Tuesday, 15 November 2022

Hasil Menyertai Acara Larian Maya

Hasil menyertai acara larian maya (virtual run) pada bulan lepas (jemput baca entri Misi Menyempurnakan Larian Maya di Empangan Mengkuang), dapatlah saya e-sijil yang diberi melalui e-mel dan pingat serta t-shirt yang dihantar melalui pos.

IKMAL Virtual Run 2022
Pingat perak untuk peserta yang tamat larian 5 km dan 10 km.

IKMAL Virtual Run 2022
Saya ambil acara 5 km je. Walaupun mengidam pingat emas (acara 21 km), tapi pingat perak pun memadai untuk penyertaan kali pertama. Eh, ada penyertaan seterusnya? Setakat ni tak ada, sebab minat saya lebih kepada menikmati suasana hutan. Ah, alasan je kan…padahal memang tak rajin 🤭

IKMAL Virtual Run 2022
T-shirt muslimah. Sedap material baju ni, lembut dan sejuk dipakai.

IKMAL Virtual Run 2022
Bahagian depan baju ada tulisan khat singkatan nama sekolah dan di bahagian bahu ada lencana sekolah.

Kalau bukan kerana acara anjuran alumni sekolah, entah bila saya akan mula menyertai acara larian begini 😅. Disebabkan itu juga, barulah saya tahu gunakan aplikasi Strava.

Saya dan kawan-kawan perempuan sama batch yang menyertai acara larian ini turut mewujudkan grup WhatsApp untuk saling memberi semangat. Memang seronok bila masing-masing berkongsi kegigihan dalam menyempurnakan larian. Terutamanya bagi kawan-kawan yang memilih acara 21 km, asalkan ada peluang berjalan kaki je terus record di Strava.

Alhamdulillah…hasil menyertai acara larian maya, saya bukan saja dapat pingat dan baju malah dapat pengalaman baru dan mengeratkan hubungan sesama kawan-kawan sekolah.




20 comments:

  1. bagus prog2 mcm ni, tambah seronok bila ada geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Walau terpaksa bersenam, tapi seronok..

      Delete
  2. boleh jadikan semangat untuk next acara ni kak...saya belum kental nak sertai acara larian huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun bukan wajib berlari, akak banyak berjalan je pun 😄

      Delete
  3. Wah.Tahniah Uji!
    Semoga semangat Uji dan rakan-rakan akan bertempias kepada saya..
    Saya sedang mendidik hati dan jiwa untuk berolahraga demi kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga kita sama2 bersemangat, ya...demi kesihatan.

      Delete
  4. Warna jersey pun ala ala warna hutan tu kak. hihi..apa apa pun tahniah. Tak kisah berapa kilometer sekalipun. Janji ada semangat kesukanan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza.
      Hehe..itulah, 5 km pun jadiklah!

      Delete
  5. Tahniah dapat pingat perak.
    T-shirt itu cantik.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. saya tak pernah sertai acara begini. belum terbuka hati. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sib baik ada geng, Sal.
      aida lari2 jugak, ujie. tapi x brani nak join run gini.
      lari2 suka2 aje.

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Cantik pingat dan baju tu..
    Paing best bila ada group support.. Saling memberikan semangat supaya berjaya mencapai sasaran larian yang dipilih..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****