Tuesday 16 November 2021

Buah Apa Ni?

Setiap kali balik kampung rumah Mak, saya suka melihat-lihat pokok yang ada di sekitar rumah. Kali ni saya ternampak buah yang tak dikenali.

Buah yang berada dalam gugusan tangkai panjang dengan warna kemerah-merahan.

Ini rupa pokoknya. Tak begitu tinggi, batang kecil je tapi banyak buah.

Bila saya tanya Mak, Mak pun tak tahu apa nama pokok buah ni. Kisahnya, Mak cuma ambil batang pokok ni dari kebun jiran untuk dijadikan pancang pada pokok lain. Tak sangka ia hidup dan membesar sampai keluar buah pulak. Jiran pun tak pasti apa nama pokok ni dan tak pasti sama ada boleh makan atau tidak buahnya.

Dalam gambar ni buahnya belum masak. Warnanya bertukar merah bila sudah masak. Kalau menurut suami saya pulak, seingatnya dia pernah makan buah ni semasa kecil dahulu. Rasanya kelat manis. Suami panggil buah ni sebagai buah bawang, mungkin disebabkan rupanya yang seakan bawang. Tapi itu pun kalau betullah buah yang sama.

Ada sesiapa yang tahu ni pokok buah apa? Teringin jugak nak tahu.

*LIHAT JAWAPANNYA PADA ENTRI DI SINI.

12 comments:

  1. tak pernah nampak...ha'ah..nak tahu jg apa nama buah ni, menarik, mcm buah rambai..

    ReplyDelete
  2. entah.. dag google tapi dikatanya pokok buah rambai..haha

    ReplyDelete
  3. Macam ada rupa buah delima daripada luaran.
    Kena belek betul-betul.

    ReplyDelete
  4. Buah putat,buah muda boleh buat ulam,yang tua keras.pucuk nya juga sama dan ada juga ditambah dalam laksa bersama bawang dan timun.

    ReplyDelete
  5. kalau dah masak warna merah maroon ye kak?
    kalau tak silap dana pernah baca, di panggil pokok ceri terengganu atau ada juga panggil buah rokam...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah nampak buah ni. Tapi, lepas baca komen baru tahu ni buah putat 😊.Selama ni pernah dengar mak sebut jer.Hi3.

    ReplyDelete
  7. sekali tengok memang sebijik macam buah rambai tapi bila tengok buahnya saja dah tau bukan rambai
    buah putat pula bukan macam ni setahu saya la
    tak pasti jugak buah apakah itu...

    ReplyDelete
  8. Saya ni orang bandar lagilah tak tau kak. Huhu

    ReplyDelete
  9. Pertama kali tengok buah ni. Dah tentu saya tak tahu. Unik bentuk rupa dia macam bawang.

    ReplyDelete
  10. mcm buah putat bentuk dan kalernya tu
    org buat ulam arwah mak akak suka sgt ni
    ada tanam blkg umah kg jga

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****