Sebelum tamat tahun 2022, eloklah saya menyambung catatan kisah pada penghujung Oktober lalu sewaktu berkunjung ke Perlis. Jemput baca entri terdahulu :
TAMAN BUAH-BUAHAN EKSOTIK NEGERI PERLIS
Dengan pakaian kami semua yang basah dek kerana tak membawa persalinan baju, tapi nak juga menikmati kedinginan air Hutan Lipur Bukit Ayer, kami kemudiannya singgah melawat Taman Buah-Buahan Eksotik Negeri Perlis. Tak ada perancangan pun, tiba-tiba kenderaan yang dipandu oleh biras membelok ke taman ini. “Kita keringkan baju sambil jalan-jalan sini…”, adik ipar bersuara. Saya memang setuju sangatlah sebab belum pernah sampai ke sini.
Kenderaan kami melalui pondok pengawal, seorang wakil diperlukan bagi menulis butiran di sebuah buku. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Ruang parkir di hadapan sedang dibaik pulih. Encik pengawal kata, boleh bawa masuk kenderaan sampai ke dalam lagi.
Masa kami datang ni sekitar pukul 9.40 pagi, masih terlalu awal jadinya belum ramai pengunjung. Cuma kelihatan beberapa orang pengunjung lain. Senang nak berfoto bila tak ada pengunjung lain. Itulah kelebihan berpagian.
Walaupun namanya ‘taman buah-buahan’, tetapi tempat ini menyajikan panorama alam yang cukup indah dan memberi ketenangan.
Teruja kami menyaksikan kawanan ikan berenang di dalam air yang cukup jernih. Memerhati gerakan gemalai ikan juga satu terapi jiwa. Sambil bibir melafazkan puji-pujian kepada Allah, hati pula merasa gembira dan tenang.
Di sini juga disediakan banyak tempat cantik untuk pengunjung merakam memori. Satu usaha yang sangat bagus memandangkan orang zaman sekarang suka berkongsi foto di media sosial, bolehlah jadi sebagai satu promosi bagi tempat ini. Kami yang perempuan ni pun apa lagi, sibuk berfoto dengan pelbagai gaya. Orang lelaki? Masing-masing tak mahu berfoto. Ah, biarkan mereka dengan dunia mereka.
Salah satu sudut yang cantik untuk pengunjung berfoto. Model lelaki dipaksa oleh saya demi sekeping foto yang lebih ‘hidup’ - ada unsur alam dan ada kehadiran manusia duduk di buaian. Hehe.
Pemandangan taman ini dengan latar bukit Wang Gunung. Di sebelah kiri terletaknya Taman Anggur dan sebelah kanan tanaman pokok buah Naga. Tapi masa saya datang ni tak kelihatan buah Naga.
Laman Anggur Perlis. Kami tak masuk jalan-jalan dalam ni sebab nampaknya tak kelihatan gugusan buah anggur di pokok. Mungkin belum tiba masanya.
Ada papan tanda arah, bolehlah pilih kita nak melawat mana satu atau nak melawat semua. Kami tak pergi ke semua tempat pun, pilih-pilih je.
Laman Superfruits. Tempat yang saya fikir kita wajib pergi kalau dah sampai ke taman ini. Sebab ia menempatkan ladang tanaman buah yang jarang atau tak pernah kita lihat.
Inilah buah Gac. Pertama kali saya lihat buah Gac yang masih bergantungan begini. Sebelum ini saya pernah makan buahnya, boleh baca entri saya DI SINI bagi mengetahui info lanjut berkenaan buah Gac dan melihat rupa isinya.
Kami cuma sekejapan saja di sini, kira-kira setengah jam kemudian kami beredar meninggalkan tempat ini. Tapi kalau kita nak berjalan ke semua tempat dalam taman ni, memang tak cukup setengah jam tu tau. Ada lagi sudut menarik yang tidak saya ceritakan di sini.
Datang ke Perlis? Jangan lupa singgah ke Taman Buah-Buahan Eksotik Negeri Perlis yang menarik dan nampaknya diselenggara dengan baik (kecuali tandasnya berada pada kondisi yang kurang memuaskan). Masuk percuma pula tu. Tentu lebih menarik kalau ada kafe untuk pengunjung menjamu selera sambil menikmati suasana sekitar dan gerai jualan buah yang beroperasi. Untuk ke sini, boleh buat carian di aplikasi Google Maps - Taman Anggur Perlis.
Selepas dari taman buah-buahan, kami naik bot pula. InsyaAllah catatannya di entri akan datang.
sejuk mata memandang tempatnya kak..air tasik tu jernih betul ye macam cermin
ReplyDeleteJernih sangat, lepas tu banyak ikan. Geram tengok 😀
DeleteUncle pun 1st tyme dengar buah Gac
ReplyDeleteBuah eksotik yang sangat jarang orang tanam. Mungkin sebab rasanya yang tak sedap - tak ada rasa 😅
Deletewahhh bestnya kak... tempat wajib dilawati kalau ke perlis nih. Sayang betul kadang tempat cantik camni tapi tandasnya tak terjaga
ReplyDeleteItulah, binaan tandasnya nampak baru. Tapi pintu dah rosak dan nampak tak dibersihkan tandasnya. Harap segera dibaiki untuk keselesaan pengunjung.
DeleteMenarik, jika ke sana, saya nak singgah jugalah insyaallah!
ReplyDeleteMesti anak-anak Syaz seronok tengok ikan-ikan yang banyak.
DeleteBagus bagi pengunjung masuk secara percuma dan pegang. Eh boleh petik ke buah gac itu?
ReplyDeleteKami nak tanya jugak pasal buah Gac tu. Tapi langsung tak nampak staf kat situ.
DeleteTempat baharu ke? Menarik pemandangannya.
ReplyDeleteTempat lama diberi nafas baru. Dulu dikenali sebagai Tmn Anggur, lepas tu jadi Taman Buah-Buahan Eksotik.
DeleteMenarik
ReplyDeleteBoleh singgah kalau ke Perlis
Sesuai sangat dengan Wak kan..
DeleteMenarik..saya blm pernah sampai..Buah gac pun belum pernah mencuba ..Menarik sungguh ni
ReplyDeleteBalik Kedah, boleh lajak jalan-jalan ke Perlis.
DeleteKalau sy nak ke Perlis, mmg sy akan cari info di blog puan ni... byk info yg dikongsi, tqvm
ReplyDeleteSama-sama PH :)
DeleteMemang menarik sekali kak panorama taman buah buahan eksotik ni. Bersih dan terjaga betul. Dulu saya baca taman anggur tu tutup. Ke tempat lain. Mungkin susah dan makan modal banyak kot nak maintain. Banyak hotspot menarik untuk bergambar.
ReplyDeleteTerima kasih Ujie banyak kongsi info. Ada rezeki nanti bolehlah jejak kaki ke sini.
ReplyDeletemenarik..jadi tempat perlancongan...view pun cantik..
ReplyDeleteDah tukar nama ye.. Masa kami pergi dulu dalam proses penaiktarafan.. Bolehlah nak ke sini lagi nanti..
ReplyDeleteSaya pertama kali tengok buah Gac. Kalau pergi taman pertanian macam ni, elok pakai kasut sukan, sebab banyak tempat nak jalan kan. Hehe.. banyak tempat menarik di Perlis sekarang. Terima kasih, share, Ujie.
ReplyDelete