Wednesday 24 November 2021

Kuih Serabai dan Nasi Lemuni

Hari Sabtu lalu, saya dan suami jalan-jalan cari sarapan di bahagian pulau. Berpagian kami menyeberangi Jambatan Pulau Pinang menuju ke Astaka Tun Sardon, Gelugor. Kalau buat carian internet, Astaka Tun Sardon merupakan antara tempat makan yang disyorkan jika kita berada di PP. Di sini terdapat banyak pilihan gerai makanan. Antara makanan yang disyorkan adalah kuih Serabai dan Nasi Lemuni. Apa tu? Saya pun baru pertama kali mengenali kedua-dua jenis makanan ni.

Kuih Serabai
Inilah kuih Serabai. Diperbuat daripada tepung beras. Lembut macam makan apam. Dimakan bersama kuah gula melaka yang agak pekat, rasanya lemak manis. Harga kuih ni RM1 satu. Kalau nak beli kuih Serabai ni eloklah datang awal pagi, sebab kalau lambat agak panjang berbaris. Kami sampai sekitar pukul 8 pagi, Alhamdulillah tak perlu berbaris panjang.

Saya tunjuk gambar kuih ni pada Mak. Mak kata zaman dulu di kampung panggil kuih Serabi. Ooh…ada juga kuih ni di Johor rupanya 😅. Nampaknya ni kategori kuih tradisional yang jarang dibuat dan dijual orang.

Nasi Lemuni
Nasi Lemuni, dibungkus sama seperti Nasi Lemak. Begitu juga pilihan lauknya sama seperti kita makan Nasi Lemak. Bezanya, warna dan rasa nasi. Nasi Lemuni berwarna gelap. Ia dimasak menggunakan daun herba Lemuni. Berkenaan rasanya, taklah kuat rasa/bau daun Lemuni. Biasa saja dan sedap. Kami beli lagi beberapa bungkus untuk makan di rumah. Harga Nasi Lemuni yang saya makan ni cuma RM1.50, dibeli dari Gerai Fuad Omar.

InsyaAllah lain kali kalau rajin ke sini lagi, bolehlah kami mencuba pilihan makanan yang lain pula. Cuma kalau nak ke sini pada hujung minggu, mesti kena datang awal pagi. Jalan sesak dan susah jugak nak parkir kereta sebab tempat ni berdekatan dengan pasar. Dan kalau datang lewat, berkemungkinan juga makanan yang kita nak dah habis.






_

16 comments:

  1. sedapnya Ujie dua-dua ni payah nak jumpa dah sekarang ni kat area kediaman kak ana :)

    ReplyDelete
  2. Seumur hidup tak pernah makan nasi lemuni. Apam serabai tu pernahlah. Sedap 😋💕.

    ReplyDelete
  3. Dua dua tak pernah makan lagi kak. Nasi lemuni tu pernah dengar juga. Murah juga harganya macam harga nasi lemak. Ingatkan harga dia macam nasi kerabu ke nasi dagang ke. Wajib cuba ni kalau ke Utara.

    ReplyDelete
  4. dua2 pernah makan..suka kuih serabai tapi nasi lemuni kurang sikit..makan kt Nasi 7 Benua kt Penang...tak gemar bau nya..

    ReplyDelete
  5. pestaim wak dgr kuih serabai dan nasi lemuni nih 😅

    ReplyDelete
  6. nasi Lemuni dan kuih serabai pertama kali juga dengar

    nasi Lemuni rupa macam sedap

    ReplyDelete
  7. serabai tu dana pernah makan masa hadiri jemputan kahwin di kedah, sedap sebab kuah manis nya di letak durian kira macam kita makan cicah serawa...

    nasi lemuni tu je dana tak pernah jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedap la gitu...ada isi durian. Ni mula2 pun akak ingat kuah durian/serawa, sebab rupa sama 😀

      Delete
  8. Kuih serabai uncle tak pernah cuba... Tapi nasi lemuni tu pun uncle tak pernah cuba...

    Eh? hahahaha

    ReplyDelete
  9. Kuih serabai pernah cuba tapi nasi lemuni pernah tgk dari jauh je. Rasanya mcm beras nasi dagang ke?

    ReplyDelete
  10. Kuih serabai tu tak pernah jumpa dekat sini..
    Nasi lemuni tu Sha pernah makan sekali dekat Perlis kalau tak silap.. Sedap rasa dia..

    ReplyDelete
  11. Serabai itu tahu makchek ada buat jadi kenal.
    Nasi lemuni rasa tidak pernah makan.

    ReplyDelete
  12. Kuih serabai pernah makan. Nasi lemuni belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  13. kedua dua belum pernah saya ketemu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****