SABTU | 28 RAMADAN 1443 H
Orang sibuk balik raya, saya masih sibuk memenuhi janji temu dengan doktor gigi dan juga beberapa urusan lain yang perlu dilakukan sebelum bergerak balik kampung.
Gambar bilik x-ray di klinik gigi. Tapi semalam untuk buat crown gigi tak perlu buat x-ray pun. |
Seawal pukul 10 pagi saya ada janji temu dengan doktor gigi untuk buat crown gigi. Sepanjang Ramadan ni saja, dah tiga kali saya ke klinik gigi. Sebelum ni untuk buat Root Canal Treatment (RCT) pada gigi geraham, Alhamdulillah dah selesai. Insya Allah akan saya catatkan di blog mengenai RCT ni.
Selesai hal gigi, terus pergi ke Kompleks Bukit Jambul. Encik suami nak buat alteration pada seluarnya. Meriah sungguh dalam kompleks ni. Memandangkan kami pun tak pernah lagi sampai ke sini, sementara menunggu tukang jahit siapkan seluar kami pun naik dari satu tingkat ke satu tingkat untuk melihat-lihat.
Antara tempat jualan yang menjadi tumpuan - emas Korea. Saya sebenarnya tak tahu pun emas apa, bila datang dekat baru nampak tulisan ‘emas Korea’. Murah rupanya, saya ternampak harga cincin RM10 je. Patutlah jadi tumpuan ramai. Saya pulak memang tak minat pakai barang kemas, jadinya taklah tertarik nak membelek emas di sini.
Satu lagi catatan memori - 30 April merupakan hari terakhir penguatkuasaan check-in di aplikasi MySejahtera. Check-in saya yang terakhir di klinik gigi. Sepatutnya di Kompleks Bukit Jambul, tapi aplikasi saya bermasalah pulak - tak boleh nak scan.
Semalam juga buat pertama kali saya bertemu empat mata dengan blogger Diana Rashid. Rumahnya taklah begitu jauh dari rumah saya, tapi itulah - dah dekat dua tahun berpindah ke PP ni barulah dapat bersua muka. Teruja dan segan juga bila pertama kali nak berjumpa dengan sahabat maya ni. Kami jumpa sekejap je di depan rumahnya, saya hulurkan sedikit pemberian sempena Hari Raya dan sebagai salam perkenalan di alam nyata. Yelah, sebelum ni kan cuma kenal di alam maya…hehe.
AHAD | 29 RAMADAN 1443 H
Seperti yang telah dirancang, hari ini kami mula bergerak untuk balik kampung kami di Johor dan akan singgah bermalam di rumah kami di NS terlebih dahulu. Jadinya taklah terasa penat sangat berbanding melakukan perjalanan tanpa henti dari utara ke selatan.
Seperti yang dijangka, perjalanan dari PP lancar dengan sesekali kenderaan bergerak perlahan bila hujan turun di beberapa tempat. Manakala di laluan bertentangan (arah ke utara), kenderaan bergerak perlahan.
Kami keluar di tol Putra Mahkota. Tertera bayaran 0 sewaktu kenderaan kami melalui plaza tol. Alhamdulillah, dapatlah merasa tol percuma sebelum ianya berakhir 11.59 malam nanti.
Seterusnya, misi mencari makanan untuk berbuka dan bersahur. Kami menuju ke bazar Ramadan di BSP. Nampaknya banyak gerai dah pun kosong. Jadinya mana gerai yang ada, memang menjadi tumpuan ramai sampai terpaksa berbaris untuk membeli. Dapatlah kami membeli kuih Tepung Pelita dan Samosa di bazar Ramadan.
Kemudian kami ke restoran Wong Solo di bangunan berhampiran. Beli dua bungkus set nasi dengan ayam/ikan. Eh, belum cukup lagi tu. Pergi pula ke Mc Donalds untuk membeli burger bagi bersahur esok pagi. Selesai semua barulah menuju ke rumah NS melalui jalan ke Nilai 3.
EH, ESOK RAYA!
Sedang saya berehat melepas lelah sambil melayan perbualan bersama kawan-kawan di grup WhatsApp, tiba-tiba kawan maklumkan yang esok adalah hari raya. Eh??
Tidaklah begitu mengejutkan kerana kita pun dah terima khabar yang viral di grup WhatsApp dan medium media sosial lainnya sebelum ini. Tetapi tetap jualah ada sedikit rasa terkejut kerana jangkaan hari raya jatuh pada hari Selasa.
Nampaknya esok pagi, juadah raya kami adalah burger Mc Donalds 😂. Takpe, yang penting kita raya dengan menghidupkan amalan sunnah di Aidilfitri - seperti bertakbir, mandi sunat, memakai pakaian terbaik dan menunaikan solat sunat hari raya. Insya Allah selepas solat raya di sini barulah kami bergerak ke Johor. Segala perancangan raya bersama adik-beradik adalah tetap sama, kiranya esok kami sampai dan masak-masak raya.
Seperti raya dua tahun lalu, nampaknya raya kali ini juga ada kisah dan cabarannya tersendiri. Semuanya adalah ketentuan dari Allah Yang Maha Berkuasa dan ianya akan menjadi warna-warni hidup kita. Kisah hari ini akan menjadi satu sejarah dan memori indah pada masa akan datang.
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER!
Mohon maaf jika ada penulisan atau komen saya yang tidak disenangi.
Selamat Hari Raya, Ujie..maaf zahir & batin...walau dimana kita berada, hari raya tetapi disambut dengan penuh syukur..
ReplyDeleteselamat hari raya.
ReplyDeleteselamat hari raya :)
ReplyDeleteeh..ni port outing masa belajar di USM dulu. hehe. balik Johor tak jem ke jalan kak Ujie? Raya tiba-tiba yang penuh kenangan pahit manis
ReplyDeleteOoh…student USM rupanya.
DeleteMau tak jem…balik 1 Syawal 😂
tak apalah. dapat tol free. rezeki tu
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri
ReplyDeleteMaaf Zahir dan Batin
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Ujie sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeletemaaf zahir batin
Selamat Hari Raya puan ujie :)
ReplyDeleteTerkejut tapi meriah rayanya alhamdulillah.
Buat crown gigi berapa ongkosnya kak. Okay jugaklah tu dapat settlekan hal gigi dulu sebelum balik raya. Syukur jugak dapat berehat kata rumah NS dulu sebelum lanjut ke Selatan. Jauh perjalanannya tu. Raya kali ni apa yang ada je dapat dijamu pagi raya. Yang penting rayanya meriah tahun ni walaupun serba kelam kabut dan terkejut.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kak :)
Kos crown gigi akak seribu lebih. Ya, memang harap dapat buat sebelum balik raya. Syukur ada orang cancel appointment, bolehlah akak ambik slot dia.
ReplyDelete