Sunday 11 December 2022

Tillandsia Ionantha Berbunga!

Saya mula perasan tumbuhan dengan nama Tillandsia (juga dikenali sebagai Air Plant) ini akan mengeluarkan bunga apabila dedaun bahagian atasnya mulai bertukar warna dari hijau kepada warna kemerahan.

Hari demi hari daunnya bertukar warna, sehinggalah muncul pula semacam sulur berwarna ungu. Saya panggil sulur jelah ya, tak tahu nak panggil apa. Semuanya ada empat sulur, tapi tidak muncul serentak. Pada awalnya nampak dua je, lepas tu jadi tiga dan seterusnya muncul yang keempat. Daripada sulur tersebut muncul pula bunga berwarna kuning dan seterusnya bunga berwarna putih di atasnya.

Pagi tadi, lengkaplah semua sulur berwarna ungu tersebut mengeluarkan bunga putih di hujungnya. Segera saya memotret si comel yang cantik berwarna-warni ini.

Tillandsia Ionantha berbunga
Satu-satunya jenis Tillandsia yang saya miliki - jenis Tillandsia Ionantha.

Tillandsia Ionantha berbunga
Beginilah saiz Tillandsia Ionantha dewasa. InsyaAllah selepas ini ia akan menghasilkan anak pokok pula.

Nak tahu info lanjut berkenaan tumbuhan unik yang tak perlukan tanah, tak perlu ditanam ni? Boleh baca entri saya DI SINI yang ditulis tiga tahun lepas. Boleh tengok rupa tumbuhan ini dengan daun hijau sepenuhnya. Tetapi Tillandsia yang berbunga ni bukanlah hasil dari induk dalam entri tersebut ya, yang ni saya beli lain selepas berpindah ke PP. 




13 comments:

  1. Unik pokoknya. ok,nanti saya korek entry lama tu ye

    ReplyDelete
  2. Wah tidak perlukan tanah!
    Macam bunga makhluk asing.

    ReplyDelete
  3. wah..seronok bila dah berbunga kan.tak perlu tanah pulak tu..mudah untuk dijaga..

    ReplyDelete
  4. dana tak tau psl air plant ni kak, pernah di pasar tani nampak pokok ni dana tanya camne nak tanam orang tu ketawakan dana sbb tak kenal pokok ni. Yelah kan dah kita ni bukan jenis tanam pokok masa tu dana blm berkecimpung dlm dunia penanaman lagi. Dana ingatkan masa tu anak pokok nanas sebab daunnya tu hahahah

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, cantik kejadian Allah yg unik ni.

    ReplyDelete
  6. Ooo... Itu ke nama dia? Pernah tengok

    ReplyDelete
  7. wahh cantik, first time Cuya tengok tanaman ni...unik

    ReplyDelete
  8. Wah..menariknya..tak pernah tau pun pasal pokok ni..Cantik pulak tu..TQ info menarik

    ReplyDelete
  9. cantiknya...pelbagai warna....Subhanallah...

    ReplyDelete
  10. Cantik sangat. Suka kombinasi warna dia. Biasanya air plant ni guna medium kayu atau kayu yang cantik. Lepas tu gabungkan dengan spanish moss buat hiasan gantung :)

    ReplyDelete
  11. Subhanallah..so cantiklah! Wujud rupanya tumbuhan sebegini...Niceeee..sejuk mata melihatnya

    ReplyDelete
  12. SubhanaAllah.. Cantik sungguh kejadiannya.. Gandingan warna dia tu wow sangat..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****