Thursday 10 November 2022

Mencuba Pani Puri Makanan Masyarakat India

Nama makanan Pani Puri agak asing bagi saya. Mungkin sebab saya jarang menonton cerita Hindi atau Tamil. Sehinggalah baru-baru ni ramai pula yang kongsikan Pani Puri buatan Muslim di media sosial. Jadinya terus saya membeli bila nampak ada sebuah gerai kecil yang menjual Pani Puri di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, KL. Boleh baca di entri Kebakaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pani Puri
Pani Puri Original
Ada dua pilihan Pani Puri yang dijual - original dan yogurt. Saya beli original dengan harga RM10. Kalau yogurt harganya RM12.

Dalam set Pani Puri Original ni diberikan 10 biji puri (yang macam bola kecil tu), kentang lenyek (dalam bekas empat segi), sebungkus muruku halus (saya tak pasti nama sebenar, bila dimakan rasa macam muruku) dan 3 jenis kuah/sos.

Pani Puri
Menurut penjual Pani Puri, cara makannya - pecahkan puri menggunakan belakang sudu untuk buat lubang, masukkan kentang lenyek dan muruku ke dalam puri, kemudian siramkan dengan 3 jenis kuah/sos. Untuk menikmatinya, kita kena makan terus sebiji tu. Barulah boleh rasa campuran bahan-bahan tadi.

Pani Puri
Tak tahulah kena letak banyak mana, saya letak je ikut suka.

Pani Puri
Kena masuk mulut sebiji ni tau. Tapi sebiji je saya masuk terus ke mulut. Yang lain tu saya gigit dua tiga kali jugalah. Macam penuh je mulut nak kena makan sebiji ada macam-macam isi 😅

Jadinya, apa rasa Pani Puri ni? Sedap ke? Sedaplah juga sebab ada rasa rangup yang terhasil daripada puri dan muruku. Juga campuran rasa masam pedas kuah/sos. Boleh dimakan dan dinikmati, tapi bukan kategori makanan yang saya akan mengulang beli. Lagi pula terasa leceh, nak makan kena letak itu ini. Terserlah pemalasnya ya 🤭






17 comments:

  1. itulah kak, dana tengok lain tempat lain juga kuah sos nya, mcm akak sampai 3 jenis sos, dana aritu ada 2 jenis sos je. Itulah sedap jugak sebab rangup n pelbagai rasa cuma itulah leceh nak makannya hahahha

    ReplyDelete
  2. Sama kita. Nak makan, malas nak buat banyak kerja dulu. Hehe.. kena ada mulut yang besar untuk makan pani puri ni. :D

    ReplyDelete
  3. hai sis..new follower hihi..anyway kalau sy sdiri xtaw leh masuk ke x tuh haha..

    ReplyDelete
  4. kalau sy sejenis yg sukar mencuba mknn yg sy x biasa mkn kak... kalau teringinnnnn sangat br nk cuba.. kalau x, sy tgk je lah walaupun org viral sana sini.. cthnya mcm kunafa... sy x teringin lg nk cuba walaupun kunafa mmg tgh trending jugaklah 2-3 bulan ni

    ReplyDelete
  5. teringin nak merasa tapi disini belum jumpa orang yang jual

    ReplyDelete
  6. ada nmpk org jual di festival makanan, tak tergerak hati nak beli..mungkin lepas ni nak try jg..inshaaAllah..

    ReplyDelete
  7. Macam lain bahan yang saya makan tiada maruku halus dan kentang lenyek.
    Rasa boleh tahan tapi betul macam leceh sedikit penyediaannya.

    ReplyDelete
  8. Saya pernah beli juga.¹st time beli kena yang mahal ( dan jujurnya tak sedap.Ingatkan memang rasa macam tu..
    Sekali ada kawan ofis beli tempat lain lebih kurang macam Uji beli ni..Sedap la...
    Pastu terus suka.Lagipun sebab Muslim yang buat..hihihi

    ReplyDelete
  9. Teringat filem Laal Singh Chadda, makanan ni mereka panggil golgappas.

    ReplyDelete
  10. Dalam filem nampak selalu orang makan on the spot di kedai. Saya pun tak pernah cuba

    ReplyDelete
  11. tgh viral panipuri tp tu lah tekak sy blm dpt cuba lagi hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau sudah mencuba, tahulag apa rasanya kan. Kalau tak mencuba, tak tahu sedap tidaknya pada tekak kita.

    ReplyDelete
  13. Dah lama teringin makan pani puri ni. Tengok orang makan macam sedap je. Tak tahulah tekak sendiri macamana. Tapi itulah belum ada rezeki merasa lagi. Kadang nak cuba makanan India ni terbayang food street yang orang share di media sosial tu. huhu...ghisauuu...

    ReplyDelete
  14. Sha biasanampak orang jual pani puri ini tapi tak berapa berani untuk mencuba seba tak pasti bahannya.. Bila akak terangkan yang kuning tu kentang lenyek baru macam rasa teringin nak cuba.. kikiki.. Tapi leceh juga nak kenaketuk, masukkan bahan, siram kuah bagai.. kikiki..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****