Kisah beberapa hari menjelang Ramadan, saya dan encik suami mengambil kesempatan berjalan-jalan melihat suasana malam di Kuala Lumpur. Sebenarnya, kami taklah begitu rajin untuk keluar di malam hari. Tapi memandangkan lokasi hotel penginapan dekat je dengan KL Sentral (mudah nak ke mana-mana) dan kami belum pernah berjalan-jalan di KL pada waktu malam, maka kami gigihkan diri jugalah. Kita ambil pengalaman baru, cipta memori baru.
Jadinya, ke mana kita? Dengan menaiki tren dari KL Sentral dan turun di stesen LRT Masjid Jamek, kita kemudiannya perlu berjalan kaki sedikit untuk tiba ke destinasi. Tak biasa dengan KL? Kita guna je aplikasi Google Maps dan pilih mod navigasi. Dengan pilihan mod navigasi berjalan kaki, sampailah kami berdua ke tempat dituju. Ada 3 tarikan utama untuk kita bersantai di sekitar kawasan ini - River of Life, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka. Masjid Jamek pun menarik juga, tapi bukan dalam destinasi bersantai malam kali ini. Insya Allah ada kesempatan teringin juga nak menunaikan solat tarawih di Masjid Jamek.
Dalam entri kali ini, saya kongsikan suasana malam di River of Life.
‘RIVER OF LIFE’ KUALA LUMPUR
[info] Projek Sungai Nadi Kehidupan atau lebih dikenali sebagai River of Life merupakan satu usaha untuk memelihara dan memulihara sungai menerusi program transformasi Sungai Gombak dan Sungai Klang sepanjang sepanjang 110 km kepada ikon waterfront yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024. (Sumber : wilayahku.com.my)
Pemandangan dari atas jambatan, di bawahnya merupakan aliran Sungai Gombak. Orang agak ramai di atas jambatan ni, masing-masing sibuk berfoto berlatarkan sungai ber’warna biru’. Di sebelah kiri terletaknya Masjid Jamek dan di sebelah kanan terletaknya Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka. Selepas ni kita akan ke laluan pejalan kaki River of Life yang terletak di sebelah kanan. Nak ke jambatan ni? Boleh buat carian di Google Maps ‘The Bridge @ River of Life’.
Laluan pejalan kaki River of Life. Pengunjung berjalan kaki menyusuri sungai sambil menikmati keindahan malam di sini dan pertunjukan air pancut (dalam gambar, di sebelah kiri). Suasana begitu ‘hidup’ dengan limpahan lampu dan alunan muzik yang bertukar ganti. Memang terasa begitu santai berada di sini.
Kolam Biru (Blue Pool), River of Life - berada pada kedudukan pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Pemandangan ‘tarian’ air pancut dan limpahan lampu biru dengan berlatarkan bangunan Masjid Jamek, Menara Berkembar Petronas dan Menara KL, menghasilkan satu panorama yang cukup memukau pandangan.
Pertunjukan air pancut bermula pada pukul 9.15 malam sehingga 11 malam dengan tema berbeza mengikut muzik yang dimainkan. Semasa saya sampai di sini, pertunjukan air pancut baru bermula dengan alunan zikir Asma’ul Husna. Cantik sungguh. Masya Allah!
Pandangan mata saya bukan saja leka memerhati ‘tarian’ air pancut tadi, malah turut terpukau dengan keindahan bangunan Menara KL yang bertukar-tukar warna.
Jom tengok keindahan sekitar River of Life dan ‘tarian’ air pancut di Kolam Biru dalam paparan video berdurasi 43 saat. Rakaman video tanpa tripod, pegang guna tangan je memang tak stabil. Tapi bolehlah simpan sebagai memori untuk diri sendiri.
Kalau nak dapatkan pemandangan pertemuan dua sungai, boleh ke jambatan satu lagi iatu Masjid Jamek Lookout Point @ River of Life. Tak jauh sangat pun, cuma masa ke sini kami tak tahu info ni. Jadinya tak terus berjalan ke depan lagi.
Selesai di sungai, kita ke bangunan bersejarah pula. Insya Allah catatannya pada entri akan datang.
Lamanya tidak singgah Masjid Jamek.
ReplyDeleteBetul kalau sudah menginap berhampiran tempat-tempat menarik, eloklah berjalan. Seronok berjalan sebenarnya.
Nak mula berjalan tu macam malas juga, bila dah sampai tempatnya baru rasa seronok 😀
DeleteMenarik ni puan...
ReplyDeletePernah lalu hari tu tapi susah nak park kereta, jadi hanya nampak dari jauh.
Saya nampak ramai juga yang kena halau dengan penguatkuasa sebab parking di tepi jalan utama. Tak taulah mana kawasan parking sebenarnya, tak nampak pun.
Deletecantik gambar kak Ujie ambil. rasanya tidak pernah sampai ke sini waktu malam. biasalah kan, orang dekat memang selalu lambat
ReplyDelete😆 kann..orang dekat tu yang susah nak sampai.
DeleteKita ni kenangkan jauh, tu gigih jugaklah keluar malam naik tren bagai.
ooh, wak penah smpi sini dulu.. tunggu nk maghrib ada tarian cahaya lampu
ReplyDeleteRasanya saya tengok pertama kali kat blog wak lah. Ada gambar gerak2, gif tu 😀
Deletewah.... teringin juga nak jenjalan memalam kat area tu tp mls btul nak kluar ke sana haahha... satu hari kena smapai juga laaa...
ReplyDeleteOrang dekat memang tak sampai, kena konon2 jadi orang jauh, baru gigih sampai 😄
Deletehaha. sama je kak Ret dengan saya.
Deleteseronoknya jalan² area tu malam²... kami ni kalau ke kl mmg suka stay area jln tar tp jarang nk berjalan malam di area situ... 2 thn dh x fly ke kl ni... huhuhu
ReplyDeletetk pernh smp lg..slalu juga tgk kwn2 share..cantik viewnya
ReplyDeleteBest kan kalau dapat jenjalan memalam area KL ni...
ReplyDeleteBestt ni, tgk lampu2
ReplyDeletetak pernah lagi gi area ni waktu malam...hihi...cantik view..
ReplyDeleteCantik permandangan suasana malam KL penuh dengan lampur warna warni. Alang alang dah KL tu kenalah jalan jalan kan. One day nak jugak menginap di KL, explore KL waktu malam.
ReplyDelete