Tuesday 23 November 2021

Bila Dah Lebih 10 Bulan Tak Balik Rumah Sendiri…

KHAMIS | 04.11.2021

Dari rumah mentua di BP, Johor perjalanan diteruskan ke rumah sendiri di NS yang telah lama ditinggalkan.

Sampai je depan rumah, terkejut tengok Money Plant ni jauh menjalar menuju ke arah sliding door ๐Ÿ˜‚. Pada awal September lalu, jiran ada hantar gambar (entri DI SINI). Money Plant ni menjalar ke arah ampaian baju dan jiran pun dah tolong potongkan.

Selain tu, bila dah tinggal lama ni memang berlonggok dedaun kering di depan pintu rumah. Belum lagi sampah tak dikenali pun ada jugak. 

Bila masuk rumah, pun kotor teruk jugak. Lantai dan segala barang berdebu. Dan seperti yang kami jangkakan, memang betul rumah kami terputus bekalan elektrik. Suami cepat-cepat menuju ke dapur melihat peti sejuk. Terus bagitau jangan datang tengok, biar dia urus hal peti sejuk dan saya buat kerja pembersihan yang lainnya. Berjam lamanya suami bersihkan peti sejuk. Saya sendiri turun naik tangga bersihkan rumah tingkat atas dan bawah. Vacuum dan mop lantai berulang kali. Penat sungguh! Jadi bertambah kotor teruk bila ada bumbung yang bocor. Kotor lantai dan rumah berbau tak sedap.

Lewat petangnya, ada jiran datang hantar kuih apam ni. Masih hangat lagi, buatan sendiri. Lembut, sangat sedap! Alhamdulillah, hilang sekejap rasa penat bila dapat makan apam yang tentunya dibuat dengan kasih sayang. Semoga Allah murahkan rezeki jiran saya yang baik hati ni.

Berkenaan bekalan elektrik pula, saya catatkan seperti di bawah untuk rujukan sendiri :
Februari 2021 - bacaan sebenar, penggunaan 31 kWh, caj RM6.76
Mac 2021 - bacaan anggaran (ikut bacaan bulan sebelumnya), sebab - meter rosak.
April dan bulan seterunya - bacaan sebenar, 0 kWh, caj minima RM3.

Selain itu, nombor meter juga sudah berbeza mulai bulan April (kami andaikan TNB ganti meter baru bila mereka dapati meter rosak). Kami rasa sebenarnya bukanlah meter yang rosak, cuma tiada bacaan disebabkan tiada bekalan elektrik. Bekalan elektrik pulak terputus disebabkan petir yang terlampau kuat. Ini memang kerap terjadi selama lebih 6 tahun kami menetap di rumah tersebut. Dah biasa, begitu juga dengan jiran-jiran lain. Kenapa tak Off siap-siap semasa kali terakhir balik NS? Sebab kami tak jangka tiba-tiba tak boleh merentas negeri begitu lama. Sebelumnya, agak kerap balik disebabkan suami ada kerja di KL/Putrajaya.

Balik kali ni kami dah kemas segala makanan yang ada di dapur. Ada yang perlu dibuang dan ada yang kami bawa ke rumah PP. Yang di peti sejuk memang kena buang semuanya. Selepas ni kalau balik rumah NS, setiap kali nak makan kenalah membeli di luar. Ala-ala duduk hotel gitu, tak ada masak-masak.



14 comments:

  1. Itulah kalau putus elektrik. Mungkin tidak boleh guna peti sejuk buat sementara waktu.
    Boleh bayang kepenatan untuk bersihkan rumah lama tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya NA. Mmg tak guna peti sejuk dah lepas ni. Nak off letrik tiap kali tinggal rumah. Serik ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. Replies
    1. Musim hujan pulak aritu, nak berteduh agaknya ๐Ÿ˜…

      Delete
  3. mukin dh berulat ssmua dlm peti sejuk tu dh jadi serangga.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang iya Wak…ada serangga yang masih hidup dan banyak yang mati melekat hitam-hitam dalam tu. Susah nak basuh.

      Delete
  4. Nasib baik pokok yg menjalar... kalau.... Hish! Tak nak sebut lah!

    ReplyDelete
  5. Lama tak balik memang banyak kerja pembersihan nak dibuat tu. Lagi lagi peti ais tu. Penat tu jangan ceritalah. Rezeki dapat jiran baik hantar kuih dan tengok kan rumah.

    ReplyDelete
  6. Mujur pokok money plant yg menjalar ni xpenuh kawasan halaman rumah .

    ReplyDelete
  7. jenuh jg nak kemas & bersihkan...bila dah bersih, baru senang hati..

    sedapnya kuih apam..

    ReplyDelete
  8. Dugaan sungguh nak membersihkan peti ais tu..

    ReplyDelete
  9. wah. subuhlah pokok tu merayau sana sini ye :)
    10 bulan. lama tu.
    sama mcm rumah mak saya di kampung.
    mak abah da dok KL. then PKP. lebih 10 bulan tak balik!
    next month kami adik beradik plan nak balik ramai2 hujung minggu.
    aduhai. seramnya lah kalau2 ada tikus yg mati grrrrr...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****