Wednesday, 20 April 2022

Kali Pertama ke Bazar Ramadan di Pulau Pinang

SABTU | 16.04.2022

Setelah hampir dua tahun menetap di PP, akhirnya saya berkesempatan juga ke bazar Ramadan di sini. Sebelum ni bukanlah tak berkesempatan dari segi masa, tapi lebih kepada malas nak keluar bersesak sewaktu berpuasa. Tapi kali ni saya mengalah juga selepas encik suami pujuk paksa. Katanya, jomlah kita tengok-tengok tempat orang. Maka dengan rasa malas, saya menurut jugalah. Kami bersiap-siap dan keluar selepas solat Asar.

Ingatkan nak pergi bazar berhampiran rumah, rupanya encik suami kata nak bawa ke bazar di belah pulau. Memikirkan lokasi agak jauh dan mungkin tak sempat berbuka di rumah, saya bawa bekal sebotol air dan bekas makanan bersama.


BAZAR RAMADAN & PASAR MALAM BAYAN LEPAS
Perjalanan pada awalnya agak lancar walaupun kenderaan agak banyak di Jambatan Kedua PP. Cuma masalahnya bila dah sampai ke tapak bazar, keadaan sesak di sepanjang jalan dan tak jumpa tempat parkir. Alhamduillah selepas berpusing dua kali di kawasan tersebut, dapat jugalah parkir yang sesuai dan selamat.

BAZAR RAMADAN & PASAR MALAM BAYAN LEPAS
Rupa-rupanya, bukan saja ada Bazar Ramadan. Pada hari Sabtu ada Pasar Malam di sini. Bahagian depan ni Pasar Malam dan bahagian belakang bersambung dengan Bazar Ramadan. Bagus juga, saya pun belum pernah ke Pasar Malam di sebelah pulau ni.

Masa kami sampai ni sekitar pukul 6.30 petang. Pengunjung masih ramai dan keadaan sesak. Ada beberapa gerai dah pun habis jualan. Kami bergerak sehingga ke gerai hujung untuk melihat-lihat dan ada juga yang kami terus membeli bila nampak barang jualan tinggal sedikit.

Putu Mayam, tapi di sini dikenali sebagai Putu Mayong @ Mayong. Nampak menarik dan masih panas berasap, kami beli 5 keping/RM3. Lain kali kalau ke sini bolehlah beli lagi, sedap Putu Mayam buatan dari gerai ni.

Ni gerai terakhir kami membeli (walaupun kedudukannya di depan sekali - bahagian Pasar Malam). Selaku penggemar cucur, haruslah saya mencuba. Rupa macam cucur udang, tapi tak ada udang pun dalamnya. Dan saya memang tak suka makan udang, sesuai sangatlah gitu. Nampak orang lain membeli cucur dan telur rebus (yang digoreng). Bila tiba giliran kami, tinggal cucur saja. Cucur siap dipotong dan disertakan bersama sebungkus kuah kacang. Rasanya? Sedap! Cucur rangup di luar dan lembut di dalam, kuah kacangnya pun menepati selera saya.

Selain tu ada beberapa juadah lain yang kami beli. Tapi nampaknya kurang menepati citarasa. Pun begitu tetap juga habis dimakan sebab tak mau membazir rezeki.


BERBUKA DI BAWAH JAMBATAN KEDUA PP
Jadinya, kami berbuka di mana? Di sebabkan tak begitu mahir dengan selok-belok di sini, kami cuma terfikir lokasi di bawah Jambatan Kedua PP. Kami tahu tempat ni pun sebab sebelum ni selalu saja tersesat jalan, nak naik Jambatan Kedua tapi termasuk susur kiri menuju ke bawah jambatan.

Bila sampai, terkejut juga rupanya ramai orang turut berbuka puasa di sini. Ingatkan di padang-padang saja orang berbuka secara ‘bersepah-sepah’. Kami nak parkir kereta pun tak ada tempat. Jadinya terpaksa double parking tapi masih di kedudukan yang selamat. Eh, kemudiannya baru perasan bahawa tempat ni ada notis ‘Kawasan Larangan’ 😅. Yang dilarang itulah yang ramai berkumpul ya.

Sampai ke hujung sana orang parkir dan ramai yang berbuka puasa di tepi-tepi jalan. Kami pula berbuka puasa dengan duduk di bahagian boot kereta sahaja. Lebih sesuai dan mudah. Kami makan sekadarnya, kemudian segera beredar untuk menunaikan solat maghrib dan kembali ke rumah. Sampai rumah barulah sambung makan.

Seronok juga makan di tempat terbuka begini dengan pemandangan lautan dan Jambatan Kedua PP yang cantik dengan cahaya lampu. Sesekali merasa, bolehlah. Saya lebih selesa berbuka di rumah sendiri, senang nak ke tandas dan solat Maghrib.


17 comments:

  1. SA teringin jugak berbuka di tempat terbuka macam ni tapi fikir Mak Pah tu x leh berlama-lama terus x jadi..

    ReplyDelete
  2. sesekali thrill gini best gak..
    ammi belum jejak bazar Ramadhan lagi

    ReplyDelete
  3. wah meriah nyaaaaa!!! Bawah jambatan tu meriah juga ye hehehe... tempat yg sama orang melepak memlm tgk bunga api tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak pasal tengok bunga api tu. Belum biasa kat sini 😁

      Delete
  4. Rasa pengalaman berbuka di bahagian depan kereta.
    Betul selesa berbuka di rumah.
    Belum berkesempatan ke bazar. Lagipun tidak tahu makanan menepati citarasa atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan depan, tapi bahagian belakang kereta.
      Kalau ikut saya, beli di pasar malam lebih menepati citarasa. Mungkin sebab penjual dah mahir masak makanan tu.

      Delete
  5. jauh juga tu kak Ujie cari bazar. nasib baik ada juga menu yang menepati citarasa. mungkin digazette sebagai tempat larangan atas faktor keselamatan

    ReplyDelete
  6. best juga berbuka sepah2 cam tu kan?

    ReplyDelete
  7. Sesekali feel suasana berbuka kat luar macam ni pun best jugak. Rezeki jugak dapat beli makanan yang menepati selera. Tak rugi ikut walaupun dipaksarela :)

    ReplyDelete
  8. Alhmdllh meriah kembali puasa kali ni dgn bazar2..

    ReplyDelete
  9. alhamdfulillah meriah bazar bayan lepas. nina pun tak ke sana lg. hanya pi area jelutong dan gelugor. tempat larangan la yg selalu org suka sgt lepak. hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****