Sunday, 3 April 2022

1 Ramadan 1443 H | Tahun Kedua Berpuasa di Negeri Kedua Terkecil di Malaysia


Simpan gambar 1 Ramadan 1443 H untuk kenangan akan datang. Sayang sekali kedudukan bulan (penyeri gambar) tak kelihatan dari balkoni rumah saya pagi tadi.

Alhamdulillah, saya dan kita semua diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. Ramadan sememangnya bulan yang berbeza dan istimewa. Bulan untuk kita kembali berlatih melakukan perkara baik, bercakap yang baik, berfikir yang baik, makan secara baik dan banyak lagi. Lumrah manusia, bukanlah tak tahu tapi kita mudah lupa dan lalai. Adanya Ramadan, sana sini orang ‘mempromosikan’ perkara baik - ajakan bersedekah, ajakan mentadabbur ayat-ayat Allah, ajakan solat berjemaah dan seterusnya. Tinggal saja hati kita lembut untuk menurut atau kekal keras (moga kita terhindar daripada hati yang keras). Peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya. Kadang memang perlu menulis untuk mendidik diri. 

Ramadan kali ini juga merupakan tahun kedua saya dan encik suami berpuasa di Pulau Pinang (PP). Mungkin yang terakhir atau mungkin akan ada tahun-tahun berikutnya, masih belum ada kepastian. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk perjalanan hidup kami.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan buat semua sahabat blog! Moga Ramadan kali ni kita mampu melakukan yang lebih baik dari segala segi (kita tentu tau apa kekurangan kita pada Ramadan lalu). 




23 comments:

  1. Selamat menyambut bulan Ramadan, Ujie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Ramadan untuk Nohas juga.

      Delete
  2. Amin.
    Selamat berpuasa.
    Sana puasa bagaimana pada hari pertama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sini pagi tadi mendung, petang hujan lebat. Puasa dengan selesalah org sini 😀

      Delete
  3. Salam ramadhan buat kak ujie dan keluarga..
    semoga ramadhan kali ni membawa 1001 kebaikan buat kite semua..
    amin..amin..amin..

    ReplyDelete
  4. Salam ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan & selamat berpuasa untuk wak juga.

      Delete
  5. salam ramadhan kak, orang kata pulau pinang negeri syurga makanan mesti meriah kalau ke bazar ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Dana.
      InsyaAllah nanti nak jugak cuba ke bazar Ramadan sini.

      Delete
  6. Selamat berpuasa buat puan Ujie sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Semoga Ramadan ini menjadi Ramadan yang lebih baik untuk kita. Selamat berpuasa kak

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan, selamat berpuasa untuk kak Ujie sekeluarga!

    ReplyDelete
  9. Selamat berpuasa buat Ujie sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. selamat berpuasa kak ujie. dah lama syu tak berpuasa di penang..

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa kak. Lambat saya datang sini. Dah separuh Ramadan baru dapat singgah. Cantik suasana malam dari view balkoni rumah akak.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****