Thursday 22 December 2022

Catatan 15 - 16 Disember 2022

Pada hari Khamis & Jumaat minggu lepas, saya menemani encik suami ke Perak atas urusan kerja. Saya catatkan di blog untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang.

E32 Lebuhraya Pantai Barat WCE
Dari rumah di PP kami melalui Lebuhraya Pantai Barat untuk menuju ke destinasi. Laluan yang lengang dan tenang. Ada sekali saya nampak sekumpulan monyet memenuhi laluan bertentangan. Bahaya kepada monyet dan kepada kita pengguna jalan raya.

INFO | Lebuhraya E32 - Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway) merupakan sebuah lebuh raya yang dibina di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia menghubungkan Taiping, Perak ke Banting, Selangor. Lebuh raya ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Hutan Melintang
Sampai ke destinasi kami di Hutan Melintang. Kami menginap satu malam di Hotel Lagenda. Tak begitu banyak pilihan penginapan di sini, jadi ambil saja mana-mana yang ada banyak ulasan baik di internet. Selepas menginap di sini, saya beri tiga bintang je sebab kebersihan bilik air yang tidak memuaskan dan aliran air di sinki tidak lancar. Ada sebuah kedai makan Muslim (Restoran Lagenda Ayam Kampung) di bangunan sebelah, mudahlah kalau nak pergi makan yang berdekatan dengan berjalan kaki je.

Kami makan malam di kedai makan Nasi Lemak Din Canai. Terdapat pelbagai pilihan makanan. Pilihan kami - mi bandung dan kue tiaw goreng. Servis di sini mesra dan pantas. Kedainya nampak bersih dan makanan pilihan kami memenuhi cita rasa.

Sarapan pagi kami pula di sebuah kedai makan yang saya tak pasti apa namanya. Ada pilihan nasi lemak hijau, mihun goreng, lontong, roti canai dan kuih-muih. Sebagai penggemar nasi lemak, tentunya pilihan utama saya nasi lemak hijau. Memang sedap rasa nasi lemak dan sambalnya. Setiap set turut diberi potongan telur dadar. Saya ambil juga kuih karipap, pun sedap rasanya dan inti penuh. Memang puas hati makan di sini.

Inilah rupa luar kedai. Ada beberapa papan tanda di tepi kedai, jadinya tak pasti mana satu papan tanda sebenar. Tapi kalau di Google Maps boleh buat carian ‘Zura Nasi Lemak Hijau’. Kedai makan ni beroperasi waktu pagi sehingga tengah hari sahaja.

Dari pekan Hutan Melintang, kami menuju ke pekan Bagan Datuk pula. Tujuan kami ke pekan Bagan Datuk cuma nak melihat-lihat tempat yang belum pernah kami kunjungi. Masa ni encik suami dah habis kerja dan selesai menunaikan solat Jumaat.

Laluan di antara kedua-dua pekan ini lurus je dan terdapat penempatan estet-estet serta rumah-rumah kampung di kanan dan kiri jalan. Di sini juga banyak tanaman kelapa, cantik tersusun pokoknya dengan daun kelapa melambai-lambai. Lagi satu yang saya perasan, di sini terdapat banyak burung bangau. Biasa tengok burung kecil warna hitam je bertenggek di tiang elektrik, tapi di sini burung bangau pun asyik bersantai di atas. Hehe…

Hasil pemerhatian seterusnya, saya dapati di sini orang-orang bebas menanam di bahu jalan. Ada pokok betik yang tinggi dan ada yang rendang tapi berbuah lebat.

Sepanjang perjalanan juga saya perhatikan banyak kawasan yang ditenggelami air banjir. Tidaklah teruk tahap banjirnya, tapi nampaklah laman rumah orang bergenang air.

Apa yang ada di pekan Bagan Datuk? InsyaAllah catatannya di entri akan datang. 




22 comments:

  1. Hai kakak senior!! hehehe... cantikkkk gambar suka tgk

    ReplyDelete
  2. Di Bagan Datuk ada kerusi TPM. Hehhehe

    ReplyDelete
  3. tenang nye ,seronok jln camni. Kalau ciknur blk perak wah best gini. Teringt masa.pkp x blh rentas negeri dulu. Kejap sampai. Kalau biasa ikut highway adoiu la masa jemm lamaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami lalu hari bekerja kot, tu tak ramai orang guna lebuhraya pantai barat ni.

      Delete
  4. Kuetiau goreng Din Canai tu, nampak sedap.
    Kat Bagan Datuk, ada taman bunga matahari. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum pergi, ada buat carian. Tau jugak pasal taman matahari, tapi tak pergilah.

      Delete
  5. Pernah lalu lebuhraya sampai Hutan Melintang.
    Seronoknya jalan cuci mata dan jumpa makanan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang-alang datang bekerja, kita tengok-tengoklah tempat orang. Alhamdulillah rezeki jumpa yang sedap.

      Delete
  6. rajinnya kak ujie & suami buat road trip. jauh perjalanan luas pemandangan. satu hari nanti boleh buat road trip di borneo pulak dari sarawak ke sabah.

    kalau di sarawak pun tepi jalan kiri-kanan org bercucuk tanam jagung, pokok ubi, pokok pisang, serai dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana tuntutan kerja encik suami, mungkin tak sempat nak ke sana ke sini.

      Road trip Borneo memang antara impian kami. Pernah drive dari Kuching ke Betong, memang nampak orang tanam pokok di bahu jalan.

      Delete
  7. Hutan Melintang tak jauh dari kampung kak ana di Teluk Intan, Ujie. Tapi kak ana jarang ke sini cuma lalu kalau melalui jalan Sabak Bernam tu selalunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..kak Ana orang Teluk Intan.
      Haritu plan nak jalan-jalan ke Teluk Intan sebab tak jauh dah, tapi tukar plan saat akhir. Ingat nak tengok keindahan menara condong pada waktu malam.

      Delete
  8. Perjalanan yang menenangkan dengan pemandangan yang hijau..

    ReplyDelete
  9. Cantik-cantik gambar yang Ujie tangkap. Sejuk mata memandang melihat kehijauan di sepanjang jalan.

    ReplyDelete
  10. nampak rendang je pokok betiknya...selalu ammi nampak yg tinggi2 je

    ReplyDelete
  11. Menariknya...
    Bagus perkongsian begini membantu yang tak tahu..Saya suka pemandangan alam begini.Rasa nak ja pi sana

    ReplyDelete
  12. Sambil memenuhi tuntutan kerja sambil melihat tempat orang kan. Nampak sedap mi bandung di Nasi Lemak Din tu

    ReplyDelete
  13. aida pun da camni, suka snap gambar pemandangan on the way ke mana2.
    nampak je view cantik, terus snap.

    ReplyDelete
  14. oo..baguskan ada WCE...kenangan lama di Hutan Melintang, sekolah di sini, sekolah pun tepi estet kelapa sawit...hihi..tunggu bas tepi jalan ni lah, outing ke bdr Teluk Intan...

    ReplyDelete
  15. Perjalanan tambah menarik kalau dapat makan di kedai yang menepati selera dan menikmati permandangan kiri kanan. Bagus juga ye mereka jaga tepi tepi jalan potong rumput dan tanam betik. Ada juga hasilnya daripada dibiarkan semak. Kalau balik Johor dihiasi ladang getah dan kelapa sawit :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****