Monday 14 November 2022

Mencuba Kunafa, Manisan Dari Negara Timur Tengah

Kalau sebelum ini saya dah mencuba makan Pani Puri. Malam seterusnya di Kampung Baru, KL saya beli pula Kunafa atau Kanafeh. Sejenis manisan dari negara Timur Tengah. Bukanlah teringin sangat, tapi dah ada yang menjual maka kita beli jelah untuk merasa.

Kunafa Kanafeh Kampung Baru Kuala Lumpur
Saya beli Kunafa di sebuah gerai yang terletak di Jalan Raja Muda Musa. Penjualnya bukan warga tempatan. Ada dua pilihan Kunafa - biasa/original dan cheese. Kunafa dijual dalam bentuk potongan empat segi. Manakala dalam bekas lain tu kalau tak silap pemahaman saya, namanya Baklava.

Harga Kunafa biasa RM12 sepotong dan Kunafa cheese RM15 sepotong. Baklava bersaiz kecil dijual RM12 untuk 6 biji. Disebabkan terasa agak mahal dan tak pernah makan (bimbang tak kena selera), kita beli satu jelah iaitu Kunafa cheese.

Kunafa Kanafeh Kampung Baru Kuala Lumpur
Kunafa Cheese RM15 sepotong.
Beli dan bawa balik makan di bilik hotel. Bahagian atas tu yang ada cheese. Atas sekali ditabur dengan kekacang. Entah kacang apa.

Kunafa Kanafeh Kampung Baru Kuala Lumpur
Apa rasanya? Saya tak tahu nak terangkan, tapi kira sedaplah sebab boleh habis dimakan. Cuma bahagian yang ada cheese dah mengeras, jadi kurang rasa nikmatnya. Kalau di rumah, boleh panaskan di microwave sebelum makan. Kunafa ni kalau makan sikit, ok je tak terasa manis. Tapi bila makan suapan demi suapan, terasa manisnya. Mungkin lebih sedap dimakan secara santai sambil menghirup kopi atau teh panas.

Cukuplah merasa sekali. Seperti Pani Puri, Kunafa juga nampaknya bukanlah makanan yang saya nak mengulang beli. Tetapi tak menolak untuk makan jika ada di depan mata. Hehe…




23 comments:

  1. Biasanya kunafah ditabur dengan kacang pistachio pada bahagian atasnya.

    ReplyDelete
  2. selalunya depa tabur kacang pistachio....belum try kunafa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taburan kacangnya sikit je, tak sempat deria nak menikmati rasa pistachio 😄

      Delete
  3. Sy belum pernah rasa kunafa tapi baklava sy pernah makan di tanah suci, tekak boleh terima. Cuma, cukup setakat 1-2 ketul saja. Manis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul manislah kalau gitu, PH cuma mampu makan seketul dua je.

      Delete
  4. Hihihi...
    Dah merasa kunafa yer Uji...
    Yang ditabur tu kacang pistachio tu..
    Kalau saya diberi pilihan ..saya lagi suka bakhlava..
    Tapi tu la manisan Timur Tengah ni boleh tahan harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau jumpa orang jual, saya nak cuba baklava lah pulak 😀

      Delete
  5. Ada hendak beli tapi yang asli habis tinggal yang keju. Tidak jadi beli sebab hendak rasa yang asli.
    Belum ada rezeki cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli yang cheese sebab nampak yang tu lebih laris orang beli. Tapi silap keputusan, dah sejuk...keras la cheese tu. Lebih baik beli yang asli je 😅

      Delete
  6. rasanya kacang pistachio tu kak, sebab macam baklava mereka suka guna kacang pistacio sebagai bahan utama. Dana pernah rasa la dulu- dulu kongsi dengan kawan masa makan di kedai arab, tak berapa suka sebab manissss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni mula-mula makan tak manis sangat, lepas tu rasa...manisnya! 😄

      Delete
  7. saya rasa teringin nak cuba bila kunafa duk lalu lalang viral di facebook,tapi bila dah ada depan mata tak berani pula risau tak kena dengan tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada geng nak makan sama, bolehlah cuba merasa sorang sikit. Taklah membazir kalau tak kena tekak. Maklumlah...harganya boleh tahan 😅

      Delete
  8. Replies
    1. Manis sebab manisan kan..hehe. Tapi kalau makan sesuap dua, ok lagi manisnya.

      Delete
  9. tak reti mkn ni he hew tak tau kenapa.. ari tu ank ada beli jga. Skrg byk dijual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...cubalah sesuap. Buat rasa-rasa je ciknur.

      Delete
  10. Belum pernah cuba lagi. Tapi teringin sangat nak cuba sebab ramai yang kata sedap. Biasanya bukan makanan kita ni harganya memang mahal. Nanti nak cari jugalah buat rasa rasa. Kalau manis sangat memang tak mampu nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan sorang sepotong ni, memang jenuh gak sebab manis. Kena kongsi, atau makan sikit-sikit.

      Delete
  11. Kunafa ni sedap makan on the spot. Garu kepala bila ada yang minta sebagai buah tangan dari Turki.

    ReplyDelete
  12. terliur tgk yg org share ada cheese teratrik222 tp tula kena panaskan....tk pernh try lg kunafa ni

    ReplyDelete
  13. Belum berjaya lagi untuk dicuba.. Sha risau manis je walaupun teringin nak rasa.. kikiki..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****