Catatan kisah pada hari Jumaat, 25 November 2022.
Lokasi reunion kami terletak di Lantana Villa, Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sebuah rumah besar dan mewah yang terletak agak terasing dari rumah-rumah lain. Lokasi yang tepat untuk reunion, tidaklah nanti bunyi riuh-rendah kami mengganggu jiran. InsyaAllah kalau rajin saya akan buat entri khusus perkongsian mengenai Lantana Villa.
Berbalik kepada cerita gotong-royong membuat persiapan reunion - saya tiba di Lantana Villa agak lewat berbanding sahabat AJK yang lain, iaitu pada waktu Maghrib. Saya rasa berdebar dan teruja nak bertemu sahabat-sahabat memandangkan dah beberapa tahun saya tak bertemu mereka. Kali terakhir sewaktu reunion kami yang ke-2 iaitu pada tahun 2018.
Hidangan makan malam yang cukup menyelerakan. |
Selesai menunaikan solat, kami makan malam bersama. Ada sahabat yang memasak nasi dan ada yang memasak telur dadar/telur mata. Lauk tempoyak daun kayu dibawa oleh seorang lagi sahabat, katanya dibuat oleh makciknya. Lauk kegemaran saya!
Memang berselera kami makan beramai-ramai sambil berbual. Riuh-rendah jugaklah walaupun tak sampai 20 orang yang ada pada malam tersebut. Selain AJK seramai 15 orang, ada juga sahabat dari jauh yang datang awal dan sahabat dekat yang sudi dikerah tenaga untuk turut membantu membuat persiapan.
Selesai makan-makan, jomlah kita bergotong-royong…
Antara barang-barang untuk beg cenderahati (goodies bag) yang akan diberi kepada setiap yang hadir.
Props untuk bergambar dan sebahagian hadiah untuk aktiviti permainan.
Sudah siap. Bunga rampai dengan titisan minyak lavender & ros, harum mewangi seluruh rumah macam nak menyambut pengantin baru. Belon 3 warna, tiup guna pam. Beberapa kali juga meletup, membuat suasana gamat seketika dek terkejut. Yang tukang pam tenang je, kita yang tengok rasa seram kotlah belon meletup lagi. Haha…
Beg cenderahati dan beg hadiah aktiviti sudah siap diisi, kami susun dalam bilik karaoke. Lengkap ada tag nama disetiap beg supaya mudah pemilik beg cari kalau nanti beg diletak merata.
Meja pendaftaran merangkap sudut berfoto dalam rumah.
LabuLadies Reunion sempena 32 tahun persahabatan. ‘LabuLadies’ tu merujuk kepada sahabat perempuan batch kami yang bersekolah di Labu, Negeri Sembilan. Kami mula bertemu dan bersahabat sejak penghujung tahun 1990, iaitu sewaktu kami melangkah masuk ke tingkatan 1. Kehidupan selama 5 tahun di asrama membuatkan ikatan persahabatan kami terjalin erat dan Alhamdulillah kekal sehingga hari ini.
Selesai gotong-royong dan mesyuarat terakhir, masing-masing beransur tidur sekitar pukul 1.30 pagi. Esok paginya masih ada kerja-kerja akhir yang perlu dibuat sebelum pendaftaran bermula pada pukul 11.30 pagi. Tugasan saya juga lebih berat pada hari berlangsungnya reunion kerana saya dan seorang lagi sahabat ditugaskan sebagai AJK Makanan.
Semua AJK rasa berdebar, bimbang kalau majlis reunion tidak berjalan lancar atau ada kekurangan yang ketara. Mungkin begini rasanya kalau kahwinkan anak, gurau seorang sahabat. Cuma tentunya majlis reunion lebih mudah sebab kami ada barisan AJK, berbahagi tugas dan saling membantu.
Bagaimana suasana pada hari reunion? InsyaAllah di entri seterusnya. Bukan mudah nak mengarang dan memilih lambakan foto untuk diabadikan sebagai catatan blog.
tengok gambar2 nipun dh terasa lemeriahannya
ReplyDeleteBerkenan la vespa kuning tu!
ReplyDeleteSelamat ber'reunion'
ReplyDeletebestnya, kak ana pun ada kisah RU nak share Ujie, belum siap lagi editing gambar hehe :)
ReplyDeleteMenariknya....idea kreatif
ReplyDeleteSaya juga terarah kepada vespa kuning..nostalgia
Meriah sungguh nampaknya reunion puan ni. Seronokkan berkumpul semula dgn kawan-kawan sekolah.
ReplyDeletemeriahnya kak nampak macam kenduri kahwin
ReplyDeleteBuat kerja sama2 lekas siap kan :)
ReplyDeleteSeronok pulak mcm buat aktiviti merewang pun ada. Cantik betul beg cenderahati tu, pandai AJK yg memilih hihi
ReplyDeleteByknya gift!! meriah sgt ni... tak sabar nk tgu next entri... share pengisian pgrm pulak kak.. hihihihi
ReplyDeleteseronoknya kak, mesti macam-macam diborakkan bila lama dah tak jumpa
ReplyDeletesonoknyaaaa reunion. byknya gift!
ReplyDeleteSekolah di Sekolah Agama Labu ya?
ReplyDeleteBagus tersusun ada pembahagian tugas.
Ya NA, SMAP Labu.
Deletecantik kaler tema...sweeettt...hadiah pun byk..
ReplyDeleteBunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu..
Wah berpantun Nohas 😀
Deleteex-SMAP labu ke tu?
ReplyDeleteammi penah gi situ sbb masuk pertandingan khat
Ya Ammi.
DeleteWah...pandai Ammi tulis khat 👍
Seronoknya buat persiapan majlis bak kata akak macam nak sambut pengantin. best tu bau lavender dan ros bercampur aroma daun pandan bunga rampai. Ohh ingatkan apa tadi labu, rupanya sekolah kat labu.
ReplyDeleteCantik pilihan warna tema.. Semoga smeuanya berjalan lancar.. Aamiin..
ReplyDelete