RABU | 03.11.2021
Taman Botani Johor ni terletak tak jauh dari rumah mentua saya. Dah begitu lama kami tak berkunjung ke sini. Alhamdulillah, nampaknya dah begitu banyak perubahan. Kalau nak tengok rupa Taman Botani Johor ni pada tahun 2013, boleh baca entri saya DI SINI.
Kali ni kami ke sini bersama dua orang anak saudara. Masuk dah agak lewat iaitu sekitar pukul 5.30 petang. Ruangan parkir disediakan di bahagian hadapan taman ini, tak jauh dari pintu masuk utama. Masa kami sampai, tak banyak kereta parkir maksudnya tak begitu ramai pengunjung.
Ok, jom kita jalan-jalan di Taman Botani Johor…
Terdapat dua tasik di sini. Nama diberi - Tasik Bukit Belah dan Tasik Bukit Besi. Dulu tak ada nama-nama gini. Garden Cafe tu nampaknya belum beroperasi.
Ini tasik yang pertama kita jumpa. Terletak di sebelah kanan.
Teruskan berjalan (mendaki jugaklah sebenarnya sebab kawasan ni berbukit), kita akan jumpa tasik yang kedua. Lebih cantik dan menarik dari yang pertama tadi.
Kami teruskan berjalan sehingga tiba di satu sudut, mata terpukau memandang spektrum berwarna yang seolah-olah muncul dari permukaan tasik. Teruja saya dan dua orang anak saudara yang masih kecil dapat melihat pelangi yang begitu indah!
[Info sains] Pelangi akan kelihatan kepada seorang pemerhati apabila matahari berada di belakang dan hujan di hadapannya. Apabila sinar memasuki satu titisan hujan, titisan tersebut bertindak sebagai satu prisma. Dalam situasi kami, matahari petang berada di belakang kami dan titisan dari air pancut berada di hadapan kami. Bila kami beredar ke sudut lain, ‘hilanglah’ pelangi dari pandangan.
Kedudukan gazebo ni menghadap matahari petang, jadinya dari sini tak kelihatan pelangi tadi. Kedudukan gazebo ni juga berada tak jauh dari air pancut, bila berada di sini akan terasa percikan air. Satu lagi yang menarik, bila jenguk ke bawah (tasik) kita dapat melihat kumpulan ikan yang sangat banyak.
Seronok tengok ikan banyak begini. Entah ikan apa, nampaknya sama jenis je semua yang ada di sini.
Laluan pejalan kaki. Bolehlah kita jalan di sini sambil menikmati keindahan tasik dan boleh melihat apa ada di bawah menerusi lubang lantai. Terus ke depan lagi, di sebelah kiri ada jeti.
Eh, ada taman permainan jugak kat sini. Ada beberapa orang kanak-kanak sedang bermain. Kami duduk di sini seketika bagi peluang anak-anak saudara bermain sama. Seronok budak-budak bila jumpa tempat begini.
Penjelajahan diteruskan sehingga ke bahagian hujung jalan. Nampak ada papan tanda ‘Laluan Denai’ di sebelah kiri jalan. Menarik jugak kalau cuba ni, tapi kena mendaki sikit. Memandangkan masing-masing ada bekalan air, bolehlah cuba laluan denai ni. Nampak monyet atas kabel? Memang riuh rendah bunyi monyet, rupanya monyet-monyet ni sedang ada ‘kenduri’ di bahagian luar bangunan tu.
Nasib baik budak dua orang ni gembira je ikut kami 😄. Siap berlari-lari di laluan berbukit begini.
Di Taman Botani ni ada banyak plot tanaman untuk spesis tertentu. Setiap plot ada papan tanda. Sesuai untuk tujuan pembelajaran. Tapi kami datang pun dah lewat petang, tak sempat nak melihat-lihat sangat. Sepanjang kami berjalan di sini, beberapa kali juga terserempak dengan kumpulan monyet. Tapi monyet-monyet ni tak mengganggu, malah cepat-cepat menghilang di balik rimbunan pokok sebaik saja sedar kehadiran kami.
Kami tiba di penghujung jalan, kalau terus lagi dah berpagar. Cantik pemandangan dari sini walaupun bukitnya tidaklah tinggi mana. Selesai bergambar-gambar, kami berpatah balik melalui laluan yang sama. Walaupun sebenarnya belum habis menjelajah kawasan ni, tapi cukuplah untuk hari ini. Sudah hampir waktu Maghrib. Jomlah kita balik.
Pemandangan yang indah.
Dalam perjalanan ke tempat parkir, beberapa kali kami bertemu dengan kumpulan monyet. Rupa-rupanya masing-masing keluar ‘berpesta’ di jalanan bila dah tak ada pengunjung di sini. Berbeza dengan monyet lain yang cepat menghilang di balik pokok, monyet seekor ni tak berganjak dan kekal memerhatikan langkah kami. Seram jugak, Alhamdulillah tak berlaku apa-apa yang buruk.
Kami beredar dari Taman Botani sekitar pukul 6.50 petang. InsyaAllah lepas ni (bila balik kampung) kami akan sering berkunjung ke sini untuk riadah pagi/petang. Lain kali datang terus siap-siap pakai kasut yang bersesuaian, tadi pakai sandal je. Tempat yang cukup cantik dan tenang, rugi tak nikmati kemudahan percuma yang disediakan kerajaan ni.
TAMAN BOTANI JOHOR
Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
Buka setiap hari 7 pagi - 7 petang
Itulah kena datang awal baru puas jalan-jalan.
ReplyDeleteTakut juga kalau monyet/kerana terjah manusia. Nampak berani siap tengok kamera.
dulu wak pon penah smpi tasik sri medan nih, masatu kete leh drive smpi kat tasik, tapi akrg kena Parking luar gate kann mak 😅
ReplyDeleteTu mesti dulu-dulu sangat kan Wak, masa belum jadi Tmn Botani. Saya pernah jugak naik kereta sampai tepi tasik, ikut sepupu suami ada ternak ikan kat tasik tu.
DeleteSekarang parking masih dalam gate, tapi kat belah depan jelah.
Wak pun dah lama berjaman tak berkunjung ke tempat ni
ReplyDeleteNampak banyak perubahannya
wah cantiknya pemandangan!
ReplyDeleteSubhanallah cantiknya kejadian alam. Siap pelangi.. nampak aman dan menenangkan betul
ReplyDeletecantik kak uji...teringin nk pergi johor..mb satu hari nt nk pergi johor jalan2...
ReplyDeletegambar yg ada pelangi tu.... ai jeles!
ReplyDeleteView tempat ni cantik
ReplyDeletecantik pemandangan nya kak... mana-mana pergi mesti ada jumpa cik monyet tu, mesti taman tu tempat bawah jagaan dia hehehe
ReplyDeleteSuasana taman botani indah
ReplyDeleteTak pernah tahu pun Taman Botani Batu Pahat ni. Menarik tempatnya. Seronok bawa budak budak explore kawasan ni. Ada permainan jugak. Ada rasa gayat jugak lalu jambatan boleh nampak bawah macam tu.
ReplyDeleteWah!! Cantik juga taman botaninya..
ReplyDelete