Judul : DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Jejak Tarbiah
Tahun terbit : 2020
Jumlah halaman : 392
Buku ketiga dalam siri Travelog Tarbiah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini membawakan kisah rakaman peristiwa penulis semasa di London, Belfast, Galway dan seluruh pelosok United Kingdom pada era 90-an. Di dalam buku ini, penulis turut mendedahkan secara jujur kisah kehidupan beliau sewaktu melalui titik-titik terendah kehidupan. Memetik kata-kata penulis pada bahagian Mukadimah : Menulis Kelemahan untuk Mencari Kekuatan :
“Kita pada hari ini adalah hasil adunan hitam dan putih semalam. Pahit dan manis, suka dan suka, kejayaan dan kegagalan”.
Jika tak membaca naskhah Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu ini, saya langsung tak pernah mengetahui bahawa penulis pernah melalui detik mendebarkan menjadi tahanan penjara di Greenock, Scotland. Juga bagaimana penulis menghadapi pertuduhan jahat sehingga pihak penaja menggantung biasiswa beliau sewaktu menuntut di Jordan. Membacanya saja membuat saya turut merasa debaran dan tekanan.
Dan kisah-kisah lain yang membuatkan saya menyedari bahawa pengalaman-pengalaman sukar dan mencabar itulah yang telah menjadikan siapa penulis pada masa sekarang. Kita selalu melihat kejayaan atau indahnya hidup seseorang, tapi kita mungkin tak pernah ambil tahu perjalanan hidup yang bagaimana telah dilaluinya untuk mencapai apa yang dimilikinya pada hari ini.
Seperkara lagi, di dalam naskhah ini turut terselit dua bab penulisan oleh tunang (selepas itu menjadi isteri) penulis yang menguatkan lagi kisah yang disampaikan.
Pelbagai pengalaman penulis sewaktu memegang jawatan Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Northern Ireland sangat menarik dan mengandungi banyak pengajaran juga pencerahan berkenaan satu-satu isu. Antara yang menarik, kisah Laura yang akhirnya memeluk Islam setelah mendengar ceramah paderi di gereja. Paderi memberitahu kepadanya bahawa keseluruhan inti ceramah tersebut sebenarnya diambil daripada al-Quran! Ini kerana tiada keterangan sebaik keterangan al-Quran tentang topik yang dibawa (hubungan ibu & anak dari kandungan hingga penyusuan dan kepentingan menyusukan anak).
Antara petikan menarik di dalam naskhah ini :
- Keperluan anak-anak untuk didengari adalah sama seperti keperluan mereka kepada makan dan minum. Jika mereka asyik diarahkan mendengar arahan kita tanpa pernah kita berikan peluang untuk pandangan mereka didengar, kita hanya akan menebalkan tembok pemisah. (bab Jangan Mangsakan Anak Muridku)
- Roh kita asalnya “dekat” dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal-usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semula ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah. (bab Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya)
- Jangan berlebih-lebihan dalam perdebatan. Jangan berkelakuan fajir dalam pertengkaran. Ketika jawapan dianggap alasan, penjelasan dianggap menegak benang yang basah, diamlah, biarpun diam dianggap kalah. (bab Dalam Menyemai Islam, Jangan Nifak Yang Subur)
- Marilah wahai wanita yang berjiwa tinggi, muliakan dirimu dengan dirimu yang sebenar. Dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaamu, hati budimu, yang semua itu hasil daripada imanmu. Didiklah manusia disekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu. Lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini adalah pada melihat kehidupan daripada pandangan Pencipta kehidupan. (bab Cantik : Perhambaan Moden Yang Menyeronokkan)
- Kita tidak perlu terlalu terburu-buru mahu mengislamkan sesiapa, sebaliknya harus banyak menumpukan perhatian kepada menerangkan tentang Islam secara baik kepada mereka yang mencari. Tumpuan kepada berhujah dan berdakwah untuk menyebarkan kebaikan serta kebenaran adalah lebih sejahtera daripada usaha mengislamkan non-Muslim secara tergesa-gesa, seolah-olah urusan itu demi kepentingan kita, dan bukannya dia, dan Allah. (bab Ke Gereja Untuk Ke Masjid)
- Apa sahaja perbuatan yang tidak dapat dijustifikasikan motifnya secara positif pada neraca agama, adalah lagha (sia-sia). Menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha itu adalah salah satu daripada jalan penting untuk seorang insan beriman mengecap kejayaan di dunia dan di akhirat. (bab Jangan Bakar Buku)
- Apa yang utama ialah mati itu tiba dalam keadaan dirimu Muslim. Biar mati di tanah dagang, biar mati di bumi orang, asalkan mati sebagai Muslim, cara mati yang dibentuk oleh cara hidup. Hiduplah dengan mendampingi Islam, agar matimu sebagai Muslim, biar terasing di hujung bumi. (bab Di bumi Mana Kematianmu?)
- Penjagaan alam sekitar mesti diterima sebagai sebahagian daripada dakwah dan jihad di jalan Allah. Lebih kuat iman, kuatlah kita menjaga alam sekitar. (bab Alam Tercemar Apabila Iman Tercalar)
- Isteri susah menghargai kebaikan suami. Suami pula sering melupakan kebaikan isteri. Majikan tidak peduli kebaikan pekerja. Pekerja pula asyik mencari kesalahan majikan. Sebab itulah bekerja kerana manusia itu susah. Mahu jasa kita disebut-sebut itu sulit. Kerana itulah, pegang sahaja slogan “God is my CEO”. Buat kerja, biar jadi ibadah. Itu sahaja justifikasinya. (bab Penutup : Di mana Sahaja Kaki Ini Berdiri).
Sambil membaca, sesekali saya merujuk peta di aplikasi Google Maps untuk melihat kedudukan tempat-tempat yang dinyatakan dalam buku ini. Pembacaan jadi lebih seronok bila kita tahu lokasi yang diceritakan (sebab belum pernah sampai, tahu dengan melihat peta pun memadai). Dan barulah saya tahu bahawa Northern Ireland bukanlah sebahagian dari Ireland walaupun berada di kepulauan yang sama.
Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu, sebuah naskhah travelog yang sangat menarik dibaca. Sarat dengan pengajaran juga panduan buat kita. Bacaan sesuai untuk semua, terutamanya orang muda supaya dapat meluaskan pemikiran menerusi perjalanan pengalaman penulis.
“Setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu. Setiap hari kamu dikunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai kerenah. Bukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu. Andai kamu menutup pintu, kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin kehilangan segala-galanya,” - Jalaluddin ar-Rumi.
.
boleh cari buku ni..macam best ja bila kak ujie review..thank you kak..
ReplyDeleteLeeya boleh beli kat Shopee - Jejak Tarbiah. Sekarang ada baucer diskaun RM10 Semarak Membaca :)
Deletesarat dengan nasihat & pengalaman yg boleh kita jadikan teladan..
ReplyDeleteTerasa seronok dan puas membaca.
DeleteMenarik sungguh isi buku ini Ujie.
ReplyDeleteSeakan-akan terikut membacanya pula!
😀
DeleteTak pernah baca lagi buku Travelog.
ReplyDeleteBoleh cuba, dapat ikut mengembara tanpa keluar rumah.
DeleteSaya ada juga tulisan Saudara Hasrizal juga tapi cerita tentang jodoh dan cabaran perkahwinan. Hehe lama juga cetakannya.
ReplyDeleteRupanya ada juga cerita cabarannya di Northern Island.
Sisi pandang lain kehidupannya yang lalu.
Buku Aku Terima Nikahnya ya? Saya tau judul, tapi belum pernah baca.
DeleteOrang yang hebat, kebiasaannya pernah diuji dengan hebat juga. seronok membaca travelog, terasa dibawa sekali melihat tempat dan budaya orang. sangat suka point nombor dua.
ReplyDeleteShamrock memang ikon negara Ireland. saya tahu ada 2 Ireland pula melalui bola sepak. hehe
Patutlah akak tak tau, tak layan bola sepak 😁
DeleteSY suka baca tulisan Ustaz Hasrizal...
ReplyDeleteCuma sudah lama tidak mendengar khabar beliau. Mungkin juga sy sudah hilang jejak beliau :(
Boleh follow beliau di ig : iamhasrizal. Sekarang beliau menetap di Ireland.
DeleteMenarik juga cover yg simple macam ni...
ReplyDeleteCukup memberi gambaran isi buku.
DeleteUlasan yang cukup menarik.
ReplyDeleteCantik cover buku yang simple dengan warna yang rare. Dalam pun cantik ada kaki muka surat bergambar.
ReplyDelete