Friday, 1 April 2022

COVID-19 | Fasa Peralihan ke Endemik & Status Vaksinasi

Setelah lebih dua tahun sejak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada hari Rabu 18 Mac 2020, bermula hari ini Jumaat 1 April 2022 negara kita mula beralih ke ‘Fasa Peralihan ke Endemik’.

én.dé.mik] | اينديميک

Definisi : (éndémik) penyakit yg sentiasa terdapat pd orang atau daerah tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Berikut adalah perkara-perkara penting dalam Fasa Peralihan ke Endemik yang perlu kita ambil maklum :

COVID-19 | Fasa Peralihan ke Endemik & Status Vaksinasi
Fasa Peralihan ke Endemik


COVID-19 | Fasa Peralihan ke Endemik & Status Vaksinasi
Status vaksinasi di aplikasi MySejahtera bagi 18 tahun & ke atas.

InsyaAllah pada setiap kesulitan pasti ada jalan keluar. Biar pun dalam hal Covid-19 ini, jalan keluarnya terasa panjang dan meninggalkan parut luka yang dalam bagi ramai orang. Dan sehingga kini kita masih belum pun benar-benar keluar dari cengkaman Covid-19, tetapi kita sedang berusaha semampunya untuk kekal bertahan dalam ‘perjuangan’ ini.

Satu perkara yang perlu kita faham dan ingat,  Fasa Peralihan ke Endemik adalah fasa persediaan kita untuk menerima Covid-19 sebagai endemik. Setelah pelbagai usaha sewajarnya dilakukan selama dua tahun terakhir, tibalah masa untuk kita kembali meneruskan hidup seperti biasa dan menerima Covid-19 sebagai endemik. Terus kekalkan amalan penjagaan diri untuk mengelakkan wabak - memakai pelitup muka di tempat sesak / kawasan bertutup dan elak bersentuhan. Walau pun mungkin kesan Covid-19 bagi yang telah divaksin tidak teruk, tetapi ramai juga yang mengalami gejala berterusan (long covid) selepas pulih daripada jangkitan.


————————————————————
Hari ini juga mencatatkan peristiwa gembira buat adik ipar saya sekeluarga dan tentunya kami sebagai ahli keluarga turut merasa gembira. Setelah lebih kurang 9 tahun berpindah ke Sabah, hari ini mereka sekeluarga meninggalkan bumi Sabah untuk kembali menetap di Semenanjung. Alhamdulillah. Semoga Allah beri rezeki untuk adik saya sekeluarga di Sarawak pula untuk dapat kembali menetap di sini. Pastinya ada hikmah dalam setiap aturan Allah.




14 comments:

  1. bsnysk kelonggaran tapi suasana Covid nampaknya masih belum pulih, kena berjaga-jaga..

    Alhamdulillah, berita gembira utk keluarga Ujie..

    ReplyDelete
  2. Harap-harap lepas endemik, covid boleh hilang selepas itu.
    Alhamdulillah. Adik di Sabah dapat pulang ke semenanjung untuk selama-lamanya.
    Adik-saya di di NZ dan Brunei tidak tahulah bila pulang ke Malaysia untuk selama-lamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh adik2 NA duduk. InsyaAllah ada la aturan terbaik dari Allah.

      Delete
  3. siapa yang belum dapat dos penggalak jadi tak lengkap ya... memacam ye kak...
    selamat berpuasa ahad ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk yang ambik Sinovac jelah, kalau tak ambik dos penggalak status jadi 'tidak lengkap vaksin'.

      Selamat berpuasa Dana.

      Delete
    2. kesian pulak pada yang dapat vaksins sinovac tu kak...

      Delete
  4. Semoga covid terus lenyap dari muka bumi ini.

    ReplyDelete
  5. Endemik! Uncle lah orang yang paling suka!

    ReplyDelete
  6. semoga kita dapat kembali pulihkan ekonomi dan status kesihatan. walaupun tak ramai, masih ada lagi yang bergelut dengan sakit Covid19 ni

    ReplyDelete
  7. dah lengkap vaksin! Semoga raya tahun ni boleh beraya dengan meriah

    ReplyDelete
  8. Semoga yang baik-baik sahaja.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. Dah masuk fasa endemik ni harap tak ada yang leka dengan SOP. Alhamdulillah tumpang gembira buat mereka. Dapat kembali ke semenanjung.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****