Kediaman saya di sini dikelilingi dengan pokok buah-buahan hasil tanaman penghuni terdahulu. Antaranya, pokok buah mangga Harumanis. Buah yang sinonim dengan negeri Perlis.
Jika selama ini kami cuma membeli Harumanis bila tiba musimnya (sekitar April - Mei), atau petik hasil di rumah adik ipar. InsyaAllah musim kali ini, kami berpeluang memetik hasil dari belakang rumah. Sesuatu yang tak pernah saya terfikir 😀
Jujurnya, saya kurang atau hampir tiada pengetahuan menjaga pokok buah-buahan. Maklumlah selama ini kami hanya berpengalaman menetap di rumah dengan tanah sekangkang kera dan rumah tanpa tanah. Kali ini, banyak yang saya perlu belajar kalau nak menikmati hasil pokok di keliling rumah. Lebih lagi pokok mangga Harumanis yang penjagaannya tidak begitu mudah.
Tak banyak info dapat saya sertakan kerana setakat ini ada yang membantu kami menjaga pokok ini - memangkas dahan yang terkena serangan kulat, membuat semburan racun kulat dan membalut buah.
Foto-foto pokok mangga Harumanis berikut mengikut susunan tarikh :
Tunas atau pucuk baru yang muncul pada bulan Februari. Seterusnya, tunas atau pucuk baru ini akan membentuk ranting-ranting yang menghasilkan bunga dan seterusnya buah. Sebelum itu pada bulan Januari, dahan yang terkena serangan kulat sudah dipangkas dan semburan racun kulat sudah dilakukan.
Lucunya, saya dan Encik Suami langsung tak perasan bila pokok ini menghasilkan buah pertama. Tahu-tahu saja dah ada beberapa biji buah mangga dengan saiz agak besar 😁. Alhamdulillah!
Buah dibalut dengan pembalut khas yang mempunyai lapisan dalam gelap dan hujungnya tersedia dawai pengikat. Ketika foto ini dirakam, terdapat 1 biji buah pada pokok pertama dan 7 biji buah pada pokok kedua.
Tak banyak, tapi tetap bersyukur berbuah juga. Katanya, sekarang pokok mangga Harumanis agak kurang menghasilkan buah kerana kurang agen pendebungaan dan cuaca panas kering melampau yang sedang melanda Perlis.
Foto pagi tadi, saya nampak ada beberapa biji lagi buah mangga yang sedang membesar. InsyaAllah nanti nak belajar balut sendiri. Tapi entah macam mana nak membalut sambil ‘berperang’ dengan kerengga yang banyak tu 😅. Selain yang sudah berbuah, nampaknya masih banyak lagi ranting-ranting sedang berbunga. Moga ada rezeki ia bertukar menjadi buah.
.
Nampak banyak buahnya...mesti best ni kan...selalu dapat sekotk dari family mertua..bulan 5 musimnya kan
ReplyDeleteHa ah SA sekitar bulan April-Mei musimnya.
DeleteBolehlah Sy buat kunjungan Mesra ke rumah PU sambil memetik si harumanis hihi ...
ReplyDeleteSama mcm musang king, harumanis pun perlukan jagaan rapi. Agaknya sbb tu harganya kayangan.
Boleh PH, balik Kedah lajak ke Perlis pulak 😀
DeleteKalau yang tanam di ladang lebih rapi, siap berbaja.
Wah..bentar lagi panen buah mangga nih...di belakang rumah saya jugak ada pohon mangga,sayangnya punya tetangga😁tapi kalau musim buah,mereka selalu bagi,gak pelit👍
ReplyDeleteKalau gitu, tak ada pokok pun takpe. Jiran-jiran rajin berkongsi 😁
DeleteWah bestnya kak. Seronok dapat rumah landed yang ada tanah ni. Rezeki pindah tempat baru di perlis, dapat merasa harumanis fresh dari pokok.
ReplyDeleteAlhamdulillah...merasa hidup suasana kampung. Ada tanah luas, pokok buah keliling rumah. Cuma akak jelah kena ambik masa biasakan diri urus pokok-pokok 😄
DeleteOkay juga tu kak, ada aktiviti dan menyihatkan juga.
DeleteAlhamdulillah...rezeki pokok harumanis segera🤭
ReplyDeleteMak saya pokok harumanisnya berbunga sejambak pun kemain dia call nak bgtau🤣
Ujie..pucuk mempelam pun sedap buat ulam katanya..tapi jangan la harumanis..sayang🤣
Pokok Harumanis segera ya 🤣
DeleteTiba-tiba dapat tuai hasil.
Moga lepas ni maknya call bagitau bunga dah bertukar jadi buah 😀
Ooh..baru tau pucuknya boleh buat ulam. Banyak pengetahuan mamaCella 👍
kerengga mmg nakal kann asek nk gigit je., huhu
ReplyDeleteLalat bagus kan Wak, tak gigit 😂
DeleteWahhh.. kalau ada cik kerengga memang manis ni buahnya.
ReplyDeleteMoga betul lah teori tu Sk 😀
Deletesemoga membesar dengan sihat.. sedap sungguh buah ni.. masih terasa2 kemanisannya ..
ReplyDeleteAamin...
DeleteMoga Lady dapat merasa Harumanis musim akan datang.
ameeeennnn
DeleteAlhamdulillah tahun ni dapat petik sendiri harumanis fresh-fresh dari pokok . Dah tak payah beli
ReplyDeleteInsyaAllah...rezeki tak disangka 😁
DeleteSekarang ini ada orang tolong balut ya?
ReplyDeleteMesti puas makan hasil buah di srkeliling rumah.
Ha ah, ada orang tolong 🤭
DeleteSetakat ni buah limau kasturi yang saya rajin petik.
Lepas nie boleh makan dengan puas mangga tersebut..jangan lupa sedekah juga dengan jiran atau adik beradik supaya pokok mangga makin lebat berbuah
ReplyDeleteInsyaAllah...rezeki dikongsi.
Deletewaahhhh bestnyaaa mangga harum manis banyak buahnya!
ReplyDeleteAlhamdulillah 😀
Deleteseram bab kerengga. LM ada pokok kedondong yang kerap buahnya diserang lalat buah.nak balut takut sebab ada kerengga
ReplyDeleteIngatkan kalau ada kerengga tak ada serangan serangga lain kat pokok tu. Ada jugak ya...
DeleteWah, bukan 1, tapi 2 pokok mempelam harumanis. Best, best!
ReplyDeleteBapa saya ajar dulu, boleh balut buah dengan suratkhabar je. Rupanya sekarang dah ada pembalut khas buah ye. Baru tahu.
Kalau kat rumah mak dulu, buah mangga memang balut dengan suratkhabar je. Ni pakai pembalut khas sebab nak bagi cantik warna buah Harumanis dan mudah ikat elok sebab dah siap dawai.
DeleteMangga harum manis kesukaan saya ini... 😉
ReplyDeleteHarum baunya, manis rasanya. Kesukaan ramai 😀
Deletesronok nya pokok harumanis ada blkng rumah je...puas makan bila tiba musimnya
ReplyDeleteInsyaAllah moga elok menjadi semuanya, bolehlah merasa puas makan 😁
Deletehobi baru di negeri baru ye. seronoknya dapat tengok progress pokok depan mata
ReplyDeleteHobi perati flora dan fauna 😄
DeleteBanyak pengetahuan baru sejak duduk sini.
Alolooo comey jer Buah Harum Manis tu.. okla berperang sikit je dgn kerengga utk hasil yg di masa beberapa hari lagi :D
ReplyDeleteNi dah rasa macam tak mau balut, sebab cuba balut sebiji pun punyalah susah berperang dengan kerengga 😂
DeleteBuahnya banyak dan tampak subur pohonnya Mbak...
ReplyDeleteSepertinya pohon ini bergembira juga menyambut bulan Ramadan...
salam,
Di rumah mama mertua saya ada pohon harum manis. Tapi duluuu jarang sangat berbuah. Ntah kenapa. Tapi saat mama mertua meninggal, di situ lah dia rajin berbuah hingga skr. Banyaak pula dan maniiiis. Padahal sejujurnya kami tak terlalu merawat, Krn tidak tinggal di sana. Rumah mama hanya dijaga 1 penjaga itupun sesekali saja lihatkan. Makanya tak paham pula kenapa dia mendadak berbuah 😅
ReplyDeleteTapi memang sedap mangga Jenis ini. Tapi mangga yg saya juga suka itu mangga alpukat yg bisa diputar pakai tangan, mangga gedong gincu dan mangga manalagi.
Kalo dah musim, langsung hunting 😄