Sunday, 13 November 2022

5 Malam di KL dan 1 Malam di NS

Malam semalam (Sabtu malam Ahad), saya dan encik suami selamat kembali ke rumah PP yang telah ditinggalkan hampir seminggu lamanya. Tinggalkan rumah pada hari Ahad lepas dan kembali semula pada hari Sabtu.

Selama 5 malam kami menginap di Tamu Hotel & Suites di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini bukanlah kali pertama saya ikut encik suami ‘berkampung’ di satu-satu tempat. Cuma kadang tu bertangguh untuk catat di blog sehingga akhirnya rasa malas nak menulis. Padahal perlu juga kita mencatat sebagai satu memori dan rujukan sendiri pada masa akan datang. Maklumlah, ingatan semakin berusia semakin lemah.

Foto di atas - saya sedang memerhatikan encik suami (memakai beg galas belakang) pergi kerja dari tingkap bilik hotel di aras 19. Foto di atas merupakan hasil 10x zoom in dan kemudian saya edit sedikit supaya lebih jelas.

Seawal pagi hari Jumaat kami bergerak keluar dari KL menuju ke rumah kami di NS. Kali terakhir kami menjenguk rumah NS sekitar 3 bulan lalu. Kali ni kebetulan encik suami ada urusan di kawasan berhampiran, bolehlah kami tidur 1 malam di rumah sendiri. Sempatlah saya membersihkan rumah dan memeriksa sebarang kerosakan. Prosedur biasa bila balik rumah NS - hidupkan peti ais, hidupkan lampu & kipas di setiap ruang, buka paip air & flush tandas dan vaccum & mop lantai.

Dah dekat tengah hari baru teringat nak tanya jiran yang biasa menjual pes ayam bakar, kalau-kalau ada simpan stok. Stok tak ada, tapi boleh buatkan. Alhamdulillah…terus saya memesan 4 bekas pes ayam bakar. Beli banyak buat stok, entah bila nak balik lagi. Kebetulan jiran ada buat pes nasi goreng dan cili kisar, haruslah saya beli juga. Benda boleh mudah, buat apa nak susah 😁

Petangnya jiran datang hantar pes. Terus saya simpan di bahagian sejuk beku. Mudahlah nak dibawa melalui perjalanan jauh ke rumah PP.

Pagi hari Sabtu kami bergerak ke rumah PP. Singgah juga di Bangi, Shah Alam dan Kuala Kangsar atas beberapa hal. Masa di Bangi ok lagi tak hujan. Bila tiba di Shah Alam langit gelap dan hujan mulai turun. Selepas tu kami menempuh perjalanan ke utara dalam hujan yang kadangkala sangat lebat. Mulut tak henti berzikir memohon perlindungan Allah. Di samping tu mata terpukau dengan keindahan alam yang terbentang di depan mata.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah PP sekitar pukul 10 malam. Dengan mata mengantuk dan badan letih, kena bawa barang-barang dari parkir ke tingkat atas. Encik suami siap turun naik sekali lagi untuk bawa naik barang kami. Beginilah bila tinggal di rumah tinggi, tabah sajalah 😅




24 comments:

  1. Cantik teknik mengambil gambar.

    ReplyDelete
  2. rumah tinggi ada lif takpe, wak penah dok rumah flat tingkat 4 naik tangga tau camana pengalamannya bawa barang2 ., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lif ni pun dah terasa susah, apa lagi kalau kena naik tangga sampai tingkat 4 😰

      Delete
  3. Selamat berehat2... Alhamdulillah perjalanan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semalam 1 hari untuk rehat2 je. Letih 😅

      Delete
  4. Sama sini hujan sampai ke pagi esok. Lebat juga.
    Hehe sempat borong pes cili kisar, ayam bakar dan nasi goreng.
    Betul senang sekarang di pasaraya pun jual pes macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pes ayam bakar jiran saya buat ni kena dengan citarasa saya, jarang putus stok kecuali lama tak dapat balik rumah NS. Itu yang terus borong bila sesekali balik 😀

      Delete
  5. Pernah berkursus di tamu hotel kg baru tu.. best kat sini... di luar syurga mknn... di hotel pun sama.... sampaikan kitorang keluar pegi shopping abis kursus pastu mlm rushing balik sbb nk mkn buffet dinner di hotel.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..setuju dengan Mim. Akak sempat rasa breakfast, memang banyak pilihan dan semua yang akak dah cuba memang kena dengan citarasa. Makan pulak di aras 27, menarik pemandangannya.

      Delete
  6. dah selamat sampai PP ye kak alhamdulillah yang membaca ni turut rasa penatnya jauh perjalanannya tu

    ReplyDelete
  7. bestnya akak berkampung di kampung baru, tapi itulah kl skrg ni tiap petang dan malam hujan, nak berjalan sana sini agak terbatas la jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kami tak dapat keluar setiap malam pun...hujan. Petang dah mula hujan.

      Delete
    2. dekat Kl sekarang setiap lewat petang mesti hujan, sekarang malam pun hujan jenis yang meleret sampai ke tengah malam hujannya.

      Delete
  8. coretan perjalanan untuk kengan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat mencoret banyak, sikit pun jadiklah kan...ada jugak kenangan.

      Delete
  9. Saya setuju, ada benda senang, baik kita gunakan. Pes kan ada.. Hehe..
    Sama kita. Bila suami bawa kereta hujan lebat, mulut tak henti zikir, doa... moga selamat sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zikir tulah yang dapat kawal rasa berdebar dalam hati kita ni.

      Delete
  10. Jelas dan cantik foto 10X zoom itu.

    ReplyDelete
  11. Wah...seminggu bercuti ...seronoknya..
    Selamat kembali ke PP...

    ReplyDelete
  12. Seronok juga dapat mengikut kesana sini kak. Dapat berjalan luas pemandangan. Cantik gambar gambar tangkapan akak :)

    ReplyDelete
  13. setuju kat part benda senang ada, buat apa nak susah. anggaplah kita bantu kawan meniaga, bukan sebab malas buat sendiri. hihi

    ReplyDelete
  14. Tak pernah tak memukau bidikan akak.. Suka sangat Sha melihat setiap gambar yang akak sertakan disetiap entry..
    Setuju dengan akak, benda boleh mudah kenapa perlu susah.. kiki25

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****