Tillandsia, juga dikenali sebagai Air Plant merupakan tumbuhan yang unik. Bersaiz kecil, ia cuma memerlukan udara, air dan cahaya matahari untuk terus hidup. Tak perlu tanah, tak perlu ditanam.
Terdapat banyak jenis Tillandsia, jenis pertama yang saya miliki - Tillandsia Ionantha (juga dikenali sebagai Sky Plant).
Tillandsia hanya berbunga sekali sahaja sepanjang tempoh hayatnya. Tillandsia Ionantha yang saya miliki ini sudah pernah berbunga (sewaktu saya membelinya pada November 2018). Selepas berbunga, ia seterusnya akan menghasilkan anak pokok. Macam dalam gambar di atas, ada dua anak pokok.
Sebelum ini, ia dah pun menghasilkan dua anak pokok. Lepas saya pisahkan dari pokok induk, ia sekali lagi menghasilkan dua anak pokok. Maksudnya saya dah dapat empat anak pokok dari pokok induk ni. Alhamdulillah!
Dua anak Tillandsia yang pertama, saya pisahkan dari pokok induk pada awal September lalu. Pada penghujung Oktober, pokok induk mula menghasilkan dua anak pokok yang baru. Anak pokok yang pertama ni sekarang dah keluar akar. Walaupun nampak macam akar, tapi ia tidak berfungsi seperti akar pada pokok biasa.
'Bergambar ramai-ramai' sebelum saya pisahkan dua anak pokok dari induknya. Anak pokok sesuai dipisahkan apabila saiznya mencapai kira-kira 1/3 dari saiz induk.
Dua anak pokok yang baru lepas berpisah dari induk. Memang sangat kecil, kena hati-hati pegang jangan sampai terpatah. Harapnya lepas ni pokok induk boleh menghasilkan anak pokok lagi, menurut info ia boleh menghasilkan 2 hingga 8 anak pokok.
Dari segi penjagaan, bagi saya Tillandsia lebih mudah sebab tak perlu tanah dan pasu. Sangat sesuai dijadikan tumbuhan dekorasi mengikut kreativiti, boleh letak/ikat pada tunggul/kayu pokok atau letak di bekas comel. Pastikan ia mendapat pengudaraan yang baik, cahaya matahari yang redup dan air (penyiraman). Terdapat dua teknik penyiraman - samada teknik semburan (spray) air dua kali sehari atau seminggu sekali rendam ia dalam air selama 30 minit. Buat masa sekarang, saya guna teknik semburan air untuk Tillandsia saya.
macam teringin pulak nak ada. comel je pokoknyee.
ReplyDeletechentek chomey je pokok nih
ReplyDeletecantikny kak ujie.. besor mane pokok ni? renik2 ke..
ReplyDeleteJenis T. Ionantha ni comel sgt, pokok yg matang tu pun ada la lebih kurang saiz tapak tangan akak je :D
Deletecantik pokoknya dan muddah nak tanam Subhanallah
ReplyDeleteShomel je awak ni..
ReplyDeleteomg...kiutnyaaaa....
ReplyDeletecomel nya kak... nak cari jugak lah... mudah nak bela nya tu hehehe
ReplyDeleteTak pernah tau ada pokok ni Ujie... cantik jugak tu buat hiasan
ReplyDeleteoh ni lah pokok hiasan yg cantik sangat tu. tak penah tahu nama dia. haha
ReplyDelete