Monday, 29 November 2021

Margaretta Gauthier


Margaretta Gauthier
Judul : MARGARETTA GAUTHIER
Penterjemah : HAMKA
Penerbit : Jejak Tarbiah Publication
Tahun terbit : 2020
Jumlah halaman : 168
Harga : RM25

Lama sungguh saya tak membuat catatan tentang buku yang telah dibaca. Catatan terakhir dibuat pada bulan September lalu. Entah kenapa tiba-tiba saya hilang minat membaca dan terus tak sentuh buku-buku yang ada. Bulan ini saya cuba kembali membaca, saya mulakan dengan bahan bacaan ringan iaitu sebuah novel terjemahan oleh HAMKA.

Pengenalan
Karya asal kisah ini ditulis oleh seorang penulis Perancis bernama Alexander Dumas Junior dengan judul La Dame aux Camelias pada tahun 1848. Seorang sasterawan Mesir, Mustafa Lutfi al-Manfaluti kemudiannya menterjemah dan meringkaskan sedikit karya ini ke bahasa Arab dengan judul al-Dahiyya dan Mudhakkirat Margarit. Daripada naskhah Arab inilah HAMKA menterjemahkannya ke bahasa Indonesia dengan judul Margaretta Gauthier pada tahun 1940. Manakala naskhah yang ada di tangan saya ini merupakan versi terbitan semula oleh penerbit Malaysia dengan diberi nafas baru.

Sinopsis
Novel ini mengisahkan kehidupan seorang perempuan muda bernama Margaretta Gauthier yang hidup dalam kemiskinan sehingga terpaksa menjual kehormatan dirinya demi kelangsungan hidup. Margaretta menjadi perempuan yang tidak percaya kepada cinta lelaki. Pertemuan Margaretta dengan seorang lelaki bernama Armand akhirnya mengubah pandangan hidup Margaretta tentang cinta.

Kebahagiaan Margaretta hidup bersama dengan Armand tidak lama. Margaretta dihadapkan dengan situasi yang memerlukan dia melakukan satu pengorbanan besar. Segala rahsia dan segenap perasaan Margaretta kemudiannya diluahkan menerusi catatan-catatan peringatan yang ditulis khusus buat Armand.

Bagaimanakah kesudahan hidup Margaretta? Berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya?

Margaretta Gauthier

Petikan Novel
1. “…memperbaiki perempuan yang telah rosak itu adalah sebahagian daripada pekerjaan lelaki muliawan. Dan pekerjaan itu jauh lebih suci berbanding sebahagian lelaki muliawan lagi, yang membawa perempuan baik-baik menjadi binasa…”

2. Orang yang menderita di alam ini amatlah banyak. Tetapi yang lebih sengsara ialah orang-orang yang berdukacita tetapi sabar. Yang peri kehidupannya, walau bagaimana pahit dan sakitnya, harus dikuburkan saja di dalam perbendaharaan sukmanya, lalu dikunci pintunya erat-erat. Setelah pintu itu terkunci erat, dia pun maju ke tengah gelanggang orang ramai dengan muka tersenyum, tertawa dan gelak terbahak-bahak, seakan-akan tidak ada yang luka, dan tidak ada yang sakit di sudut jiwanya.

3. Beruntunglah orang-orang yang dapat hidup lama di dunia ini, kemudian mereka mati meninggalkan keturunan yang baik ataupun amalan yang berbakti. Disebabkan amalan itu, mereka seakan-akan hidup kembali di dunia ini lebih lama berbanding masa yang mereka jalani dahulu.

Margaretta Gautheir - kisah tentang cinta, perjuangan hidup dan kemuliaan hati seorang perempuan yang hidupnya di pandang hina oleh masyarakat. Kisah yang menyentuh perasaan dan berjaya membuat saya merasa sebak pada babak tertentu.

Walaupun ia cuma kisah biasa, tetapi ia menjadi indah dengan susunan kata oleh HAMKA. Novel ini juga memberi banyak pengajaran buat pembacanya.


18 comments:

  1. dh lama wak x baca buku novel camni.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Menarik kisahnya. Lagilah kalau HAMKA yang terjemahkan. Mustafa Lutfi al- Manfaluti tu saya kagum dengan hasil terjemahan novel Magdalena dari bahasa Perancis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh rupanya penulis tersebut memang banyak menterjemah buku Perancis ya. Saya tak pernah kenal nama beliau 😅

      Delete
  3. Sedih pengakhirannya. Tidak dapat jumpa ketika ajal. Akhirnya Armand tahu mengapa Margaretta tinggalkan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang mudah tersentuh hati, mau berjurai air mata.

      Delete
  4. Wah...Ujie, saya kagum dengan orang2 yang masih suka membaca di buku....sedangkan kini ramai yang mebaca di 'pc'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak puas baca di skrin. Nak pegang buku jugak 😄

      Delete
  5. Mood membaca ni kalau dia hilang, memang payah nak kejar hehe

    ReplyDelete
  6. Uncle sekarang kalau baca... muka surat 3 dah Zzzzzzz...

    ReplyDelete
  7. apalah agaknya pengorbanan terbesar tu

    ReplyDelete
  8. ilustrasi buku ini...mampak simple tetapi menarik

    ReplyDelete
  9. bila bz dgn tugas x sempat nak baca novel bagai. bila cuti sek minggu dpn, akan usahakan...

    ReplyDelete
  10. Kesian dengan kisah hidup Margaretta. Baru mula nak hidup bahagia, berharap pada manusia yang silap terus kecundang lagi. Apakah pengorbanan besar yang Margaretta buat tu? Penderitaan wanita ni bermacam-macam tapi wanita tetap kuat.

    ReplyDelete
  11. Selamat membaca
    belum baca lagi nonel ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****