Dalam entri DI SINI, saya catatkan pengalaman penginapan bilik jenis Standard Room di Tamu Hotel & Suites yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tamu Hotel & Suites juga menawarkan penginapan jenis apartmen dengan pilihan satu, dua atau tiga bilik tidur.
Saya dan encik suami berkesempatan menginap selama dua malam di apartmen satu bilik tidur selepas menginap tiga malam di bilik jenis Standard Room. Kebetulan kami dapat pada harga promosi (harganya tak begitu jauh beza berbanding bilik jenis Standard Room, tetapi tak termasuk sarapan pagi). Bukanlah sengaja nak mencuba penginapan jenis apartmen, tetapi penginapan jenis bilik yang kami mahu semuanya habis ditempah pada tarikh tersebut.
Untuk ke penginapan jenis apartmen, kita perlu menaiki lif yang berbeza dengan lif penginapan jenis bilik. Penginapan jenis bilik terletak di aras 15 - 26, manakala penginapan jenis apartmen terletak di aras 28 - 39.
Beginilah rupa penginapan kami - One Bedroom Resident yang terletak di aras 28. Ruang yang cukup luas. Terdapat ruang tamu, ruang dapur dan sebuah bilik tidur.
Ruang dapur lengkap dengan induction cooker, periuk, kuali, pisau dan peralatan makan.
Bilik tidur dengan keluasan yang memuaskan.
Terdapat balkoni di penginapan jenis apartmen. Saya cuba buka sliding door, tapi tak boleh pula. Tak pasti sama ada memang dah direka supaya tak boleh buka atau saya yang tak pandai nak buka 😅. Tapi kan…kalau pun boleh buka, rasanya tidaklah saya berani nak berdiri di balkoni tu. Setakat jenguk kepala je berani. Gayat!
Bilik airnya agak kurang selesa sebab kurang bersih dan air mudah bertakung di depan pintu masuk. Dah gunakan bilik air barulah tau, tapi malas nak minta tukar bilik jadinya kena berhati-hati tiap kali kaki melangkah masuk.
Pemandangan dari balkoni. Nak tengok pemandangan waktu malam dari aras begini? Boleh klik DI SINI.
Di ruang ini ada cerita. Sudah menjadi kebiasaan saya setiap kali memasuki tempat penginapan, saya akan periksa semua dan merakam foto jika ada apa-apa yang tak sepatutnya. Selain bertujuan untuk buat aduan atau tukar bilik (jika perlu), ia juga bertujuan melindungi kita daripada pertuduhan merosakkan barangan yang ada (memang belum pernah kena, tapi eloklah ambil iktibar daripada pengalaman orang lain).
Jadi, apa cerita yang berlaku? Nampak langsir merah tu? Sewaktu saya memeriksa ruangan ini, saya selak langsir tersebut. Terkejut sungguh bila ternampak sesuatu digantung pada pemegang tingkap. Pakaian dalam! Saya rakam fotonya dan tunjuk kepada staf di kaunter lobi hotel. Saya tunjukkan juga foto bahan-bahan masakan yang saya dapati masih memenuhi peti sejuk. Kalau belum siap kemas, kenapa pula beri saya masuk kan?
Tak lama selepas itu, intercom berbunyi dan terpapar visual seorang lelaki berdiri di hadapan pintu penginapan. Oh, rupanya staf pembersih bilik datang. Nampaknya seperti warga asing berdasarkan rupa dan bertutur bahasa Inggeris. Beliau meminta maaf dan minta izin untuk masuk membuat kerja-kerja pembersihan bersama dua orang staf yang tiba kemudian. Sementara menunggu mereka membuat kerja pembersihan, saya berdiri di luar sajalah.
Selesai semuanya, berkali-kali mereka meminta maaf. Sejuklah sikit hati saya yang sebenarnya tak marah pun. Cuma terkejut je. Lagi pula semasa mendaftar masuk ni saya bersendirian tanpa encik suami.
Selit satu foto makanan yang kami beli bungkus dan makan di apartment. Beli di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Jalan Kampung Bandar Dalam. Sangat memuaskan selera - sedap semuanya dan sangat lembut dagingnya.
Bagaimana pengalaman penginapan kami di apartmen satu bilik ini? Menurut pendapat saya (merujuk kepada penginapan kami bernombor 2805), saya rasa kurang selesa berbanding menginap di bilik sebelum ini. Selain masalah di bilik air yang saya nyatakan di atas, saya juga terganggu dengan bunyi kuat (saya tak tahu nak terangkan bunyi bagaimana tetapi encik suami kata mungkin bunyi dari pam yang terletak berhampiran). Bunyi seperti ketukan kuat tu berlaku agak kerap tak kira siang malam.
Kelebihan penginapan jenis apartmen ni, lebih selesa kalau nak menginap bersama beberapa orang ahli keluarga. Boleh masak-masak sebab ada dapur, tapi saya fikir lebih baik kita keluar mencuba makanan di sekitar Kampung Baru ni. Nak beli dan bawa balik pun masih boleh makan dengan selesa sebab ada meja makan.
Macam pernah nampak hotel ni. Nampak luas walaupun apartment 1 bilik tidur je rasanya kalau datang check in dgn family pun selesa jugak. Tapi slack pulak dari segi housekeeping kurang memuaskan, air bertakung dan bunyi bising.
ReplyDeleteHarus Carneyz pernah nampak, sebab hotel ni terletak tepi jalan besar di Kg Baru.
DeleteAduh ingat terkejut ada orang di balik langsir.
ReplyDeleteAgaknya mereka kemas tidak 100%. Kemas bahagian tertentu sahaja.
Nasib baik Puan Ujie jenis tanam setiap tempat.
Kalau ada orang balik langsir, bukan takat terkejut, terus menjerit agaknya 😅
DeleteSamalah dengan saya Ujie. Saya pun ambil gambar bilik penginapan sebagai langkah berjaga-jaga. Misalnya baru-baru ini tuala di bilik kami koyak. Saya ambil gambar sebagai bahan bukti kalau dituduh kita rosakkan
ReplyDeleteKan kak, kalau takde bukti gambar susah jugak kita nak membela diri.
Deletebilik dah ok, ada gangguan bunyi pula....Kpg Bharu mmg tempat makan2..
ReplyDeleteItulah...kita baru nak terlelap mata, jadi terkejut bila bunyi tu muncul.
Deletealhamdulillah, yg penting xde gangguan mistik cikkak kann., huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni belum ada gangguan mistik bila menginap di hotel.
DeletePernah berkursus di tamu ni... buffetnya sgt meriah & heaven... dah lah di luar syurga mknn di hotel pun syurga mknn... jarang kami berkursus semangat nk pergi buffet dinner sbb selalunya akn keluar jalan² bila xde kelas.. haha
ReplyDeleteSeronok dapat makan dan tidur kat hotel..Cuma dah bilik air pula mengganggu dengan bunyi yer..
ReplyDeleteAlamak, kalau saya pun terkejut jugak la, nampak pakaian dalam tergantung. :D
ReplyDeletebilik air bertakung memang bahaya. kalau saya, guna je tuala extra untuk jadi alas. kalau terjatuh naya je. adoi la cmane boleh ada pakaian dalam belakang langsir.
ReplyDeleteBilik dah cun dah.. Bilik air pula tak best.. Memang jadi kurang bestlah..
ReplyDeleteLuas betul. Bilik apartment ni memang selesa kalau menginap ramai pun. Kalau saya pun tak berani sangat nak duduk luar balkoni level tinggi² ni. Selalu request high level pun sebab suka tengok permandangan dari ketinggian. Cuma nak lepak di balkoni tak berani sangat.
ReplyDelete