Lokasi terakhir untuk aktiviti santai malam di KL, kita ke Dataran Merdeka. Berbeza dengan Bangunan Sultan Abdul Samad yang lebih tenang kerana tak begitu ramai pengunjung, di Dataran Merdeka suasana begitu meriah dengan pengunjung dan aktivitinya.
Kebetulan semasa berada di Bangunan Sultan Abdul Samad, saya nampak dua buah bas KL City of Lights yang sedang berhenti di Dataran Merdeka. Jadinya dapatlah saya merakam foto di atas. Perkhidmatan bas ini disediakan bagi mereka yang nak melawat tempat-tempat menarik yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur pada waktu malam. Bayaran sebanyak RM35 (dewasa / pemegang MyKad). Tempoh lawatan bermula pada pukul 8 - 10 malam. Nak info lanjut? Baca DI SINI.
Saya sebenarnya tak pasti sama ada pernah ke Dataran Merdeka atau tidak. Tapi rasanya pernah ke sini sewaktu lawatan sekolah menengah, hampir 30 tahun yang lalu.
Suasana malam di sini sangat meriah. Di padang ada yang bermain belon buih, ada yang bermain alat permainan yang dibaling ke udara (saya tak tau nak sebut apa) dan ada yang duduk-duduk santai beralaskan tikar. Di laluan pejalan kaki pula agak sibuk dengan pengunjung yang bermain basikal/skuter elektrik yang di sewa, para penjual yang menolak troli barang jualan dan pengunjung yang berjalan santai memerhati sekitar.
Pemandangan indah waktu malam berlatarkan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Setelah beberapa kali percubaan merakam foto, dapatlah foto di atas yang paling kurang orang. Seronok juga memerhati gelagat pengunjung di sini. Rata-rata pengunjung adalah orang muda, kami dah umur acik-acik ni takdelah nak sewa basikal/skuter, datang ambil pengalaman suasana di sini saja cukuplah. Perempuan berbaju hitam dan bertudung putih tu penjual belon buih, seronok kami perhatikan belon buih yang dihasilkannya.
Cantik belon-belon buih ni, tambahan pula dengan berlatarkan bangunan bercahaya oren merah.
Semasa kami ke sini belum lagi bulan puasa, sekarang ni pada bulan puasa khabarnya Dataran Merdeka dipenuhi pengunjung berbuka puasa. Bukan saja di Dataran Merdeka, pengunjung turut memenuhi kawasan sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad untuk berbuka puasa. Sekarang ni semacam jadi trend orang-orang berbuka puasa di kawasan lapang, tambahan pula dah dua tahun terakhir ni kita berpuasa dalam situasi ‘berkurung’.
Sekitar pukul 10 lebih, kami beredar dari Dataran Merdeka. Melintasi jalan dan kembali menyusuri laluan pejalan kaki untuk ke stesen LRT Masjid Jamek. Naik tren dan sampai di KL Sentral sudah pun melepasi pukul 10.30 malam. Keadaan lengang dan laluan pintas berbumbung ke hotel penginapan pun sudah di kunci. Terpaksalah ikut laluan yang jauh sedikit dan perlu melintas jalan, juga meredah gerimis yang baru saja turun. Alhamdulillah selamat sampai ke bilik hotel.
Paparan video berdurasi 1:06 minit kemeriahan suasana di Dataran Merdeka.
Serononya hidup di kota raya ek
ReplyDeleteMungkin seronok, tapi saya lebih suka hidup jauh dari kota raya 😀
Deletebanyak kali lalu sini waktu malam..tapi malas nak singgah...hehe....
ReplyDeleteNormal tu, sebab bukan orang luar, kira tempat sendiri kan.. 😀
DeleteSalam kenal. Cantik2 gambar ibu kota waktu malam. Meriah jugak Dataran Merdeka malam Ramadan. Kalau naik bas dua tingkat tu, beli tiket dekat mana?
ReplyDeleteSalam kenal 😊
DeleteNi cerita sebelum Ramadan. Berkenaan bas, boleh klik link di beri untuk info lanjut.
bermain alat permainan yang dibaling ke udara= bermain Frisbee ke?
ReplyDeleteTengok gambar boleh rasa kemeriahan di dataran.
Dah lama tak berjalan ke kotaraya di waktu malam..ntahlah semakin lewat usia semakin malas pulak nak berjalan. tapi kesian pulak kat anak-anak yang tengah membesar ni kan.. kadang-kadang dorang bukan mintak kita belanja benda mahal pun..sekadar "keluar dari rumah" je
ReplyDeletelamanya tak datang ke sini. pernah naik bas HoHo tu siang sahaja. rinduunya zaman kerja opis. malam-malam balik naik bas layan view KL sebelum sampai rumah
ReplyDeleteMeriah betul waktu malam di KL, ramai orang. Banyak aktiviti kat sini. Sesekali tu bolehlah kan, nak feel suasana KL :)
ReplyDeletelamanya tak lepak di sini.. meriah bila tiba waktu malam
ReplyDelete