Wednesday, 23 November 2022

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Tamu Hotel & Suite yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ini dimiliki oleh usahawan Muslim. Sebab itulah saya dan encik suami berhasrat nak mencuba penginapan di sini. Alhamdulillah kami berpeluang menginap di sini selama beberapa malam atas urusan kerja encik suami.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Bilik penginapan kami - Standard Room. Bilik dengan keluasan yang cukup selesa. Dilengkapi dengan meja kerja, peti sejuk mini, sejadah dan kelengkapan menggosok pakaian (iron & iron board). Ini foto zoom-out, itu yang nampak katil terlampau lebar.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Sebelah katil itulah bilik air. Dipisahkan dengan dinding dan sliding door kayu.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Luas, bersih dan selesa bilik airnya.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Dalam laci di meja kerja turut disediakan buku surah Yasin dan al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, satu usaha yang baik - memudahkan tetamu Muslim dan juga sebagai satu dakwah kepada yang belum Muslim.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pemandangan dari bilik penginapan kami di aras 19 - kawasan Kampung Baru dan tiga mercu tanda KL iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dan menara Merdeka 118. Kalau nak bilik dengan pemandangan yang betul-betul menghadap KLCC, boleh ambil Deluxe Room.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Eh…boleh nampak tingkap bilik sebelah.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Dari sudut ini, tak nampak KLCC.
Jom kita jalan-jalan tengok swimming pool yang terletak di aras 14. Walaupun dibuka hanya sehingga pukul 7 malam, tetapi masa kami datang (selepas pukul 7 malam) pintu masih terbuka. Selain kami, ada beberapa orang tetamu hotel yang sedang sibuk memotret di sana sini. Jadinya tidaklah segan saya nak memotret pemandangan malam di sini yang cukup menarik.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Di sini barulah nampak KLCC.
Swimming pool di sini luas dengan bentuk seakan U. Ada notis makluman sebahagian kawasan untuk lelaki dan sebahagian lagi untuk perempuan., tapi tak ada pemisah. Terdapat juga kolam untuk kanak-kanak di bahagian hujung.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Infinity pool
Infinity pool dengan berlatarkan panorama KLCC. Macam seronok kalau dapat berendam di sudut sini kan? Eh, macam seram jugak bila tengok hujung kolam begitu. Yelah, dah konsep infinity pool memanglah begitu reka bentuknya. Tapi tak perlu risau pun, tentunya dah dibina dengan ciri-ciri keselamatan.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Antara makanan pilihan saya pada hari pertama bersarapan.
Ruang makan bagi bufet sarapan pagi terletak di aras 27. Bukanlah aras tertinggi di bangunan hotel ini, tetapi masih menyajikan keindahan panorama kota Kuala Lumpur. Makanan yang disajikan juga memenuhi selera saya. Terdapat banyak pilihan makanan, tak terasa bosan walaupun makan di sini selama 3 hari berturut-turut. Sudahlah banyak pilihan, sedap pula semuanya. Memang berbaloi ambil pakej penginapan berserta sarapan pagi di Tamu Hotel ni.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuashati menginap di Tamu Hotel ni. Bilik penginapan berkeadaan baik, bersih dan cukup selesa. Tiada pengalaman yang tak seronok sepanjang kami menginap 3 malam di bilik bernombor 1912.

Satu lagi kelebihan menginap di sini, kita boleh berjalan kaki untuk ke Masjid Kampung Baru dan untuk menjamu selera di sekitar Kampung Baru (terutamanya di Jalan Raja Muda Musa yang terkenal sebagai ‘syurga makanan’).

Kalau pun mahu mencari kekurangan Tamu Hotel, satu-satunya kekurangan di sini adalah berkenaan ruangan parkir bertingkatnya. Selain terdapat sudut membelok untuk naik ke tingkat atas yang kecil dan kurang selamat, ruang parkirnya juga tak banyak bagi setiap aras dan keluasan ruang parkir yang berbeza. Nasib tak baik, terpaksa parkir di ruang yang kecil. Memang susah payah nak parkir kereta dan nak keluar semula. 







25 comments:

  1. menarik kak..kalau ke KL nanti boleh la cuba menginap di sini
    mcm saya yang bawa anak nak cari hotel memang akan tengok pool dulu best atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba Afzan. View di pool memang sangat menarik.

      Delete
  2. wahhhhh cantik sangat viewnya kak, patut la menjadi tumpuan ramai. Biliknya pun cantik, bestla kalau banyak pilihan makanan masa sarapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan dan sedap pulak tu. Semangat hari2 nak turun sarapan..haha

      Delete
  3. cantik biliknya...pernah di event di sini, mmg parking dia payah sikit, sempit lak tu...
    byk kali jg terima panggilan promosi tinggal di hotel ni...mungkin nak try jg one fine day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...saya yang dok sebelah driver pun seram, sempit sangat. Bimbang tergesel tembok/kereta orang.

      Kalau ada promo harga menarik, boleh try tu Nohas.

      Delete
  4. View di kolam renang tu malam2 amatlah breathtaking!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...itu yang masing-masing datang untuk berfoto.

      Delete
  5. ooh ada swimming pool jugak erk ., ohsem gambar klcc tuhh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun bukan top floor, tapi boleh nampak view KLCC.

      Delete
  6. bestnya! saya pantang tengok hotel ada pool best ni.boleh cuba lah. ala, part parking tu tak best lak. takpe, suruh member yang cekap drive tolong park. haha

    ReplyDelete
  7. Bestnya.. Pemandangan pun menarik..

    ReplyDelete
  8. Setaraf hotel antarabangsa deko dan perkhidmatan disediakan.
    Kedudukan strategik pula dapat tengok 3 bangunan pencakar langit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamu Hotel ni bertaraf 4 bintang, tak dapat 5 bintang katanya sebab tak ada fasiliti yang kontroversi. Saya agak mungkin sebab tak ada arak.

      Delete
  9. tq sebab review. glamer jugak hotel ni. kerap dgr.
    cuma tu la, famili aida di KL itu yg membataskan langkah nak dok hotel sekitar KL :)
    but, sesekali stay hotel di KL, dgn pemandangan yg cantik gitu, confirm best in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul, sesekali dok hotel pun ok jugak. Tukar suasana.

      Delete
  10. saya pernah datang kampung baru lepastu tercengang taktahu nak makan apa walaupun orang cakap syurga makanan. hahaha

    ReplyDelete
  11. Wah..menarik..
    Kadang terfikir juga nak staycation kat KL ni...hihihi

    ReplyDelete
  12. Saya sebenarnya kerap stay di Hotel Tamu ni (wp saya duduk kat Sempadan Selangor-KL je). Tapi bila saya ambil gambar, semua buruk. Heheheh. Tak berbakat betul. Hotel yang paling muslim friendly dan rasa macam sangat selesa la. Biasa saya stay sini kalau nak bawak anak2 mandi kolam. Kalau ambil bilik Deluxe pun tak semestinya dapat view menghadap KLCC. Saya ambil Deluxe, selalu dapat view Masjid Kg Baru. Tapi saya okay je. Boleh nampak suami saya yg jalan kaki pergi masjid. Siap boleh lambai.

    Part kolam renang tu, wp dah banyak kali pergi, tak perasan pulak ada tulis section perempuan dan lelaki tu. Teruk sungguh teknik observation saya.

    Breakfast tu, setuju. Kena dengan selera walaupun kalau nak bandingkan dengan 5 star hotel lain pilihannya tidak sebanyak mana, tapi cukup la. Berapa banyak pun kita nak sumbat dalam perut kita kan? Hotel Tamu ni, bertaraf 4 star hanya sebab dia tak serve arak. Kalau ikutkan standard , dah meet la specification utk dpt 5 star hotel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...ingatkan Deluxe semua ngadap KLCC, pasal masa kami nak check in staf kaunter tanya kalau nak view KLCC ambik Deluxe. Hehe

      Haa..betul, standard 5 star.

      Delete
  13. Sesekali nak juga stay di Hotel KL. Bagus hotel muslim friendly ni. View tu sangat mahal. Seronok memerhati luar tingkap.

    ReplyDelete
  14. Hotelnya dah cukup cantik dan menarik tapi bila saya baca bab parkir tu seram pula.. Bukan muda nak parkir kalau ruangnya kecil..ngeri dibayangkan.. hehehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****