Sedap tu, ubi kayu rebus cicah sambal tumis. :)
    Saya biasa tengok memerang, biasanya satu family, kan. Comei jer...
    Sedap tengok menu western.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****